Doa TGNA untukNajIB

Dari Rancangan - MinyAk Tak dE

MINYAK DAH TAK DE 2 MINGGU
DIPUNYAI & DIURUSKAN OLEH KOPERASI FELDA JENDERAK UTARA

Ceritanya...

Pengurusan KOOP kata - mesin rosak
ALP kata lagi - dah jumpa Petronas tapi Petronas nak bagi yang 2nd hand macam sebelum ni yang tahan selama 6 bulan je lepas tu rosak lagi..
ALP sambung lagi - Kami nak mesin baru Petronas suruh tunggu... Sampai bila????
ALP kata lagi- dah beritau Menteri pasal KOOP (MP Bera) ... PA kata kena buat program dulu bila nak jumpa & bincang dengan Datuk & lagi elok

bekas ALP KOOP kata - ALP baru tak pandai urus
ahli kata - nak beli minyak kena pegi Kuala Krau la...

SAPE YANG BETULLL????





Dari rancangan - PenduduK MeninGkAt

Cadangan pembinaan 1 blok Bangunan 4 tingkat

Bilangan pelajar kini <400
Zaman kemuncak (90an) > 1200
Kini pelajar terdiri dari cucu peneroka & anak2 guru & staff FELDA
Sudahpun mempunyai 3 blok bangunan untuk kelas belajar
Dijangkakan 5 tahun lagi bilangan pelajar kembali meningkat > 1000 murid.
Di jangkakan bilangan penduduk kat rancangan kembali meningkat secara mendadak dengan program 1Malaysia yang dikendalikan FELDA





RelaK SekejAp


Dah DiKOrBANkAN

SEBELUM KEJADIAN




SELEPAS KEJADIAN


Pemerhati

Berjual-beli/akad

Bersedia sambil bertakbir

Pisau mencecah tengkuk

Terkulai

Melapah

Menimbang

Akhirnya

HampiR TerKorBaN

Calon 'KORBAN'

Lokasi : Simpang Kg Sanggang Temerloh
Tarikh : 26/11/09 - Petang sebelum raya
Kelajuan : 86km/j


Makna ' 'Korban AdiL ADHA'

Maksud korban, ia merupakan istilah daripada bahasa Arab yang bererti hampir/dekat, iaitu ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail.

Korban binatang ternakan adalah dikira sebagai satu ibadat kepada Allah SWT, apabila ia disebut sebagai ibadat, sudah pasti ibadat itu sendiri tidak dapat menerima perlakuan maksiat ketika ibadat korban sedang berlangsung.

Sebagai contoh, apabila seorang wanita itu berniat untuk menunaikan ibadat solat, lengkap dengan mengambil wuduk serta tempat solat yang suci dari sebarang najis yang nyata, tetapi ketika dia melakukan solat, dia bersolek atau memakai baju kebaya yang mendedahkan auratnya, apakah kita dapat menerima hakikat yang mengatakan ibadat solatnya itu sah dan diterima di sisi Allah kerana ibadatnya bercampur dengan maksiat kepada Allah.

Begitulah dengan ketegasan Allah SWT yang menjelaskan dalam ayat 37 surah al-Haj yang bermaksud : Daging-daging (unta, lembu, kambing) dan darahnya yang dikorbankan itu, sekali-kali tidak mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.

Jelas dari apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, sesuatu amalan ibadat korban dengan menyembelih binatang-binatang ternakan pada hari raya itu hanya diterima dari mereka yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT.

Dalam ayat 27 surah al-Maidah pula Allah berfirman yang bermaksud : Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.

Persoalan di sini, adakah orang yang berkorban binatang ternakan pada hari raya korban dengan penampilan macam orang yang tidak beriman boleh dikategorikan sebagai bertakwa kepada Allah?.

Sepatutnya mereka perlu tahu keadaan dan tempat yang membezakan diri mereka pada waktu ibadat korban dijalankan, sebenarnya penampilan mereka itu memperlihatkan kecetekan ilmu yang ada pada diri mereka sendiri, malah memberi ruang kepada orang lain menghukumnya sebagai seorang warga kota yang tidak peka amalan serta ajaran agama.

Tetapi apakah sebenarnya takwa itu yang membezakan antara kita dengan mereka yang kurang peka terhadap Islam?

