Subjek MuZIk



A
ku dah lama tak tengok kertas soalan sekolah rendah kebangsaan ni, sebabnya semua anak aku masuk sekolah agama dari darjah 1 sampai darjah 6.. kecuali yang sulung dah tingkatan 5 sekarang. Bila aku tengok soalan ni, memang tak heranpun kenapa budak-budak hari ni lebih tahu baca nota muzik dan meminati rancangan realiti hiburan seperti Akademi Fantasia, Mentor dan lain-lain lagi. Mereka dan belajar rupanya kat sekolah dan ada soalan peperiksaan jugak.

Kalaulah pihak atasan buat jugak macam ni untuk subjek TAJWID disekolah-sekolah kan lagi elok. Khas untuk subjek TAJWID sahaja, tentu ramai kita dapat mengeluarkan para qari seperti Ustaz Ismail Hashim atau Rugayah Sulong. Tak pun macam Ahmad Fahmi... Tak perlu tunggu rancangan Akademi Al-Quran...


0 comments:

Post a Comment