Showing posts with label SAJAK. Show all posts
Showing posts with label SAJAK. Show all posts

ManA SaTu??

Masa aku belajar dulu
aku jenis tak cakap banyak
cakap sikit-sikit
itu je yang aku ingat
dari AFKL
sampailah ke UiTM pas tu ke UPM

La nih...
aku terperasan aku dah jadi cakap banyak
tak tau kenapa
mungkin bila mula bisnes sendiri
jumpa orang sana... jumpa orang sini
terpaksa cakap banyak
kadang-kadang sampai jadi banyak cakap pulak
itulah realiti
sikap manusia boleh berubah

Harap-harap
jangan kata aku banyak cakap pulak
kalau terlebih maaf jelah

ANDA semua macam mana
BANYAK CAKAP ATAU CAKAP BANYAK
ATAU LANGSUNG TAK FAHAM

SEMENJAK

Semenjak
Ada litar F1 tempat berlumba
Ada KLCC untuk Mat Perancis (Spiderman) memanjat tiap tahun
Ada kapal selam hebat bernama Scorpion
Ada rakyatnya sudah bergelar Angkasawan
membuat ujian gasing dan YOYO di luar bumi
Ada cyberjaya dan macam-macam jaya lagi
Ada Mykad yang takde di negeri orang putih
Ada bandar Sri Iskandar kat Johor Darul Takzim
Ada NCER.ECER dan pelbagai ECER
Negaraku semakin maju dan hebat
Pendapatan negera meningkat berbillion Trillion

Namun
Indeks Rasuah semakin meningkat
Indeks main bolapun mengikut sama
Masuk U dah takde biasisiwa kena meminjam
2010
Negaraku bertambah hebat
Hujung minggu
anak-anak diasrama terpaksa bermusafir
Yuran makan dah tak ditanggung lagi
Bii api, air, talipon pun ikut sama
Sekolah kena bayar sendiri
Gossip gula dan minyak nak naik harga
Politik kini lagi HARU
semua orang gomen kena undi POS sahaja

* Tambah la lagi

SeKolah Nak BukA DaH

Gambar hiasan semata-mata
tiada kaitan dengan tajuk posting


Mula-mula ke BATA kemudian ke SEKOLAH

Mari!! Mari!! Murah!! Murah!!

JOM KE SEKOLAH !!

Disember sudah mari
Ramai orang kawin sana dan sini
Kena hulur sepuluh dua
Yang seronok
Hanyalah pengantin baru
Ditambah lagi
Jabatan Kaji Cuaca kata
Hujan ditahap merah
Selama 3 - 4 hari
Nak balik kampung pun tak jadi

Sambil-sambil browse internet
Anak pulak hulur surat
Senarai yuran nak kena bayar
Isteri pulak bagi 'check-list'
Baju, seluar, kasut, stokin, beg, buku-buku dan sampai no 20....

Wah.... banyaknya...
Mana nak cekau
PENING-PENING

RAMADHAN dan NafSU



27hb Ramadhan tarikh terkini....

baru tersedar aku
kini di hujung Ramadhan
Ohhh Ramadhan...
aku menangis kerananmu
dikau pasti pergi
moga kita ketemu lagi

ada yang sebak
ada yang mengalir airmata
KERANA
Ramadhan hanya akan muncul 11 purnama lagi
adakah kita masih bernafas lagi

KERANA
hamba mu ini benar-benar menghayati Ramadhan
menjadi insan baru
si NASFU itu telah dibuang jauh

ada pula yang gembira
hingga tak terkira
KERANA
Ramadhan itu memenjarakan perilakunya
hingga terpaksa menipu manusia dan PENCIPTA

MOGA
madrasah ramadhan ini
mencairkan nafsu
melembutkan nafsu
mengurangkan nafsu
menghapuskan nafsu
hingga muncul
aku yang baru
kembali ke fitrah
terus menjadi INSAN YANG BERTAQWA