SejarAH PerakaunAN


Surah Al-Baqarah, Ayat 282
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu.

Mari kita perati pasal perakauan... mudah nak lulus payah nak score (pada aku la)

Perakaunan Islam boleh ditakrifkan sebagai suatu pengiraan hasil-hasil pekerjaan yang hala
l


Sejarah Perakaunan Islam


Catatan perakaunan telah disebutkan dalam surah Al-Baqarah, Ayat 282 yang menjelaskan keperluan menyedia rekod transaksi kewangan dan membuat pengesahan mengenainya serentak dengan itu, Rasulullah S.A.W juga telah mengarahkan bahawa catatan hendaklah dibuat kepada penerimaan dan perbelanjaan harta zakat dan sedekah yang menjadi asas kepada prinsip catatan beregu bagi menyatakan kedudukan wang masuk dan wang keluar. Keperluan mewujudkan sebuah jabatan khusus yang menguruskan catatan perakaunan wujud pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A


Sejarah perakaunan Islam diteruskan dengan cadangan penubuhan diwan (jabatan perakaunan) yangdikemukakan oleh Hurmuzan yang melihat Khalifah Umar R.A. menerima rombongan yang membawa wang tanpa sebarang catatan. Beliau (Hurmuzan) memberitahu Khalifah Umar R.A. bahawa tanpa membuat catatan, tiada siapa yang tahu mengenai sesuatu barangan atau wang yang hilang daripada simpanan. Oleh itu, hanya dengan menulis dan membuat catatan jumlah keseluruhan harta, barulah ia dapat dijaga dengan betul. Lalu Khalifah Umar R.A memerintahkan supaya ditubuhkan diwan untuk menjalankan tugas tersebut. Oleh itu, dapat dilihat di sini bahawa peranan utama diwan ialah membuat catatan semua harta yang diperolehi dan yang dibelanjakan. Kemudian, ditubuhkan diwan yang berkaitan dengan wang kutipan cukai kharaj dan cukai-cukai lain.

Prinsip Umum Perakaunan Islam

Asas perakaunan Islam termasuklah perakaunan wakaf umumnya bersumberkan kepada surah Al-Baqarah Ayat 282. Daripada Ayat ini, beberapa prinsip umum perakaunan Islam boleh dipedomankan seperti berikut:

a. Mencatat transaksi kewangan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan urusan muamalat;

b. Catatan kewangan mestilah dibuat dengan cara yang adil, tepat dan beramanah. Sifat adil memerlukan seseorang pencatat hanya bertanggungjawab kepada Allah S.W.T. ;

c. Pencatat juga mestilah memiliki kemahiran dan mengetahui hukum fiqh. Namun ilmu sahaja tidak mencukupi kerana banyak kemudaratan telah ditimbulkan oleh mereka yang berilmu tetapi tidak memiliki sifat adil dan amanah. Untuk itu, Allah S.W.T. telah menambah bahawa pencatat mestilah juga memiliki sifat taqwa. Apa yang menarik di sini adalah Allah S.W.T.menyebut sifat adil lebih dahulu daripada berilmu, yang menunjukkan bahawa kepentingan berlaku adil dalam membuat catatan kewangan adalah melebihi dari hanya memiliki ilmu dan kemahiran;

d. Mencatat dengan tepat, teratur dan dengan tidak mengurangi hak sesiapa walaupun sedikit;

e. Mengadakan saksi dan keterangan yang menjelaskan transaksi. Ahmad Mustapha al-Maraghi dalam bukunya “Tafsir Al-Maraghi” telah memetik pandangan Ibn Qayyim bahawa perkataan al-Bayyinah (pembuktian) adalah lebih umum dan mencakupi setiap sesuatu yang boleh menjelaskan dengan benar kesahihan sesuatutransaksi; dan

f. Catatan mestilah dibuat tanpa mengira kecil ataupun besar sesuatu transaksi tersebut.Muhammad Kamal ’Atiyah dalam bukunya “Perakaunan Syarikat Dan Bank Menurut Sistem Islam” telah menegaskan bahawa ulama fiqh telah menetapkan iaitu sesuatu harta dinilai mengikut asas nilai semasa. Dalam membuat penilaian ini, keadaannya pada masa lepas tidak diambil kira. Apa yang penting adalah keadaannya sekarang dan kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan. Maka para juruaudit Islam menjadikan penilaian semasa sebagai asas ataupun dasar yang penting dengan mengenepikan harga asal. Ini kerana penilaian semasa dibuat bagi menghadapi perubahan kuasa beli wang. Ia juga digunapakai dalam menyediakan laporan penyata kewangan dan membuat sebarang keputusan kewangan serta pelaburan.


TAKRIF PERAKAUNAN moden

Proses mengenal pasti, merekod, mentafsir, menganalisis, melaporkan maklumat kewangan dan merancang serta mengawal kegiatan perniagaan.


TUJUAN
Proses mengumpulkan maklumat berdasarkan etika yang ditetapkan
Menganalisa n mentafsir maklumat
Menyediakan laporan kewangan bagimembuat keputusan


Sejarah
  • Permulaan menyimpan rekod sejak tamadun purba.
  • Catatan tertua – catatan pembayaran upah di Babylonia pada tahun 3500 S.M.
  • Pada peringkat awal, catatan dibuat pada kepingan tanah liat. Kemudian menjadi lebih maju setelah terciptanya papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir pada tahun 400 S.M.
  • Wang digunakan sebagai alat perantaraan bagi penilaian dan pertukaran apabila sistemkewangan bermula pada abad ke-5 dan ke 6 S.M. Rekod perakaunan menggunakan nilai wang sebagai ukuran
  • Pada tahun 850 M, sistem angka Hindu-Arab digunakan yang dicipta oleh orang India.
  • Sistem catatan bergu bermula apabila perdagangan semakin pesat di Itali pada 1200-1500S.M. Sistem ini dicipta oleh Luca Pacioli bertujuan dapat menyimpan rekod yang lengkapdan sistematik.
  • Luca Pacioli dianggap sebagai bapa perakaunan kerana bukunya merupakan terbitan perakaunan yang pertama dicetak dan beliau telah membentuk asas perakaunan yangdiamalkan sehingga kini.
  • Revolusi Perindustrian di England pada abad ke 17 dan ke 18 telah memperkembangkan lagisistem perakaunan. Pengenalan kepada perakaunan kos.
  • Pada akhir abad ke 19 dan ke 20, bidang perakaunan mencapai taraf profesional
  • Pada tahun 1973, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (InternationalAccounting Standards Committee)-IASC ditubuhkan oleh badan perakaunan dunia di Sydney untuk menerbitkan Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International AccountingStandards)-IAS supaya akaun-akaun dan penyata kewangan disediakan mengikut piawaianasas serta mengawal profesion perakaunan.

4 comments:

asatoshi said...

minta izin copy artikel ni ya untuk pameran perakaunan di kolej. tq.

Unknown said...

MINTA IZIN COPY YE... UNTUK SHARE MAKLUMAT

clone harlin said...

mnta izin copy ye...halal kn ea...nk wt assgmnt ne...:D

Anonymous said...

mohon copyy juga ,,
hehehe ,
nak buat ass.
=))

Post a Comment