AGAR2
AMMAR
Darul SYIFA' Bangi
GanGGuAN
KESIHATAN
E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar . Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita. Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya. Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim. Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya. Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal. Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain. Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata. Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ? Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ? Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis . Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah. Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ? |
kumAN Dari sebErANg
PilhAN LAiN- Homeopathy

PotonG..... PotonG...... Potong Je LA
MelepAsI 40an
Aku sendiri tak terkecuali dengan LELAH semenjak dari zaman sekolah lagi. Dan terkini ada kebas-kebas pula dikaki kanan. Doktor kata ada problem kat saraf. Aku ni bukannya jenis atlit masa sekolah dulu... Ni adalah peringatan fasa pertama sebelum memasuki umur 50an, 60an... sebelum dijemputNYA
Kepada sahabat-sahabat lain yang tak kena lagi berhati-hati dengan pemakanan anda ... sebab kat situlah punca utamanya... Untuk wanita/ibu-ibu banyak-banyaklah minum susu kerana kerana anda kini akan memasuki Zon Monop...s + kekurangan Kalsium...
Stevia - Boleh ganti GULA
Sebahagian produk dari daun stevia
Sekarang ni semua kelam-kabut gula tak de kat kedai-keadai. Nak jadi cerita pagi ni terjumpa seorang sahabat yang memperkenalkan DAUN STEVIA.
Apa tu STEVIA - Nama saintifiknya Stevia Rebaudiana bukan sahaja indah teapi unik kerana khasiat dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula. Stevia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa . Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tiadak mengandungi toksid dan boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap kencing manis (diabetes). (Fakta dari Dr Julian Whitekar's - www.setvia.com)
Kelebihan ekstrak Stevia
1. Mengimbangkan kandungan gula dalam badan
2. Meningkat kadar tenaga kepada tubih badan
3. Melicin dan memutihkan kulit serta waet muda
4. Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua golongan lelaki/perempuan
5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit Diabetes & Hypoglycemia)
6. Membantu menurunkan tekanan darah
7. Membantu sistem ppenghadaman badan
8. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (obesiti)
10. Meningkatkan stamina dan mencergaskan minda.
Info Lanjut
Kebaikan GULA
- 24 sudu teh gula boleh menyebabkan sel darah putih menurunkan sehingga 92% dalam masa 5 jam
- 1gm gula memberi 4 kalori kepada tubuh badan, tapi kalori/gula yang tak digunakan akan menjadi lemak
- gula boleh mengubah kimia badan
- gula menjadikan platelet darah melekit dan ini meningkat risiko pembekuan darah dalaman yang mengakibatkan serangan jantung dan stroke melalui lemak darah
Ambil PeLuanG
Topeng muka laku
Ubat panadol laku
Ubat batuk pun abis, sampai mat gian pun payah nak stim dah...
Ramai dok beratur nak buat Inhaler sesak nafas..
Biz kat klinik/hospital kencang bulan nih...
Kalu kaki saham la ni time nak beli saham berkaitan perubatan, yang aku tau la ni cuma Pharmaniaga ... harga pun tak bergerak lagi RM4.20 je (hari ni)... Mungkin nanti gomen lantik Pharmaniaga diberi hak mengimpot vaksin ni, meletup-letup harga dia... Jangan lupa Pharma ni anak-beranak UEM... Cepat beli
SelesemA BabI?? - ApE Natang Ni?
Anak bongsu aku tak boleh sebut 'selsema' jadi aku pun tulislah tajuk ni ikut cara sebutan dia. Hari ni aku ke KL lagi... mula naik bas, tukar PUTRA, naik bas Metro baru sampai.... menapak pulak...
Aku berborak dengan Doktor kat klinik tadi.. "Selesema Babi ni apa dia Doktor?".. Dia kata mula-mula virus dari manusia melepak kat babi, lepas tu bercampur-gaul dengan virus kat babi jadilah satu lagi virus yang amat bahaya (setakat nilah) iaitu Virus Babi'.. Wahhh!!! Antibodi babipun pun tak boleh melawan virus dari manusia... Naye kat babi tu.. Lepas tu serang balik manusia 1Dunia, 1Malaysia tak kena lagi setakat nih...(tu cerita yang aku dengar dari Doktor)
Kenape jadi begitu?? Mungkin perangai-perangai manusia hari ni lebih 'babi' dari babi. Yelah...natang tu anak ramai, manusia pulak reti 'menyondol' sana sini tak ikut peraturan, bertukar silih ganti pasangan, campak anak sana sini, mendera anak, 'makan' anak sendiri... tak ke lebih teruk dari natang tu... Tu tak kira lagi bab rasuah, khianat, dengki, riak, sombong, mungkar... terutama kepada Yang ESA
Natang tu reti jugak jaga anak-anak dia walaupun ramai.... Namanya saje yang jadi 'igaun' kepada manusia... Ia pun makhluk ciptaan Allah jugak, kena akui tu...
