Tak LaYAK

AHLI LEMBAGA PENGARAH PENGURUSAN FELDA



Y. Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor

Pengerusi FELDA

AHLI-AHLI




Y. Bhg. Dato’ Dzulkifli Abd Wahab

Pengarah Besar FELDA




Y. Bhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah

Ketua Setiausaha Perbendaharaan






Y. Bhg. Datuk Raja Sharifuddin Hizan bin Raja Zainal Abidin

Pengerusi FPM Sdn Bhd






Encik Shamsudin bin Othman

Naib Pengerusi Gabungan JKKR Johor Bahru (Wakil Peneroka)



Y. Bhg. Dato' Mohd Bakke Salleh

Group President / Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH)





Y. Bhg. Dato' Dr. Mohd Basri Wahid

Ketua Pengarah MPOB




Dr. Omar B Salim

Ketua Unit Kawal Selia

Jabatan Perdana Menteri





Y.B. Dato' Haji Tan Mohd Aminuddin bin Haji Ishak

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA

Negeri Pahang




Y.B. Datuk Mohd. Suhaili bin Said

Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah



Y.Bhg. Dato' Noriyah bt Ahmad

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi

Jabatan Perdana Menteri


Y.B Ir. Haji Hamim Haji Samuri

Ahli Parlimen Ledang





TUAN!!!
NAK TANYA SIKIT...
ANAK PENEROKA TAK LAYAK KE???

DAH ADA JADI DOKTOR KAT TAWAKAL, DAH ADA JADI PROFESSOR KIMIA KAT UTM, DAH ADA JADI CEO, DAH ADA JADI TUAN ENGINEER (SEBUT SAJA ENGINEER APA), DAH ADA JADI YB KAT N9, PAHANG & MELAKA, DAH ADA JADI PAKAR SENJATA MACAM RAZAK BAGINDA....

MACAM-MACAM ADA... APA YANG TAKDE... NI CONTOHNYA.....

ASSOC. PROF. DR. MOHD. GHAZALI MOHD. NAWAWI
B.Sc. (New Mexico), M.Sc. (Swansea), Ph.D. (Waterloo)(Chem.Eng.)



Position: Associate Professor/Head of External Program
Email: ghazali@fkkksa.utm.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Department of Chemical Engineering,
Faculty of Chemical and Natural Resources Engineering,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai, Johor, Malaysia.

Boleh rujuk di kat SINI

MerAH


Semasa lalu kat kedai berhampiran rumah sewa aku, terlintas kad kedai ni... Lampu-lampu bewarna merah dan mula kelihatan dirumah/bangunan kepunyaan masayarakat Cina... 17/2 ni maasayarakt Cina akan menyambut Tahun Baru Cina (Tahun Rimau) ...

Hari ni Ammer demam, jadi mungkin aku boleh buat banyak sikit posting... Aku tau jugak le serba sedikit tentang maksud warna merah tu... pada aku mungkin bermaksud baik@ada ong tu jelah... Minggu depan cuti panjang....

Jadi sempatlah merayau cari info kat internet... Jadi aku rasa yang ni sesuai & mudah difahami kot.. BACA SINI dan SINI



Kurma merah yang juga merupakan sajian Tahun Baru Cina.


SEJARAH
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

MITOS
Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".
.... sumber www.websabah.net

Warga BlOg

D U LU- tak tau mana satu
Sekarang

Selamat menjadI WarGA BlOG kepada sahabat aku PAK YA. Pernah menjadi rakan sebilik masa kat AFKL dulu kalu tak silap BD5... dan juga rakan lipat jaring takraw... Jangan main-main dengan dia.. Maaf Tuan...

HILANG!!!


Ini tahun
anak bongsu aku AMMER
saja yang bersekolah rendah
2010 tahun 1
dah 2 kali
dia beriatu
kasut tertinggal@hilang kat sekolah
sebelum-belum ni
tak pernah terjadi kat abang-abang & kakak dia
Macam hari nih...
bawa balik sebelah je kasut kerumah ....
petang ni aku kena gi sekolah pulak
Nasib baik jumpa...
Ni haaaa...

sYukUr

Ada tazkirah malam tadi dari sahabat yang tak diketahui namanya yang menyentuh HATI ANA. Katanya adakah kita setakat bersyukur bila badan sihat walafiat, ada anak-anak yang montel dan berjaya dalam pendidikan, mendapat kerja yang molek, ada rumah yang serba sederhana, pekerjaan yang mampu menanggung seisi keluarga dan rezeki yang sentiasa ada....

