Seperti biasa, pagi-pagi antara pukul 725-735 aku dah kat PASTI lepas hantar anak k esekolah... Cari penyapu dan terus memulakan tugas harian pertama untuk tiap-tiap hari kecuali kalau aku out-station. Sapu sampah kat laman PASTI dan jalan hadapannya. Aku pun jadi jadi kenal dengan geng-geng Alam Flora dan kadang-kadang join skali sebab sampah banyak...... Kenapa agaknya?
Perjalanan hidup orang lain mungkin lebih baik dan teratur terutamanya sahabat-sahabat aku yang dah jadi pegawai besar yang berbini besar, berumah besar dan berkereta besar yang mungkin tiap hujung minggu sibuk membawa seikat kayu golf mencari 'lubang terbaik' dan mencabar. Mereka tak merasa dan melihat betapa peritnya pekerja-pekerja Alam Flora yang dimonopoli oleh kaum Melayu ISLAM. Bau busuk sampah kadang-kadang ditegur mahupun dimarahi oleh tuanpunya rumah dengan pelbagai leteran.
SAMPAH bagi kebanyakkan orang tidak ternilai serta jijik sekali tapi bagi golongan marhaen inilah sumber rezeki mereka. Orang yang tidak bernilai dipanggil SAMPAH masyarakat... mungkin kita perlu fikir untuk mengitar semula sampah-sampah menjadi bahan bernilai termasuklah sampah masyarakat .
Mungkin dengan menyapu sampah aku dapat melihat sikap manusia terhadap alam sekitar, sikap prejudis golongan pekerja bawahan dan sikap masyarakat terhadap diri AKU sendiri...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment