Stevia - Boleh ganti GULA



Sebahagian produk dari daun stevia

Sekarang ni semua kelam-kabut gula tak de kat kedai-keadai. Nak jadi cerita pagi ni terjumpa seorang sahabat yang memperkenalkan DAUN STEVIA.

Apa tu STEVIA - Nama saintifiknya Stevia Rebaudiana bukan sahaja indah teapi unik kerana khasiat dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula. Stevia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa . Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tiadak mengandungi toksid dan boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap kencing manis (diabetes). (Fakta dari Dr Julian Whitekar's - www.setvia.com)

Kelebihan ekstrak Stevia
1. Mengimbangkan kandungan gula dalam badan
2. Meningkat kadar tenaga kepada tubih badan
3. Melicin dan memutihkan kulit serta waet muda
4. Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua golongan lelaki/perempuan
5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit Diabetes & Hypoglycemia)
6. Membantu menurunkan tekanan darah
7. Membantu sistem ppenghadaman badan
8. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (obesiti)
10. Meningkatkan stamina dan mencergaskan minda.

Info Lanjut

Kebaikan GULA

- 24 sudu teh gula boleh menyebabkan sel darah putih menurunkan sehingga 92% dalam masa 5 jam
- 1gm gula memberi 4 kalori kepada tubuh badan, tapi kalori/gula yang tak digunakan akan menjadi lemak
- gula boleh mengubah kimia badan
- gula menjadikan platelet darah melekit dan ini meningkat risiko pembekuan darah dalaman yang mengakibatkan serangan jantung dan stroke melalui lemak darah

0 comments:

Post a Comment