Adakah setakat itu sahaja? TAPI pernahkah jugak kita bersyukur kerna kita masih mampu mentaati segala perintahNYA seperti solat, berpuasa, berzikir dalam keadaan penuh dugaan dan cabaran dalam meniti arus kehidupan di dunia ini. Bersyukur sebab kita mampu menahan godaan hawa nafsu dan iblis dari melakukan sebarang laranganNYA... Moga sama-samalah kita berSYUKUR

StreSS

Borak-borak dengan sahabat malam tadi...

Dia kata.... sekarang nih ramaiyang STRESS termasuklah cikgu macam dia.... sehingga ada diberitakan boleh menyebabkan tahap kesuburan berkurangan... Ini sudah teruk.... akupun rasa-rasanya terstress jugak seminggu dua nih... claim 1ratus 2 pun payah nak dapat... Sabar jelah...

Relaks. jangan tension sangat... kalu gitu aku cadang pakat-pakat beralih arah jadi pekebun pulak tanam la apa-apa yang patut... hari-hari tengok HIJAU belaka...


Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
nor.afzan@kosmo.com.my

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.

PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.

HARAPAN yang tinggi terhadap keputusan peperiksaan pelajar turut memberi tekanan kepada golongan guru.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.


FoTo Sukan SMA Mahmudi di Stadium TemerLoH

Tarikh : 7/2/10
Lokasi : Stadium Temerloh

Gelagat 1

Pandangan kanan

Trek & pekan sehari AHAD Temerloh (banyak keta tu)

Kain rentang

Ammar(kanan skali) & the geng

Ambik gambardari atas

Posing

Sebahagian penjaga

SauDagAR Abdul RahmAN B AuF

Semalam sempat berborak dengan blogger KorekMata pasal kes SaypOl.. sampai terlajak ke kaedah perniagaan sahabat Nabi iaitu Abdul Rhman b Auf.. Ini antara kaedah yang dipraktikkannya...aku carilah dalam internet.....

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga? Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.
Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.


Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga. Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Jawabnya:

1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…

Bermaksud :-
1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.
3. TUNAI sahaja

Mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah s.a.w.di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan kapitalis atau orang bukan Islam Madinah? Rahsianya ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana diketuai oleh Saidina Abdur Rahman bin 'Auf r.a. memanggil Allah dan Rasul untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka. Mereka sembahyang hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, baca Quran, selawat dan lain-lain demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah s.a.w. mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Tuhan atau cara berniaga yang disuruh Tuhan. Iaitu dengan menawan hati orang. Para penyokong dari alam ghaib berdatangan selepas mendapat 'call' dari orang lahir. Hati penduduk Madinah ditawan. Datang ke Pasar Ansar orang dapat Tuhan, dapat pemimpin, dapat ibu ayah, dapat kasih sayang, dapat kebahagiaan. Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Mahal pun tak apa demi cinta. Lalu sunyilah gelanggang perniagaan kapitalis bukan Islam hingga membawa mereka gulung tilam bantal meninggalkan Madinah.
Hebat!

Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab “aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yg sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”..

Beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja. Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu darham dalam satu hari. Inilah kenyataan yang pernah disabdakan oleh rasulullah s.a.w:

"Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki". (Riwayat Ahmad)

Diambil dari http://muslimdairyz.blogspot.com

PesaN RASUL

1. Selalu bangun sebelum subuh.

Rasul selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum SUbuh, melaksanakan solat sunat & fardu solat subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain:-
  • berlimpah pahala daripada ALLH
  • Kesegaran udara Subuh yang baik untuk kesihatan/terapi penyakit TB
  • Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan perasan
2. Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah "Jangan marah" diulangai sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
  • Membaca Ta'awwudz, kerana marah itu dari syaitan
  • Mengubah posisi marah , bila berdiri maka duduk dan bila duduk berbaring
  • segeralah berwudu'
  • solat dua rakaat untuk meraih ketengan dan menghilangkan kegundahan hati.
dieptik dari Majalah Dian Ogos 06

SapU SampAH


Seperti biasa, pagi-pagi antara pukul 725-735 aku dah kat PASTI lepas hantar anak k esekolah... Cari penyapu dan terus memulakan tugas harian pertama untuk tiap-tiap hari kecuali kalau aku out-station. Sapu sampah kat laman PASTI dan jalan hadapannya. Aku pun jadi jadi kenal dengan geng-geng Alam Flora dan kadang-kadang join skali sebab sampah banyak...... Kenapa agaknya?

