Ekonomi makin sesAk - 2010

1. Yuran sekolah pun kena bayar ansur-ansur
2. Ini tahun pakai je baju lama
3. Kena pegi klinik kerajaan je kecuali dah tak menyempat... queue lama pun tak pe
4. Minyak kereta kena isi masa nak bergerak je..
5. Ada keja penting baru balik kampung, tak pun talipon je..

PendaftRAN 2010

SMA Al-Mahmudi Kg Awah
30/12/2009
1030 pagi







NAJiB Tak Berani

Cadangan suruhanjaya diraja siasat Dr. M ditolak

KOTA KINABALU 29 Dis. - Kerajaan tidak akan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis Barat kononnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan suruhanjaya bebas berkenaan tidak sesuai kerana tuduhan tersebut merupakan kandungan sebuah buku.

"Ada saja saranan ditubuhkan suruhanjaya diraja, tetapi dalam hal ini, tidak wajar dicadangkan suruhanjaya diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku.

"Apa yang penting adalah kita melihat masa depan. Semua Perdana Menteri telah memberi sumbangan yang besar sehingga membolehkan masyarakat kini menikmati pelbagai kemajuan.

"Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini sebagai mengulas tindakan Barry Wain yang berpangkalan di Singapura menulis buku mengenai Dr. Mahathir ketika pentadbirannya bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times.

Barry antara lain mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang kemudian mahu kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.

" Kalu tak de apa-apa kenapa buku tu masih sangkut kat Port lagi."

EEG test


Hari nih ke HOSHAS untuk buat EEG test kat kapla anak aku si AMMAR (lebih kurang macam ECG test la) ...

Masuk bilk 10.15 pagi siap dalam 11.35 pagi. Sempat berborak sakan dengan staff yang incharge ... aku tengok ada 5 alat dia guna 1. PC biasa 2. Software 3. Video Kamera 5. Lampu... Kos semua RM400K.. Maintenance untuk software ni 1 orang je untuk cover 1Malaysia... wow... Kalu mamat ni out x tau le sape nak buat maintenance pulak... Dia tambah lagi ada 3 company je yg supply alat ni kat Malaysia tapi yang betul-betul buat service after sales 1company je...



EEG Machine

Background

An electroencephalogram (EEG) machine is a device used to create a picture of the electrical activity of the brain. It has been used for both medical diagnosis and neurobiological research. The essential components of an EEG machine include electrodes, amplifiers, a computer control module, and a display device. Manufacturing typically involves separate production of the various components, assembly, and final packaging. First developed during the early twentieth century, the EEG machine continues to be improved. It is thought that this machine will lead to a wide range of important discoveries both in basic brain function and cures for various neurological diseases.

The function of an EEG machine depends on the fact that the nerve cells in the brain are constantly producing tiny electrical signals. Nerve cells, or neurons, transmit information throughout the body electrically. They create electrical impulses by the diffusion of calcium, sodium, and potassium ions across the cell membranes. When a person is thinking, reading, or watching television different parts of the brain are stimulated. This creates different electrical signals that can be monitored by an EEG.

Lagi cerita JET

Sama ada wujud konspirasi atau tidak, itu saya tidak tahu, kalau kes kumpulan Al Maunah di Sauk boleh berlaku dengan melarikan senjata dari kem tentera, jadi tidak hairan kalau enjin jet yang terbiar macam besi buruk tu boleh hilang.

Tidak ada apa yang pelik pasal enjin jet hilang ini, hanya dengan dokumen dan pemalsuan tandatangan, enjin jet seperti ini memang boleh dibawa keluar, kalau naik lori dan polis nampak pun, tidak akan ada apa yang berlaku pasal siapa sangka? siapa yang nak syak?.

Sehingga tersebarnya cerita ini sekurang-kurangnya membuka minda masyarakat, ini membuktikan media bukanlah dikuasai kerajaan sampai ke tahap ditunggang macam kerbau, jadi bila pendedahan macam ini berlaku, sebenarnya salah siapa? Salah kerajaan atau salah pegawai kita yang tidak amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.


BACA SINI

http://militaryofmalaysia.blogspot.com

DriFT KampuNG

Gambar dari atas bukit

Penonton

Tiap petang Ahad ada drif kat Kuala Krau... 7km dari rancangan aku...







Berita mInyAK

AKu snap kat suratkaba... hanya 1 pam je bero[erasi yang 1 lagi tak tau bila PETRONAS nak baiki....

BisInG???

