Kenangan PRU12






PRU12
adalah antara PRU yang banyak membawa kenangan kat aku... Semenjak balik dari Kelantan inilah pertamakali aku menyaksikan dan terlibat secera terus dalam PRU. Tahun 1999 dan 2004 aku mengundi kat Kelantan dan tidak terlibat terus.. Dah terlalu ramai peyokong-penyokong dan bala tenteranya. Lebai Brahim, Tok Imam Kedai Menanti, Pak Ngoh, Mazlin, Suhaimi, Ustaz Mat Kemboja dan ramai lagi...

Kat sini... terutamanya kat rancangan amat kurang golongan muda yang mahu menyinsing lengan membantu atau sekurang-kurangnya menunjukkan sokongan secara 'direct' kepada PAS. Tetapi lebih banyak melepak dan merempit dijalan-jalan. Tinggallah warga emas yang masih setia dan berpegang teguh dengan parti cap bulannya. Mereka ini tak ramai pulak... yang lainnya emmmm. Geng-geng Parti Kapal Layar belaka... Depa kata puak PAS ni dapat rancangan pun mujur.... Buat macam mana mereka ni masih bermimpi di zaman Tun Razak lagi... Tak paham apa erti demokrasi...

Kami sempat le buat program bersama golongan muda di kawasan rancangan tetapi penyertaan golongan ini dari kampung sekitar lebih menyerlah dan mereka jugak berani menonjolkan diri bahawa mereka bersama PR..... Harap-harap masa PRU13 benda ni tak berterusan.. kalau tidak payah le nak menang di kawasan yang ramai pengundi rancangan FELDA

Nota :- sory tarikh kamera aku tu salah...


0 comments:

Post a Comment