Perjalanan hidup orang lain mungkin lebih baik dan teratur terutamanya sahabat-sahabat aku yang dah jadi pegawai besar yang berbini besar, berumah besar dan berkereta besar yang mungkin tiap hujung minggu sibuk membawa seikat kayu golf mencari 'lubang terbaik' dan mencabar. Mereka tak merasa dan melihat betapa peritnya pekerja-pekerja Alam Flora yang dimonopoli oleh kaum Melayu ISLAM. Bau busuk sampah kadang-kadang ditegur mahupun dimarahi oleh tuanpunya rumah dengan pelbagai leteran.

SAMPAH bagi kebanyakkan orang tidak ternilai serta jijik sekali tapi bagi golongan marhaen inilah sumber rezeki mereka. Orang yang tidak bernilai dipanggil SAMPAH masyarakat... mungkin kita perlu fikir untuk mengitar semula sampah-sampah menjadi bahan bernilai termasuklah sampah masyarakat .

Mungkin dengan menyapu sampah aku dapat melihat sikap manusia terhadap alam sekitar, sikap prejudis golongan pekerja bawahan dan sikap masyarakat terhadap diri AKU sendiri...

SanTapAn RoHanI

1. Membaca Basmalah


Membaca Basmalah sebelum makan dapat mengelakkan penyakit. Ini kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah SWT, apabila Basmalah dibaca maka bakteria & racun akan musnah dari sumber makanan itu.

2. Mengapa Hukuman penzina 100 kali (Belum berkahwin)

Badan manusia akan mnegeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Sel-sel ini terdapat dikawasan tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia . Lekaki yang belum berkahwin dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat mengeluarkan10 unit sel ini sehari. Ini kerana sebahagian sel-sel lain akan hilang akibat perhubungan suami isteri.

Hukuman 100 kali sebatan bagi leaki yang belum berkahwin ini akan merangsang penghasilan beribu-ribu sel antibiotik yang dapat melawan virus didalam badannya dan ini akan mengelakkan jangkitan HIV. Sebaliknya bagi lelaki sudah berkahwin, sebatan 100 kali hanya menghasilkan 10 unit antibodi sahaja dan tidak cukup untuk melawan HIV. Justeru hukuman rejam hingga mati dikenakan agar virus HIV tidak merebak dan membahayakan orang lai.


Wallahua'lam

SEDUTAN DARI MAJALAH DIAN KELUARAN OGOS 2006


kOmIK



SalaM???

Berebut nak salam tuh....
Tolong sambung cerita gambar nih... Apa agaknya kakak tu nak buat

A. Hulur tangan jugak
B. Buat tak tau
C. Salam tapi berlapik...
D. Bagi penampar

Pagi NI

830 pagi aku dah di Simpang Kg Awah, bawa sedikit pakaian, ubatan & tak lupa makanan untuk Ammar.. Naluri seorang bapa nak jugak bawa sesuatu untuk anak. Yelah aku dulu dok asrama jugak dan rasa nak makan macam-macam tapi duit takde.. Pekena yang kantin asrama bagi jelah... Dia kata POSA.. so bagi kat kawan-kawan la...

Sambil tu serah dokumen mohon dermasisiwa bagi hafaz Quran & lain-lain dokumen lagi.... Jarak 15km dari Temerloh...

930 dah kat Temerloh semula.... Install UBS software & Setting PC..... 1 jam siap..... Opis Consulting Engineer.

11. 00 Kat opis member bincang nak masuk quotation untuk satu job Corporate Video... bla2.... OK guna sijil MOF dia.... 10 minit siap...

1130 dah dirumah... Rasanya abis la jadual aku yang dirancang malam tadi...

EKONOMI Malaysia CemeRlAng

Industri insurans hadapi tahun mencabar

Oleh AZMAN IBRAHIM
azman.ibrahim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Tokio Marine Insurans (M) Bhd. (TMIM) meramalkan tahun 2010 merupakan tahun mencabar untuk industri insurans tempatan berikutan masih wujudnya ketidaktentuan ekonomi.

Selain itu, TMIM turut menjangka persaingan sengit akan dihadapi peserta industri insurans pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Micheal Heng Kiah Ngan berkata, walaupun bakal menghadapi persaingan sengit, syarikat masih mampu bertahan dan mengekalkan pertumbuhan dalam perniagaan sepanjang tahun ini.

Malah, katanya, premium insuransnya juga dijangka mampu tumbuh lima hingga 10 peratus pada tahun ini.

“Kami meramalkan ekonomi pada tahun ini masih lagi tidak menentu dan masih banyak pelanggan di kalangan pengilang dan sektor perindustrian masih belum keluar dari kemelut krisis ekonomi.

“Dagangan eksport juga masih bergerak perlahan, namun ekonomi tempatan akan menunjukkan pertumbuhan kukuh,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas sidang akhbar yang diadakan di sini baru-baru ini.

Find It