Jadi memang tak heranlah kalu ada penyakit macam nih kena kat manusia.. Jadi sekarang sape yang molek sikit, Natang tu ke manusia??
AIR + MADU dan Sains - Untuk Cikgu SIMAH
Kami sekeluarga sampai kat rumah pukul 12.15 pagi, dan aku masih lagi batuk-batuk. Capai ubat homeopaty dan kunyah. Aku dah lama makan ubat homeopaty ni sebab allergic dengan ubat kimia terutamanya yang ada paracetemol..
Selepas balik dari surau, masak air dan cari madu. Ni yang aku nak cerita nih....Madu pun memang rutin aku sebelah pagi atau sebelum tidur. Selepas berdua dan sampai sekarang aku memang mengamalkan minum madu pun. Cuma caranya saje tak tentu. Kalau musim madu antara bulan 3 - 5 dengan sarang-sarang aku makan terutamanya Madu Tualang. Kalau bukan musim, beli kat kedai la macam dari YEMEN dll. Biasanya aku telah begitu sahaja. Prestasinya macam Shell Vroommmmmmm....
Kalau aku letih sangat atau sakit-sakit badan aku campur dengan air panas sikit. Pagi nilah aku 'realised' satu keajaiban. Aku terperasan dah sebelum nih tapi, aku ni slow sikit kalu bab-bab sains nih. Kenapa bila air yang baru menggelegak dicampur dengan madu, air tersebut secara otomatik( x sampai 3 saat) terus jadi suam/sejuk dan terus boleh diminum. AKu nak tau dari segi logik sains... molekul air jadi macam mana?.
Surah An-Nahl Ayat 68 dan 69 yang bermaksud;
Tuhanmu telah mewahyukan (mengilhamkan ) kepada lebah : Hendaklah kamu membuat sarangmu di gunung-gunung , di pokok-pokok kayu dan pada apa-apa yang mereka jadikan atap.Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. Dengan itu , akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai jenis penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda (atas kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkannya
(Ayat 68 & 69 , surah An-Nahl)
AKu teringat Dr Danial kata, jadilah seorang Mukmin yang bukan setakat membaca AL-Quran tetapi mengamal dan mengkaji setiap ayat-ayat ALLAH. Serupa jugak kita yamg mengaku sebagai ISLAM, tau rukun IMAN/ISLAM tetapi macamana dengan penghayatan dan pengamalannya. Nabi Muhammad SAW setiap kali menerima wahyu dari ALLAH akan mengajarkannya kembali kepada sahabat-sahabat sebanyak 7 ayat sehingalah para sahabat betul-betul faham dan mempraktikkan isi kandungan ayat-ayat tersebut.
Kepada kawan aku Ckigu SIMAH kat KOla Kangsor tu, mintalah terangkan sikit bab nih. aku cabar kau beri jawapannya dalam bentuk teori sains... kalu tidak...(heh heh..kena gi ngaji lagi). Aku cadangkan cuba kaitkan setiap ayat ALLAH dalam subjek kimia yang kau ngajar tu kat anak-anak murid...jangan bagi chance ustaz/ustazah je dapat pahala (Kalu dah buat cantiklah....)
SOLAT - untuk JANTUNg dan kebahagian Rumahtangga
Petikan daripada kajian oleh kumpulan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya :-
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan SOLAT sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari."
"Jangan terkejut kerana solat juga boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Jadi kekawan sekelian rajin-rajinlah tanbahkan solat terutamanya sunat malam., jangan dok harap solat yang fardu je mana cukup, dah la tak mau sembahyang berjemaah. Banyak faedahnya, dan jangan lupa ajak isteri sekali baru syahdu...patutpun ramai tok aji dan ustaz-ustaz pasang lebih dari satu, akupun heran jugak dulu. La nih dah paham la.. Aku rasa ada kekawan kita yang ada 2 calit, mungkin diapun rajin bertahajud macama saudara P...... kita tu. AKu tengok dahi dia hitam je mungkin rajin sujud atau kena ketuk dengan kasut bini dia aku tak tau la..
Kebaikan Coke

Cubalah terai dan buktikan secara saintifik. Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click. 10 kebaikan air Coke Cola
satu_duo menulis - " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.
Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.


