MuHasaBaH DirI
Hari ni hari Ahad, kena shif kat aku pulak menunggu anak kad wad. Biasanya aku akan tunggu 2-3 jam lepas tu tukar-tukar shif. Jadi hari ni aku mula bertugas dari pukul 915 pagi lagi sampai petang disambung pulak wife aku.
Takde keja nak buat, aku pun buka le Notebook dah menulis sikit untuk catatan di blog ( tak de line kat hospital). Anak aku pulak hentam tidur je , sedar 15 minit sambung tidur pulak. Malam tadi ada pesakit baru apek cina buat hal kencing atas tilam 3X pulak tu....
Dah masuk bilik baru ni yang fully air-cond dan ada 5 orang pesakit sahaja. Bilik air pun dalam jugak....relax sangat-sangat. Bilik sejuk suhunya macam baru pukul 715 pagi tapi masa sebenar 1 tengahari.. Ada 3 orang berbangsa Melayu dan beragama ISLAM termasuk anak aku.
Bila bab solat amat sukar melihat pesakit-pasakit untuk bersolat walaupun yang telah berusia. Ada diantaranya yang masih mampu berjalan, duduk ataupun berbaring melainkan yang sedang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Adakah kurangnya motivasi dan suruhan dari ‘penunggunya’ atau pesakit memang tidak tau@buat-buat tak tau untuk mengerjakan solat dalam keadaan sakit, aku tak tau le… Ada yang dah 50-50 pun buat tak tau je....Amatlah rugi jika kita masih tak mau mengerjakan solat.. Sebab bila berada dihospital kita akan lebih insaf melihat bermacam-macam kerenah pesakit dan kematian yang tiap waktu berlaku. Apatah lagi dengan banyak masa terluang sambil membaca suratkhabar atau berbaring tentulah bermacam-macam yang muncul dibenak fikiran. Jadi pada ketika ini kita boleh bermuhasabah diri dengan amal ibadat kita, tanggungjawab kita kepada keluarga, ahli masyarakat dan agama khasnya... Kata mana kita????????????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment