Tolong Sembahyang Awal-awal


Ramai diantara kita selalu melewat-lewatkan waktu solat sehingga penghujung waktu. Tak kira la tua@muda tak terkecuali. AKu dulupun macam tu jugak..suka sangat melewatkan-lewatkan waktu, sedangkan lagi lambat lagi berkurang 'pahalanya'. Jadi bersegeralah kerana dalam sehari tak kurang 75 kali Malaikat Maut menghampiri kita untuk mencabut nyawa, bayangkan ketika itu kita masih belum bersolat. Kat sini aku kutip sikit ulasan dari blog lain. Jadi aku sebarkan kepada kekawan semua. Mungkin masih menunaikan solat tapi payah nak bersolat pada awal waktu. Sibuk-sibukkanlah masa untuk akhirat, sibuk kat dunia ni no 2..

Sebuah kitab ada menceritakan azab seksaan kubur mengenai seorang soleh yang mengebumikan mayat abangnya. Ketika menimbuskan mayat itu, entah bagaimana dompetnya terjatuh dan tertimbus. Selepas pulang ke rumah, baru dia sedar mengenai kehilangan dompetnya. Lalu dia kembali ke kubur dan menggalinya semula. Selepas digali, dia terperanjat melihat api menyala di dalam kubur abangnya, lantas ditimbus semula kubur itu dan pulang ke rumah. Dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya, kemudian bertanya:

“Wahai ibu, apakah yang dibuat oleh abangku hingga kuburnya ada api?“
Kata ibunya: “Mengapa kamu bertanya begitu?“

Sebaik selesai dia menceritakan kejadian yang berlaku di kubur abangnya, ibunya menangis sambil berkata: “Abangmu selalu meringan-ringankan solat dan melambat-lambatkan waktunya.”

Kalau orang yang melambatkan solat akan mengalami hal seperti itu, bayangkan bagaimana orang yang tidak bersolat sama sekali

dari http://fahmidusuki.blog.friendster.com

0 comments:

Post a Comment