Showing posts with label PASTI. Show all posts
Showing posts with label PASTI. Show all posts

HadiAH

Jumaat lepas sibuk dengan Ihtifal Az-Zahra 09'... Dah lama tak terima hadiah ... kali nih merasa jugak... Ada ibubapa pelajar bagi kat AJK ...

Ihtifal/Hari Graduasi SanA-siNi


Stat dari Sabtu lagi dah ada jemputan untuk hari graduasi anak aku yang berumur 6 tahun, ada jemputan la... pendek kata penuh dengan perjumpaan ibubapa dan penjaga dan makan-makan sambil sembang politik, lepas nih nak anta anak kemana, !Malaysia dan macam-macam...

Hadiah pulak boleh tahan, kecik-kecik lagi dah pakai baju konvo (anak aku la)... PASTI pun dah banyak maju ke depan..

Semalam ada jemputan dan meraikan Ihtifal PASTI Kawasan Temerloh yang dibuat di Bukit Bendera Resort... Bagus jugak sekali-sekala pekena kat tempat 'mewah' kalu ada bajet...




PASTI .. Tak De KelAs


Ramai yang tak tau bagaimana PASTI mempunyai modul pendidikan yang mantap dan setaraf dan mungkim melebihi keupayaan pelajar sekolah rendah tajaan kerajaan. Mungkin dari segi prasarana dan kelulusan guru tidak setanding dengan guru KEMAS dan juga Kementerian... Tapi produk dari PASTI ini memang jadi 'rebutan' dan 'bernilai'.

Contohnya pelajar 6 tahun ada mengambil subjek Peribadi Muslim. Dan antara soalan akhir tahunnya adalah

i. Golongan yang layak menerima ZAKAT
ii. Golongan yang wajib mengerjakan HAJI


BAnnEr





Petang semalam pegi tengok pemasangan banner untuk cadangan PASTI AZ-ZAHRA 2 kat Jalan Bahagia...

Lawatan ke Kem






P
agi tadi kami ada buat lawatan ke kem tentera berdekatan untuk pelajar-pelajar Pasti Az-Zahra. Jadi angan-angan masa kecil baru tercapai hari ni.. Nampaknya orang dewasa yang lebih ghairah terutamanya bersoaljawab dan testing alatan seperti Styer...Ini satu pendedahan kepada masyarakat luar bahawa PASTI juga mempunyai aktiviti luar yang tersusun bukan setakat akademik sahaja. Setiap hari Rabu adalah hari aktiviti luar/riadah bagai membina perkembangan kecerdasan anak-anak dan mengenal dunia luar

Cerita lanjut disini



IlmU DUnia IlmU AKhirat


Tahun ni aku bersama kawan-kawan kat rancangan berjaya jugak membuka PASTI yang dinamakan PASTI AISYAH. Walaupun tak seberapa dari segi kemudahan tetapi sehingga kini dah bulan ke-5 beroperasi. Tak sangka juga... ingat tak berjaya. Pelajar pun ada 4 orang sebelah pagi berumur 4 tahun dan 13 orang mengaji IQRA'. Semua pendapatan digunakan untuk membayar elaun guru dan makanan.

Amat sukar untuk mengajak dan mempelawa peneroka/anak peneroka menghantar anak-anak mereka kat sini. AdA yang kata "Boleh membaca ke nanti"..."Kat sini belajar mengaji je ke??". Adakah mereka tak tau bahawa akhlak/sosial anak-anak@cucu mereka semakin hari semakin merosot dan tunggang-langgang. Pasti ini diwujudkan sebagai PEMAMPAN bagi melahirkan generasi-generasi Al-Quran yang mendokong jugak ilmu dunia.. Memang PASTI tidak berupaya memberikan yang terbaik dari segi kemudahan, peralatan dan guru yang terlatih.. Tetapi sekurang-kurangnya kami mencuba dengan apa yang ada tanpa mengharapkan apa-apa agar anak-anak@cucu-cucu mereka mempunyai sedikit ilmu akhirat berbanding kawan-kawan mereka yang belajar di tabika KEMAS.

Tekanan... Tekanan amat kuat terutamanya daripada ibubapa yang mengharapkan anak mereka mendapat yang terbaik sepertimana di Tabika KEMAS. Itu tidak boleh kami janjikan kerana subjek berkaitan akhirat amat kami tekankan.. bersabarlah..

APa yang amat malang sekali, tekanan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memantau, membuat soalselidik berkaitan setiap program yang kami anjurkan, belajar subjek apa?? Sape penganjur? duit dapat dari mana? AHhh banyaknya soalan aku ditanya...... sehingga ibubapa pun menjadi sasaran mereka... APa salah kami???.. Mereka ini pula adalah sebangsa dan seagama yang mengaku kononnya ISLAM..dan ada yang terdiri dari sahabat baik aku dirancangan yang 'berjawatan besar'. Terkadang merasakan bahawa peritnya perjuangan...Nabi sendiri pernah luka-luka dan berparut, tapi aku mungkin terluka perasaan dan semangat sahaja. Yang pastinya kami ingin melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran.....

Jamuan Makan Malam AMAL 09


Terima kasih kepada semua penyumbang tak kira dimana jua...boleh tengok gambar-gambar majlis tersebut di blog ni

AKu sempat la berposing dengan Ustaz Akhwan Affendi dari Kuantan... Kalu sape-sape nak buat konset dia boleh tel aku..Kami sedang buat perancangan nak panggil Asri Rabbani pulak....

Lagi berita pasal majllis tersebut...

- Sidang Online
- Jabatan PASTI Kawasan Temerloh

BERI-LAh SumBangan


Kepada sahabat-sahabat.. dimohon agar dapat memberikan sedikit sumbangan kepada Tabung Pembangunan PASTI AZ-ZHRA' Taman Temerloh Jaya Pahang. PAZ mengadakan program Jamual Makan AMAL. Kepada yang tinggal berdekatan harap dapat membeli kopun jamuan amal ini dengan harga dari RM20 - RM100. Dan kepada yang tinggal diluar kawasan Temerloh, mohon jugak agar membuat sumbangan dalam bentuk wang ringgit.

Segala sumbangan anda diucapkan terima kasih. Jika dah bank-in duit tu sila SMS ke Ustazah Zainun 013 9144 234

No Akaun : 153038945511 Maybank
Info lanjut htp://pastiaz-zahra.blogspot.com

Berjaya Akhirnya

Akhirnya penat lelah selama 1 1/2 bulan berbaloi jugak dan dengan pengoperasian PASTI AISYAH dibuka dan mendapat pelajar sulungnya seramai 5 orang ( umur 4 - 6 tahun). Walaupun kurang daripada jangkaan sebenar kerana semasa sesi pendaftran pada 29/12/08 kami menerima 14 borang pendaftaran. Apabila perekolahan dibuka dan sehingga tarikh hari ini tinggal 5 orang pelajar sahaja.

Masalah ini memang dijangkakan kerana dengan tohmahan, ugutan dan bermacam-macam spekulasi dikatakan tentang PASTI, menyebabkan ramai yang menarik diri ataupun lebih rela menghantar anak mereka ke TABIKA KEMAS.

Kami menerima 7 orang yang belajar kelas IQRA dan Fardu Ain petang dan bilangan pelajar makin bertambah. Sekurang-kurangnya dapat juga memberi pekerjaan dan rexeki kepada anak-anak peneroka.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada kekawan yang sudi memberikan semangat, dorongan dan bantuan berupa kewangan serta perkakasan. Moga jasabaik tuan puan ALLAH saja yang membalasnya.

WORK IN PROGRESS


Alhamdulillah kerja-kerja pembaikan kelas seperti membaiki dinding dan menyimen telah bermula Ahad lepas(14/12), dibantu oleh rakan semasa sekolah rendah kat Felda dulu iaitu saudara YAN. Sumbangan orangramai akan digunakan sebaik-baiknya agar kos penubuhan dapat dikurangkan. Kami menumupukan kerja-kerja pembaikan penting seperti pemnaikan tandas dan dinding untuk menampal bahan mengajar dahulu. Kerja-kerja seperti penukaran atap dan yang memakan belanja besar akan dbuat selepas ini memandangkan dana yang tidak mencukupi.

Pagi Selasa lepas (16/12) kami mendapat berita gembira, apabila sebuah sekolah sanggup mendermakan meja-meja yang telah rosak kepada kami sebanyak 20 buah. Kira OKlah buat ketika ni. Diharap semua perancangan berjalan lancar

Penulis mengharapkan rakan-rakan sekolah terutama semasa di Asrama Felda (Dr Sham, Pak Ya, Jack, Hj Ramlee dll), UiTM (OKB ANtu Raya, Kitang, Syed Amid dll) dan kenalan-kenalan terus dapat membantu kami. Jika ada bahan bacaan juga boleh disumabngkan kepada kami.

MOHON SUMBANGAN UNTUK PASTI & KELAS MENGAJI AL-QURAN

Dengan rasa rendah hati penulis dengan ini memohon sumbangan dari orangramai bagi membiayai kos penubuhan dan operasi PASTI & KELAS MENGAJI AL-QURAN di FELDA Jenderak Utara, Mentakab Pahang. Pasti ini akan beroperasi pada bulan Jan/2009 ini. Sumbangan amat diperlukan bagi membiayai sebahagian kos pembaikan bangunan yang disewa seperti atap, kayu, simen, cat dan lain-lain lagi. Ianya juga diperlukan untuk membiayai kos alat bantuan mengajar, alatulis dan kos operasi pada peringkat awal. Moga sumbangan tuan/puan sedikit sebanyak dapat meringankan kewangan AJK Pasti FJU dan diberkatiNYA.Untuk maklumat lanjut sila hubungi Saudara Harazian 019-9765 629 @ Suhaimi 019-9218 444 (AKAUN MAYBAK 153038945511)