Semasa lalu kat kedai berhampiran rumah sewa aku, terlintas kad kedai ni... Lampu-lampu bewarna merah dan mula kelihatan dirumah/bangunan kepunyaan masayarakat Cina... 17/2 ni maasayarakt Cina akan menyambut Tahun Baru Cina (Tahun Rimau) ...
Hari ni Ammer demam, jadi mungkin aku boleh buat banyak sikit posting... Aku tau jugak le serba sedikit tentang maksud warna merah tu... pada aku mungkin bermaksud baik@ada ong tu jelah... Minggu depan cuti panjang....
Jadi sempatlah merayau cari info kat internet... Jadi aku rasa yang ni sesuai & mudah difahami kot.. BACA SINI dan SINI

SEJARAH
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.
MITOS
Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".
.... sumber www.websabah.net

0 comments:
Post a Comment