Showing posts with label PPSMI. Show all posts
Showing posts with label PPSMI. Show all posts

Subjek MuZIk



A
ku dah lama tak tengok kertas soalan sekolah rendah kebangsaan ni, sebabnya semua anak aku masuk sekolah agama dari darjah 1 sampai darjah 6.. kecuali yang sulung dah tingkatan 5 sekarang. Bila aku tengok soalan ni, memang tak heranpun kenapa budak-budak hari ni lebih tahu baca nota muzik dan meminati rancangan realiti hiburan seperti Akademi Fantasia, Mentor dan lain-lain lagi. Mereka dan belajar rupanya kat sekolah dan ada soalan peperiksaan jugak.

Kalaulah pihak atasan buat jugak macam ni untuk subjek TAJWID disekolah-sekolah kan lagi elok. Khas untuk subjek TAJWID sahaja, tentu ramai kita dapat mengeluarkan para qari seperti Ustaz Ismail Hashim atau Rugayah Sulong. Tak pun macam Ahmad Fahmi... Tak perlu tunggu rancangan Akademi Al-Quran...


" Bahan Ujikaji " - PPSMI


Inilah gambar pengasas PPSMI. Sekarang yang jaga fasal PPSMI ni sepupu Dato' Najib. Sepatutnya pihak media bertanya khabar pasal PPSMI kepada Che Det la, bak kata pepatah "hanya Jauhari yang mengenal manikam" ...

Anak aku yang kini berumur 13 tahun adalah salah seorang dari "Bahan Ujikaji" AMENO untuk melaksanakan projek PPSMI ni. Mula-mula masuk darjah satu tahun 2003 dan kena pulak belajar Sains dan Ilmu Hisab (la ni Matematik) dalam BI... Hari-hari balik sekolah tak faham apa cikgu ajar. Akupun bagi tution sikit la, tapi dia pulak tak faham sebab aku kata darab dia kata times .. payah nak bagi dia faham, dahlah BI pun dia kurang faham. Sampailah ke darjah enam ambik UPSR.

Dapat result pun cukup makan...Last-last dia kata nak masuk TAHFIZ..Orait jugak dari aku yang sakit hati kena ajar dia Matematik yang dia tak faham-faham. Mungkin dia tak tahan kena leter hari-hari kot, sebab tu dia celok minta TAHFIZ. Jadi aku pun ucapkan "terima kasih" jugaklah kepada Mantan PM dan bekas Presiden AMENO ni, disebabkan pobia PPSMI dia nak jadi HAFIZ