Showing posts with label ITM. Show all posts
Showing posts with label ITM. Show all posts

BUDIMAN ITM Pahang - Cadangan Kerjasama


Sambil pekena Teh O dan bertanya kabar tentang kesihatan DIN (xITM Pahang) yang semakin sihat sekarang ni dan akan mula bertugas minggu depan. Dah lama bercuti katanya ... Badanpun makin slim dan fit kembali ke saiz masa student lagi. Dok je sebelah taman aku tapi jarang ketemu dan berborak.

Kami sempat berbincang berkaitan cadangan mengadakan kerjasama untuk 'program X' yang memakan belanja besar. Dia selaku Bendahari Budak2 IUTM Pahang mungkin boleh membantu. Dengan pengalaman luas dalam bidang kewangan dan perbankan Maybank mungkin boleh membantu lagi ke arah mencapai matlamat dan objektif yang dihasratkan.

Dengan adanya cadangan program tersebut aku akan selalu berjumpa dan hubungan terus berkekalan.

Nostalgia LAMA


2-3 hari lepas ada sahabat lama sudah drop kat blog sini dan cerita pasal berkonvoi ke KL dari Temerloh.. Masa tu tahun 87/88

Yes.. aku ingat lagi masa tu aku kat ITM Shah Alam. Jadi ada sahabat yang memulakan perjalanan dari Jerantut lagi. Biasanya kami akan bertolak sebelah pagi selepas Subuh samada dari rumah masing-masing@ITM. Dalam 2 1/2 jam dah sampai destinasi.

Aku pulak akan tunggu di pit stop Kuala Krau, lepas tu Temerloh sehinggalah Karak. Group kami tak ramai 5-6 orang. Motor pulak paling bestpun RXZ, yang lainnya Honda CUB C70... aku dengan Yamaha Cub Y80. Paling lajupun 80km. Tak reti pulak nak merempit....Masa tu kami guna highway KL - Karak... Tempat biasa kami minum kat Genting Sempah, kedai mula-mmula sekali@ke-2. Sekarang kedai tu dah tak de..

Rugi pulak tak de gambar masa tu untuk dipaparkan kat sini untuk mengimbau kembali kepada anak-anak dan sahabat lama. Kalu nak try bawa motor sekarang tak berani wooohhh. Lori/bas gila2 bawak laju... Cuma yang tinggal topi keledar aku warna merah jenis SGV je lagi. motor tu aku dah bagi kakak aku guna sampai hari nih...

HP Berbunyi

Baru kejap tadi kawan lama rakan sekelas kat ITM Sedara Zainordin call aku lebih kurang dekat pukul 7. Berminat nak sumbang dalam 1K ke 2K untuk Az-Zahra'. Banyak tu, jadi aku ucapkan terima kasih la..Dia dok kat Temerloh Jaya je tapi jarang jumpa sebab dia keja Maybank KL. Kepada kekawan yang lain bila lagi?. Lepas program jamuan amal nih pun kau orang boleh bank-in kan ke akaun aku.. Buatlah simpanan diakhirat nanti nak cocok kat ATM di padang Mashsyar dengan ape? Jadi buatlah untuk akhirat jugak.