Hakmilik: Peneroka dakwa Felda tipu |
| Abdul Rahim Sabri Feb 24, 10 7:05pm | | |
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.
Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (
kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (
kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.
Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.
DARI MALAYSIAKINI.
0 comments:
Post a Comment