Sampai rumah kat 11 malam...
Bilangan isi rumah - 8
Anak aku - 4 orang
Anak sedare - 2 orang
Mak/ayah dia gi UMRAH
Umur
- 17 Pompuan
- 16, 15, 13, 11 dan 6 tahun (semua lelaki)

Banyak bising
bercakap memanjang
gelak sakan ku kah... ku kah...
lepas tu kelahi...mu niH (slang kelate)
senyap kejap
sambung pulak....
Arrghhhh...
last-last... boleh slow sikit jiran nak tido
1230 pagi tak tido lagi
harap jiran-jiran tak membebel!!!
ZZZZZZ

Penyampaian SijiL HafAz Al-QurAn - TahfIZ MahmUdI

Mendengar bacaan Al-Quran

Tarikh : 24/12/09
Tempat :Masjid Setiajasa
Jam : 9.00 Malam
Bilangan hafiz tahun ni : 8 orang
Ammar 2 tahun lagi abis kot... baru 9 juz

Ustaz & Pentadbir

Sebahagian pelajar

Bapa-bapa (lepas sembahyang Isya')

Dengar 'ceramah'



PMR 2009

Beratur ambil result

Result PMR dah keluar tegahari tadi.... seperti diramal.anak aku dtak berjaya mendapat C, D atau E Ok la tu.... Hanya 10 orang saje dapat 9A di MA Al-Khairiah Temerloh, manakala anak sedara aku beritau kat Ma'ahad Muhammadi Kota Bahru (pompuan) seramai 89 orang dapat 9A... Wahhhhhh ramainya..

Ada yang menangis suka, menangis gagal pun ada... Kita dapat selayak yang kita usahakan... namun SPM masih ada.. apa pun tahniah kepada yang berjaya.

Ibubapa pun tak sabar menunggu

Harta Mak/Bapak AkU jugAK





f
Ni semua FEDLA punya tapi hasil titik peluh mak/bapakaku dan lain-lain kat rancangan..

IOI Kinrara

Tempat nak jumpa kat IOI Kinrara. Mulanya nak pegi opis dia di Puch0ng Puteri, tapi dia ada temujanji pukul 1 terpaksa dicepatkan. Dari Jalan Duta aku ikut Highway ke Seremban (tupun tanya Pak Ya).Aku tak berapa reti nak ikut Federal Highway. Sampai di Bukit Jalil belokkri dan terus ke Kinrara... smpai sana nampak dah IOI jalan mana tak tau.

So.. berenti kat Petronas tanya Cashier. lepas tu bawak slow-slow tengok simpang .. sampai kena horn dek lori... Lu pegi dulu la jalan ada 3 lane pun nak bising (aku bawa tepi sekali). Lori tu lane ke-2 plak...

Sembang la sikit-sikit dari p10am sampai 1230 gak... Tapi orang tak ramai la...


Hampir 3 bulan tak berjumpa sahabat lama dari Taiping.. Dia tinggal kat USJ ....

Gatal MulUT

2 harga petrol, diesel

PETALING JAYA 22 Dis. – Mulai Mei tahun depan, kerajaan akan melaksanakan mekanisme baru subsidi petrol dan diesel yang menetapkan dua harga berbeza untuk rakyat dan bukan warganegara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, subsidi untuk warganegara juga akan diletakkan dalam beberapa kategori tertentu seperti berdasarkan kapasiti enjin kenderaan.

“Matlamat utama mekanisme baru ini bagi memastikan subsidi itu diterima oleh golongan sasar memandangkan pada masa ini semua lapisan rakyat termasuk yang kaya mendapat subsidi petrol atau diesel,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan menutup Majlis Bicara Eksekutif di sini hari ini.

Ismail Sabri memberitahu, Kementerian Kewangan akan mengumumkan secara terperinci mengenai subsidi tersebut.

Beritau jelah harga MINYAK nak naik!!
tak payah dok cerita pasal subsidi


Lagi HILANG!!!!!

Avionik F-5E turut hilang – Zahid

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Selain dua enjin pesawat F-5E, beberapa peralatan lain didapati turut hilang daripada inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kejadian dua tahun lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara itu berkata, peralatan itu termasuk alat ganti pada sistem avionik pesawat berkenaan.

“Selain dua enjin itu, ada peralatan berkaitan yang turut hilang dalam kelompok (range) sama, avionik,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Maldives, Ameen Faisal di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Sabtu lalu, beberapa akhbar tempatan melaporkan kehilangan sebuah enjin pesawat pemintas F-5E TUDM pada 2007 iaitu ketika proses penghantarannya ke negara luar untuk diperbaiki.


Hari-hari HILANG...
Keja bende la nih!!!
Ke ZAHID saje-saje nak beri tekanan kepada NAJIB???


SELAMAT PENGANTIN BARU


... Semoga segera menimang cahayamata

Dah dapat buat senyap je...
Nak ngaku 'benda' yang seronok pun payah

NajIb pUn PatUt 'HilaNg'

Oleh Hardi Effendi Yaacob (22/12/09)
hardi@bharian.com.my

Sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E TUDM hilang pada 2007

KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.
Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.

Kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pangkalan operasi pesawat berkenaan untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara. Sumber memberitahu Berita Harian, penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya.

Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dipercayai didalangi kumpulan sama membabitkan orang dalam syarikat penyelenggara terbabit dengan bantuan orang dalam TUDM.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika dihubungi, berkata pihaknya akan memulangkan semula fail siasatan kes berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berikutan siasatan yang tidak lengkap termasuk ketiadaan butiran enjin termasuk jenis dan spesifikasinya.

