Showing posts with label KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label KELANTAN. Show all posts

Raja KelANtAN


Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri ditahan

26/03/2010 2:56am

KOTA BHARU 25 Mac – Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud telah ditahan polis di rumahnya di Taman Seri Aman, Kubang Kerian di sini malam ini.

Beliau yang ditahan pada pukul 8.40 malam kemudian dibawa dengan kenderaan polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Penahanannya dipercayai mempunyai kaitan dengan penglibatannya sebagai `Setiausaha Sulit’ Sultan yang telah membuat pengumuman rasmi pagi ini dengan mendakwa Sultan Kelantan telah menitahkan pemecatan pemangku raja. - Utusan

Komen lanjut baca SINI

Masalah perundangan terutama berkaitan perlantikan Raja & pegawai kerajaan di Kelantanh memang berlainan dengan negeri-negeri lain di semanaanjung. yang pernah duduk disana hampir 11 tahun mula-mula heran jugak... Last-last baru faham...

KeLAtE-MeloR





Gambar2 3 tahun lepas masa aku tinggal di MELOR kelate..

Cerita dari KB


Dulu tempat makan-makan...Parkson dah sewa..(Depan Pasar Siti Khadijah)

Baru sampai dari KB pagi ni.. Naik keretapi 825 malam dari Wakaf Baru dan sampai rumah 345 pagi..

Sedikit coretan dari KB

1. KB makin sesak dan jammed ...
2. Jambatan baru yang tertangguh dah disambung pembinaan semula. Dengar cerita kontraktor lama syarikat Redland terpaksa serahkan semula projek tu ke Penama Asal iaitu RXXXXX dan kini buat pulak JV dengan syarikat dari Sarawak...Tak tau la bila nak siap, dari roundabout depan TESCO ada 6 lane terpaksa berebut-rebut nak naik jambatan Yahya Petra yang hanya muat satu lane sahaja.'
3. PRK Manek Urai...duit mencurah-curah dari orghe dacing untuk pengundi-pengundi.. ada yang dapat ada yang x dapat
4. Jumpa kenalan lama secara tak disengajakan di pekan Melor .. dah jadi bloger sekarang... 'Ustaz Fikri'... kuliah tiap Jumaat di Masjid Mak Mayong Kg Kolam membawa seribu kenangan dan akan sentiasa diingati..kepada jemaah Masjid Mak Mayong harap layari blog ni untuk terus mengeratkan silatulrahim.


Tempat paling best atas keretapi 'Kantin' pukul 240 pagi


Lempok durian...

Kenduri LAGI








HARI
Senin 1/6 barulah kenduri kat rumah abang ipar aku, sambut menantu perempuan dan menerima menantu lelaki. Dia ada 11 orang anak dan ini merupakan anak ke 2 dan ke 3. Ramai lagi yang tak kawin, nampaknya aku kena turun KB lagi la... Najmi Ayamas, Basir Project Manager, Mustapha UNISEL, Nasaie baru abih Matrik, Kak Wa abih STAM, Ikhwan, Chef Anas dan adik La.. panjangnya senarai...

Apa pun Selamat Pengantin Baru kepada HAFIZ dan Kak Jah dan sentiasa bersabar dalam hidup berumahtangga, sentiasa bertolak ansur dan faham-memahami antara satu sama lain.




Bekwoh & Gambar Sawah PAdI


HARI
Pertama (Sabtu)

Kami sekeluarga termasuk 2 orang kakak ipar aku dan familynya berarak meraikan pernikahan anak sedara aku Mat Hafiz ( dulu ngaji pondok dan Hafaz Quran) kat Pasir Puteh sekitar pukul 3.30 petang. Lepas tu menziarah kakak ipar aku sorang lagi yang telah diserang stroke sampai tak boleh jalan 4 tahun lepas.. Sekarang Alhamdulillah dan boleh jalan walau guna tongkat...

Pukul 530 pulak di Kampung Cherang Hangus@Cherangus tempat bekwoh lagi.... Masa kat sini aku ambik gambar pemandangan yang sangat cantik sebab didepannya terbentang sawah padi meluas. Aku tak pandai ambik angle yang sepatutnya main hentam saja...