Showing posts with label MASJID. Show all posts
Showing posts with label MASJID. Show all posts

MinyAK, Ke Kg SertIk & SUrAU Kg ChintA ManIS

SABTU 4/12/10
Pagi isi minyak kat Temerloh nak ke Karak...
Terpaksa guna minyak paling murah walaupun tak de kualiti.
Minyak untuk golongan marhaen macam aku.
Orang BN takpe dia orang tak kisah naikpun...

Naik minyak kejap aku... naik harga lagi...

Ke FELDA Kg Sertik

Signboard

Jalan masuk

Hadiri kenduri kahwin sepupu...
Ada nyanyi2 karaoke... kalu kat rancangan tak sah kalu tak de
walaupun dah tua gayut,, masih nak berdangdut lagi

On the way balik
Singgah surau Kg Chinta Manis
Chinta@Cinta...


Kebersihan dalam surau kurang menyenangkan

Penjaga surau...
Mungkin geng songkok tinggi punya markas
Tuan tak mari pun takpe

Banyak kerusi bersepah diluar...
Tahi cicak dan berdebu
Aak tangga pun kotor
Mungkin ni tempat meeting je

Penutup ada...
Cari tong sampah ada belakang tandas


Cerek air ada
sisa air kopi pun ada lagi
pemalas betul...

Masjid Batu 1

Kawasan yang baru ditambah]

Malam tadi ke Masjid Batu 1.... Dah siap renovation rupanya... Hari Jumaat biasanya aku ke Masjid lain... Malam tadi ada kulah Dato' Tuan Ibrahim lepas Maghrib. Mula-mula tak percaya sebab biasanya jadual Dato' hari Rabu... rupanya dah tukar ke hari Khamis pulak. Terima kasih kepada sahabat yang mesej menjemput ke kuliah malam tadi, dapat pahala dia.. Yelah ajak orang ke masjid...

Majid diperbesarkan sikit terutama berhadapan jalan besar yang kalu tak silap dibuka dalam 16 kaki lagi..

SERAGAM

Dalam masjid

Beranda

Luar

Gambar lepas solat Maghrib di sbuah masjid kat Songsang

TukAR naMA

Dulu .... Surau Al-Fil seperti posting aku kat SINI

Sekarang ... SURAU BUKIT ANGIN


Surah Al-FIL dan Surau AL-Fiil

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ
1 . Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Rabbmu telah bertindak terhadap tentera gajah?

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ
2 . Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ
3 . dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ
4 . yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ
5 . lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)?

Manakala kat bawah pulak adalah Surau Al-Fiil di Kubang Gajah, Temerloh Pahang... Segalanya kebetulan@disengajakan tak tau pulak...


Papan TandA




A
ku ucapkan tahniah kepada tuanpunya/penyewa kedai ni kerana sanggup menjadikan sedikit ruang dikedainya sebagai 'surau'..Semalam (28/5), bila aku lalu depan kedai ni, menarik pulak ada papantanda 'SURAU' lagi, so aku snap la gambar ni....INi kali pertama aku jumpa sebuah kedai Muslim yang sanggup mempromosikan surau dilaluan dan hadapan kedainya. Kalau tak silap aku kedai ni menjual alatan komputer dan komunikasi. Mungkin ianya jugak sebagai salah satu teknik pemasaran dan terletak berhampiran Bank Islam, pejabat CELCOM cawangan Temerloh dan berhadapan dengan Old Town Kopitiam... Yang lain macam mana????

MasJiD ABu BAKAr Temerloh


Dah lama aku tak pegi Maghrib kat masjid ni... jadi maghrib tadi aku berdesup bawa keta buruk aku(SAGA) ke Masjid dengan anak lelaki no 2 ... Sampai sana dah masuk rakaat ke-2. Apasal ramai orang ni, sampai aku kena parking kat luar pulak.. ada khemah lagi....

Lepas sembahyang Maghrib Pengerusi majlis udah buat pengumuman , majlis malam ni dibuat sebagai tanda kesyukuran oleh Dato' Saifuddin Abdullah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.. ohhhhh patutlah ramai geng pakai songkok tinggi dengan baju Melayu.. Depa tu mari nak tunjuk muka kat Dato' kot...

Masa nak sembahyang Isya', Dato' nak pi la ambik wuduk, tapi ramai orang buat tak tau je... ada satu pakcik tu sampai cium tangan Dato'... hentamlah labu..

Dah qamat Isya', aku cepat-cepat rebut saf depan sekali, nak tengak kalu ada adegan berebut mikropon nak jadi tok imam ke macam kat Perak... Takde weh... tak berani kot.. Abis sembahyang aku tengok saf aku, cari Dato', tak dak jugak aik pegi mana?... rupanya dok belakang.. AKu tunggu lagi mana tau Dato' nak bagi tazkirah ke?... Tak dak lagi.... Tak merasa la tazkirah dari wakil rakyat Temerloh.

Makan pulak kat khemah takde lampu, ada lilin je.... aduhhh... Set-set VIP + Geng songkok tinggi makan berhidang, orang awam ambil tiket dulu le... Dah jadi MP cubalah bawa berborak dengan rakyat jelata ni.. Buat tak tau je... mungkin dia rasa orang tak layan dia kot, sebab atas masjid tadipun tak nampak ceria....

Bab jadi Imam ni, kita kena cuba... abis-abispun dengan isteri & anak-anak. Rugi sape tak pernah buat... Try dulu zohor dengan Asar... Kalu rasa confident je, bawak le Subuh, Maghrib dan Isya'... Mau tak keluar suara ....

MasjId WIlayah Persekutuan - Jalan Duta





Petang Sabtu (4/4) lau kami sekeluarga ke KL kerana ada kenduri kahwin anak sepupu sebelah isteri. Memang dari rumah lagi aku dah pasang niat nak sembahyang Maghrib kat Masjid ni. Jadi petang tu dalam pukul 6 lebih semasa berborak dengan biras-biras, kami bercadang nak bermaghrib kat situ apatah lagi hanya dalam 10 mint dari rumah sahaja.

Jadi pukul 7.00 kami bertolak dari rumah dengan 2 orang biras, anak lelaki aku dan sepupunya (semua lelaki).

Jadi aku bawa HP Sony dan mula la ambik gambar.. semasa sembahyang sunat ada la 35 orang lebih jemaah, bila dan selesai sembahyang aku kira tak kurang dari 60 orang jemaah. Alhamdulillah...

Jadi kepada kekawan yang dok luar Malaysia dan yang tak pernah masuk masjid ni lagi kau orang layanlah gambar yang aku ambik ni..Aku main hentam kromo je ambik gambar...