Showing posts with label SOSIAL. Show all posts
Showing posts with label SOSIAL. Show all posts

Hujan TahuN Baru

Malam tadi hujan renyai-renyai di Temerloh
sejuk semacam ... kalu macam ni tak perlu ke Cameron Highlands
Pegang selimutpun dah sejuk
sambutan tahun baru bagi anak muda lebh thrill
mungkin akan merempit dan bersorak habis-habisan
seronok masuk tahun baru katakan
apa yang mereka fikir kitapun tak dapat pastikan.
TAPI...
dek hujan renyai sampai ke SUBUH
nak merempit tak menjadi ... cuma berkumpul ramai-ramai dengan motor jelah...
TU cerita sahabat selepas berborak sebentar di surau selepas SUBUH

CeritA PLKN


Berborak pasal {LKN dengan geng surau malam tadi termasuklah Cikgu PLKN sendiri. Dia kata kalau anak Dato'-Dato' akan dihantar ke Langkawi seperti di Kem Beringin Beach Resort, Langkawi, Kedah. Manakala bagi yang artis remaja pula biasanya di sekitar KL sahaja... betul@tidak aku tak tau

MerAH


Semasa lalu kat kedai berhampiran rumah sewa aku, terlintas kad kedai ni... Lampu-lampu bewarna merah dan mula kelihatan dirumah/bangunan kepunyaan masayarakat Cina... 17/2 ni maasayarakt Cina akan menyambut Tahun Baru Cina (Tahun Rimau) ...

Hari ni Ammer demam, jadi mungkin aku boleh buat banyak sikit posting... Aku tau jugak le serba sedikit tentang maksud warna merah tu... pada aku mungkin bermaksud baik@ada ong tu jelah... Minggu depan cuti panjang....

Jadi sempatlah merayau cari info kat internet... Jadi aku rasa yang ni sesuai & mudah difahami kot.. BACA SINI dan SINI



Kurma merah yang juga merupakan sajian Tahun Baru Cina.


SEJARAH
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

MITOS
Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".
.... sumber www.websabah.net

Wira/wirawati NegaRA PLKN


Ni
aku jumpa dalam buku modul Program Latihan Khidmat Negara. Syabas dan tahniah kepada wira/wiratwati negara.

Siapa yang mengiktiraf mereka ini? Sekurang-kurangnya buatlah satu soalselidik atau undian untuk memastikan adakah mereka ini benar--benar wira-wira negara. Apakah kayu pengukur yang digunakan untuk dilantik sebagai Wira Negara? Tiab-tiba je dah dapat gelaran WIRA..

Jadi jelaslah bahawa kerajaan amat mengiktiraf mereka yang terlibat dalam bidang hiburan dan fesyen sebagai WIRA.. Patutlah remaja dan anak muda hari ini begitu taksub dan tergila-gila dengan bidang hiburan kerana suatu hari nanti pasti akan di iktiraf sebagai WIRA...


Melihat Dalam DiriMU

Pendiam, pemarah, penakut, pendengus, penyabar, rajin, pemurah mungkin sebahagian sikap dalam diri kita. Kalau nak jelas lagi perhatikanlah pada anak-anak. Mungkin dan biasanya mereka mewarisi sebahagian sifat-sifat dalam diri kita. Gaya bercakap, berjalan, cara pemakanan dan bobi juga antaranya yang terpalit pada anak-anak.

Tuhan memperlihatkan sifat-sifat ini pada anak-anak untuk mempermudahkan kita melihat sifat dalam diri kita. Bapa borek anak rintik. Tak kemana kuahnya kalau tak ke pinggan nasi. Begitulah sebahagian peribahasa Melayu yang menggambarkan perkara ini.

Sifat yang mulia pada anak-anak kita tingkatkan lagi, dan ini mungkin terdapatnya usnur-unsur feel yang molek pada ibubapanya. Yang tak sesuai kita patut-patut perbaiki pada diri kita dan pada anak-anak. Berusahalah untuk memperabiki diri sendiri dan juga anak-anak.Tiada sape yang sempurna...

Mari Merempit



KALU
nak rempit mesti atas jalan....tempat lain tak boleh ke???. Perkataan rempit ni datang dari mane ???.. Dari perkataan rempuh dan sempit kot. Biasanya bila bawa moto dah laju dan tak dapat dikawal terpaksa lah main rempuh je... dan merempit ni biasanya ramai-ramai... jadik sempit la.. aku agak jelah..

Mungkin kerajaan Pahang boleh try buat pertandingan merempit kat Sungai Pahang kot??. Yelah takde orang nak marah, tiada pencemaran alam sekitar... boleh buat pakej pelancungan lagi... Pejabat Belia bagi perahu dan pendayung sorang sebijik kasi chance dia rempit dari Kuala Krau sampai bandar Temerloh... tengok sape menang...

DaRA@TidAK

Hari ni aku sibuk sangat sampai tak menyempat nak posting .. cerita dah banyak sampai aku dah buast list pun... Pukul 9 tadi anta keta baiki.. brek dah out... Lepas tu ada Dr call PC dah jammed kena format pulak. Jadi PC aku tak boleh guna... Malam ni baru boleh relaks..

Semalam aku ke Jengka, borak dengan satu Dr ... muda lagi... umur tak sampai 30 lelaki la.. Ko ingat pompuan ke...

Suhaimi!!! U dah kawin ke?.. Aik tanya aku dah kawin...aku jawab le.. setakat ni tak de yang nak kat saya... ialah.. (aku tak abis cerita lagi dia dah potong jawab)... Yelah sekarang I takut nak tackle pompuan, semua yang I jumpa ada problem..? Kawin karang macam-macam hal...U macam mana Suhaimi??.

AKu jawab, ialah pompuan ni payah kalu tak kena gayenya. Kawin nih satu pengorbanan.. Kita kena korbankan minat@hobi kita, orang kata perlu memahami antara satu sama lain...aku pun tambah lagi, kita bukan kawin dengan dia je , mak bapak dia, adik-beradik dia, sanak sedara lagi...puhhhh banyak. Semua kena ambik kira tu...

Dia dah naik pening... Dia kata kat aku... Tadi U kata macam tak kawin lagi. AKupun terus jawab ialah saya cadang nak tambah kuota lagi tak sape nak ... kah kah kah.... Dia gelak aku pun gelak same... Staff kat klinik tu semacam pandang aku dengan Dr...
(Tu cerita intro aku)...

Lepas tu dia seriuus. Macam nak berbisik dengan aku pulak. Suhaimi!... Budak-budak pompuan yang jumpa I banyak dah rosak 'pregnant', minta I buang janin....teruk budak sekarang Nih??? Aku terkejut mak datuk.. Ye ke Dr??.. Yaaa... Haru-haru... Nak cari pompuan yang tak bermasalah payah sekarang ni... Tak dan nak sambung, ada patient pulak... prettt abis cerita...

Moral cerita ni... budak-budak zaman la ni ramai yang rosak tak kira lelaki@pompuan. Kalau lelaki dah jadi Dr, pompuan pulak gatal nak berlaki kawin tak nak.... Malas ceritalah ... akupun ada anak pompuan....moga-moga dijauhkan le.... (Ini kisah benar)