Siasatan itu dikembalikan semula ke Bukit Aman bersama arahan terbaru, termasuk menyiasat kemungkinan pembabitan pihak lain, termasuk agensi kerajaan dalam kehilangan enjin berkenaan.

"Siasatan lebih mendalam, dengan butiran lebih terperinci amatlah diperlukan dalam pengendalian kes ini," kata Abdul Ghani.

Sabtu lalu Berita Harian mendedahkan kehilangan enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E milik TUDM yang dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM. Maklumat risikan mengesahkan enjin itu dijual ke sebuah negara di Asia Barat.

Enjin berkenaan hilang bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebaik tiba dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth. Berikutan itu TUDM membuat laporan polis dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyiasat kejadian itu.

1. Ni bukan cerita kambing hilang
2. Ni cerita juta-juta punya hilang
3. Buat report pun tak reti -reti.
4. Sape jaga mamat polis nih???? Oh.... sepupu dia
5. Buat le ape-ape cerita yang patut
6. Dah tau siasatan tak lengkap kenape dok peram lama-lama .. AG kata akan dipulangkan...

BeritA HOT


bERita PANAS!!!!!!!
PAHANG MUNGKIN DAPAT MB BARU...


Kat KL LagI

Dah 5 hari kat KL... pukul 240 petang tadi baru abis meeting dengan Nik Editor majalah MUSLIMAH... Sambil tu boss dia dari KB wakil Dian Darulnaim pun turut hadir. Beliau baru sampai dari KB pagi tadi... Meeting stat pukul 11. Insya Allah akan disambung pulak ke satu tarikh lain.

Balik kat rumah anak-anak mengamuk tak dibawa kemana-mana lagi. Akupun tak tau nak bawa kemana. Esok ada 2 lagi temujanji, harap-harap boleh settle awal. Khamis ni keluar result PMR manakala Ahad pulak ada keja kat Jerantut seharian..

PayA JarAS

Anak ke-2 aku dan sepupunya

Isteri & anak sulung gua


ADa rojak buah


Kami baru balik dari kenduri kawin kat Paya Jaras pukul 4.00 petang tadi

MasJiD WilAyah PersekutUaN

Ada lif

Parking kosong lagi

Intai apa?

Tilapia dalam kolam

615 petang Khamis lepas dah di masjid ni...ingat program stat awal rupanya pukul 645 baru stat. Bagus jugak tak de orang bolelah aku snap gambar...

UmRAH

Buat-buat sibuk

Aku kat KL dari Khamis sampai Selasa depan. Jadual hari pertama 18/12/00 menghantar 3 orang kakak ipar dan biras masing masing-masing mengerjakan UMRAH... AKu sendiri tak tau bila lagi sebab kewangan tal mengizinkan lagi... Insya'ALLAH 1target sebelum umur 45 , harap-harap termakbul... Flight pukul 1030, 730 dah d iKLIA

Bila kat sana berjumpa skali abang ipar aku dari Kota Bharu... Lama dah tak berjumpa lebih dari 6 bulan dan seronok berbual, mata dia semakin merosot penglihatan akibat kencing manis. KLIA... dah lama aku tak pegi... Last skali 2001 masa 9/11 hantar arwah mak mertua & kakak ipar pergi umrah...

Borak-borak

Lapar pulak

Gambar ramai-ramai.. baju hitam abang ipar from KB

Cikgu Mahmud, Abang Din(Mualaf), Kak Yah, Nab & Kak Tun

UMNO & FELDA

1. Cerita berjayanya FELDA
2. Sebab tu UMNO menjaga sangat PENROKA kat rancangan
3. FELDA jugak tempat merompak hasil negara secara terurus.
4. Mak/Ayah aku keja teruk-teruk last2 Geng ni yang senang-lenang.. Dapat la RM1500 sebulan, tu yang peneroka percaya sangat kat UMNO..Anggap UMNO = FELDA
5. Warga FELDA dah berumur, buatlah skim gi umrah ke secara subsidi.
6. Skim TAKAFUL untuk peneroka yang dilancar oleh NAJIB pun dah bungkus, tanya SU JKKR dia kata syarikat insuran tu dah bengkrap.... buat macamana tahap SU UMNO cawangan punya fikiran...
7. Anak peneroka hanya diambil bekerja sebagai jaga, FELSCO & kerani-kerani kalu eksekutif kurang sangat-sangat.
8. Sepatutnya anak peneroka dah dilantik dalam ALP FELDA sendiri dan juga FELDA Holding.
9. FELDA nak lantik anak peneroka dalam JKKR/JKKK pun takut... tengok sendiri dalam pekeliling FELDA kalu tak percaya

BERITA SELANJUTNYA

KRINg...KrinG

Align Centre1140 pagi
Bunyi talipon...
kring...kring...
KAKAK dah abis periksa doh
Pah! Mace mano?
Insya ALLAH...
Ambik orghe pagi esok deh...
tuttttttttttttttttttttttttttttttt.......

Ke Jerantut pulak aku esok.......