Takwa seperti yang pernah dijelaskan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib ialah : Takut kepada Allah Yang Maha Mulia, beramal dengan isi kandungan al-Quran, reda dengan apa yang sedikit ada pada kita dan bersiap untuk hari pembalasan untuk bertemu dengan Allah.

Takwa juga menurut sebahagian ulama’ ialah membersihkan diri dari sifat-sifat terkeji dan melaksanakan segala tuntutan agama Allah SWT.

Selanjutnya, sesuatu ibadat itu tidak diterima di sisi Allah melainkan dilakukan atas dasar ilmu dan kefahaman yang mendalam seperti yang telah disyaratkan dalam ilmu Usul Fiqh.

Kesimpulannya, ibadat mesti dilakukan dengan rasa rendah diri kepada Allah dan menerusi kemantapan ilmu yang diwariskan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Perkara yang perlu dielak ketika menyertai ibadat korban sebagai renungan dan peringatan :

1- Tidak memakai seluar pendek.

2- Tidak bersolek atau memakai baju kebaya belah.

3- Tidak merokok ketika ibadat korban dijalankan.

4- Tidak bercakap pada perkara dunia semasa mata pisau diletakkan atas leher binatang sembelihan.

5- Tidak memakai baju yang tertera tulisan Tiger, Carlsberg, Sports Toto, Magnum ENE, Guinness, Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million, Malaysian Idol atau pakaian sukan yang tertera nama-nama pemain bolasepak yang beragama Kristian dan sebagainya.

Apa yang penting, hayati ibadat korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi ismail sebagai iktibar berguna meniti jalan takwa kepada Allah. - lanh

Diambil dari SINI

Dah Try MPV ALZA???


Semalam aku ke Jerantut ambik wife yang berkursus PASTI di KIAS & anak pompuan kat TAHAP... Sementara menunggu, aku stop jap kat showroom Perodua tengok ALZA..

1. Harga 55K - 65K
2, Tempat isi barang kecik kecuali setakat 5 orang je duduk
3. Tempat duduk budak-budak je untuk seat baris belakang
4. Desain OK
5. Ada USB & Bluetooth,,,mengancam jugak
6. Rim saiz 15
7. Enjin 1.5 macam EXORA (maka power mesti lebih la sebab body kecik)
8. Handbrake kat bawah sebelah kaki kiri...
9. Sesuai untuk orang berbadan kecik macam aku..

Tak sempat test drive...

Ada sekali tu aku tengok GEN2 kat showroom, ada satu mamat tu dok belek-belek kat enjin, sambil menghulur kepada kat dalam enjin tapi ada pulak kutu lain duduk kat tempat driver dan dia test power horn GEN2...apa lagi menjerit mamat yang dok belek enjin keta... Lain kali tengok dari jauh sudah jangan dok beria sangat.






USB & Bluetooth kat button kiri sekali (atas & bawah)

PotonG..... PotonG...... Potong Je LA

La ni musim potong-memotong... macam iklan P1wimax.... Sape ada anak lelaki kena bawa gi potong la..... Anak AKU??? .... Dah beres, hak kecik skali umur 6 tahun, dah kena potong masa umur dia 2 tahun lagi .............

Windows 7

Semenjak Khamis lepas aku guna Windows7 kat notebook aku.... Stabil, laju, driver pun mudah update... memang boleh pujilah kali nih.... kena pulak notebook aku 2GB RAM berdesup laju... Tak macam guna VISTA dulu...

Orang Muda Geng Kite

Sekitar gambar-gambar program ORANG MUDA GENG KITE anjuran PAS Temerloh pada petang Sabtu lepas (21/11) ... Pekena teh tarik + roti canai dan dimeriahkan lagi oleh bekas penyanyi kumpulan ARROW iaitu Ringgo serta pelukis kartun Bendi





Malam pulak acara perasmian & ceramah oleh YB Nik Amar Exco negeri Kelantan di Paya Pulai ... Sejak pagi lagi aku sibuk menyiapkan multimedia untuk acara malam tu.. Nasib baik malam tu OK ,... Lepas YB Nik Amar klik je keyboard notebook & aku duduk kat belakang dia sambil memberi arahan... ZAST... selamat tak de apa-apa berlaku...








<

Lawan DADAH Kat rancangAN

Ni papantanda kat rancangan aku.. Nak lawan DADAH ... Terkejut jugak aku balik Rabu lepas signboard ni terpacak naik, dah la tu 1 nih je pulak pasang, ukuran 4'X 2' ... Macam lepas batuk ditangga je... sedangkan masalah DADAH begitu parah kat rancangan... Payah sungguh nak jumpa signboard antidadah kat rancangan... Ahli JKKR pulak dah sibuk pasal Felda Technoplant, baja, sawit... sampai masalah generasi ke-2 tenggelam terus dari kepala dia orang... Lantiklah generasi ke-2 jugak jadik ahli JKKR....

HadiAH

Jumaat lepas sibuk dengan Ihtifal Az-Zahra 09'... Dah lama tak terima hadiah ... kali nih merasa jugak... Ada ibubapa pelajar bagi kat AJK ...

KUala LumPuR

AKU KAT KL HARI NIH!!!!!!!!!!!!!

Dari KaKAK

Tut.. tut... tut
635 pagi...
Bunyi talipon bini aku
angkat dan tengok no sape
Hello...
Walaikummussalam
Ohhhh...kakak...
Kakak stat periksa ari nih, subjek BM1, lepas tu sejarah petang pulak BM2
Jawap molek2... bla..bla...bla
bla.. bla... bla...
Tut... tutup talipon
Kakak kirim salam kat ayah, minta doa banyak2 kat dia..
Tu ringkasan cerita pagi ni

Orang lain macam jugak kot...atau lebih lagi

Selamat Menjawab SPM 09 KakAK

Selamat 'menjawab' SPM kepada semua adik2 yang terlibat termasuk anak perempuan sulung aku yang paper sulungnya bermula hari esok.. Sabtu lepas kami sekeluarga ada berjumpa dia memberi kata-kata perangsang & semangat untuk menjawab nanti. Yelah tak macam aku dulu, beritau jugak mak/ayah nak periksa... abis-abis pun dia kata jawab molek2 lah. Sikit je jawabnya...

Zaman nih dah berubah, semua ibubapa ingin kecemerlangan dalam setiap peperiksaan anak-anak. Dengan tution kat sekolah dan hujung minggu, semata-mata untuk mencemerlangkan anak-anak. Apatah lagi anak pompuan, lagilah banyak persaingannya. Kena buat yang terbaik dalam terbaik.

Buat yang terbaik moga kejayaan cemerlang 9A PMR dulu dapat diulangi semula...

Mat Stim pun pandai Biz

Kerusi ni dibuat di Pusat Serenti.. pandai pulak buat biz!!

Ihtifal/Hari Graduasi SanA-siNi


Stat dari Sabtu lagi dah ada jemputan untuk hari graduasi anak aku yang berumur 6 tahun, ada jemputan la... pendek kata penuh dengan perjumpaan ibubapa dan penjaga dan makan-makan sambil sembang politik, lepas nih nak anta anak kemana, !Malaysia dan macam-macam...

Hadiah pulak boleh tahan, kecik-kecik lagi dah pakai baju konvo (anak aku la)... PASTI pun dah banyak maju ke depan..

Semalam ada jemputan dan meraikan Ihtifal PASTI Kawasan Temerloh yang dibuat di Bukit Bendera Resort... Bagus jugak sekali-sekala pekena kat tempat 'mewah' kalu ada bajet...




PASTI .. Tak De KelAs


Ramai yang tak tau bagaimana PASTI mempunyai modul pendidikan yang mantap dan setaraf dan mungkim melebihi keupayaan pelajar sekolah rendah tajaan kerajaan. Mungkin dari segi prasarana dan kelulusan guru tidak setanding dengan guru KEMAS dan juga Kementerian... Tapi produk dari PASTI ini memang jadi 'rebutan' dan 'bernilai'.

Contohnya pelajar 6 tahun ada mengambil subjek Peribadi Muslim. Dan antara soalan akhir tahunnya adalah

i. Golongan yang layak menerima ZAKAT
ii. Golongan yang wajib mengerjakan HAJI


CeramAH saNA SinI



Jom pakat gi dengar ceramah dan kuliAh sekitar Temerloh (Taman Temerloh Jaya) dan Kerdau...


Hantar SMS FrEE


Aku terjumpa satu link hantar SMS percuma ke seluruh dunia. .. Aku try tak jadi... Mobile No tu bermula dengan 60 (untuk Malaysia) tambah le 6019/6013/6012/6017/6016 ... selamat mencuba

MahathiR - xPM

BETULKE ????