JanDA

Kat rancangan
kedai JANDA jadi tumpuan
maklumnlah ramai dah yang dah berumur
dulu masuk rancangan berdua
kini kembali keseorangan
samada bergelar JANDA atau DUDA
anak-anakpun dah besar panjang
tanah yang pernah disusahakan bersama biasanya akan diserah kepada ibu
anak-anak yang ada
dah tak ambik kisah
maklumkan masing-masing dah keja

Kat mana-mana rancangan begitulah ceritanya
kat tempat aku
kedai JANDA menjadi pilihan ramai
menjadi sebutan disana-sini
cerita elok mahupun cerita kurang enak
dibuka 7.00 pagi hingga 12.00 malam
kepada sang teruna, sang duda mahupun kepada yang dah bercucu
bukannya setakat KOPI JANDA menjadi penarik...
tetapi pelayannya juga adalah JANDA

KeLAtE-MeloR





Gambar2 3 tahun lepas masa aku tinggal di MELOR kelate..

DUiT Tak De!!!

Kadar faedah dinaikkan?


Zeti Akhtar Aziz bersalaman dengan Dr. Abbas Mirakhor ketika menghadiri majlis syarahan awam di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini membayangkan bakal menaikkan kadar faedah selepas mengekalkan kadar sedia ada hampir setahun.

Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, Malaysia perlu 'mengembalikan' semula kadar faedah seperti biasa untuk mengelakkan gelembung aset, meskipun ia belum berlaku dalam ekonomi lagi.

Tambah beliau, pengekalan kadar faedah semasa boleh mengakibatkan pelbagai risiko akibat ketidakseimbangan kewangan.

''Kadar faedah yang rendah dan terlalu lama akan menyebabkan orang ramai memindahkan aset dan kewangan kepada pasaran yang menawarkan sistem kewangan yang normal bagi meningkatkan pulangan ke atas simpanan masing-masing.

''Keadaan ini, jika tidak ditangani segera akan menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari.

IKUT EKONOMI AMERIKA KENA LA NAIK KADAR FAEDAH
BILA FAEDAH NAIK,RAMAI RAKYAT AKAN SIMPAN DUIT KAT BANK
SEBAB TERTARIK DENGAN % FAEDAH SIMPAN DUIT
BOLEH LA GOMEN GUNA DULU..
TAPIII...
LEPAS NI SEMUA BLR RUMAH KERETA DAN MACAM-MACAM LAGI AKAN NAIK JUGAK....

Bila LagI??

Minggu nih Ammar balik dari asrama
Seperti biasa bising dan bingit bila dah ramai
Dia beritahu kini dia dah 11 juz.. dapat hafal 1 helai sehari
Tahniah aku kata...
semua ahli keluarga gumbira...

tapi aku sendiri
rasa amat sedih
kerana YASSIN yang dok baca tiap hari@minggu
tak dapat ku hafal lagi...
Wahhh...
Bila nak boleh nih???

TukAR naMA

Dulu .... Surau Al-Fil seperti posting aku kat SINI

Sekarang ... SURAU BUKIT ANGIN


GST ni ape bende???

Dzulfikar Mashoor - dari Harakah Daily

Sidang Parlimen Mac depan begitu penting untuk seluruh Ahli Parlimen PAS dan Pakatan Rakyat (PR) demi menghalang kerajaan dari meluluskan sistem Cukai Barangan da Perkhidmatan (GST) yang dianggap membebankan rakyat.

Beban ini bukan sahaja dijangka terpikul pada rakyat yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat sahaja, ahli-ahli Umno juga adalah rakyat; para penjawat kerajaan, askar, polis, tentera hatta sebilangan ahli ‘bawahan’ Umno juga adalah rakyat.

Mengambil pertimbangan-pertimbangan ini mungkin, beberapa pemimpin dari pelbagai pertubuhan semalam sebulat suatu menyuarakan bantahan terhadap cadangan kerajaan memperkenalkan sistem pencukaian baru tersebut, yang dijangka akan dikuatkuasakan bermula pertengahan tahun depan.

Bercakap pada suatu Forum anti GST di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAL) semalam, Kongres Kesatuan Buruh Malaysia (MTUC) merupakan salah satu pertubuhan yang dilihat jelas membantah akta percukaian yang baru tersebut.

“Jika GST wujud, kaum pekerja tidak akan boleh membaiki hidupnya...kedudukan MTUC dalam GST adalah membantah (dan) tidak setuju sama sekali,” tegas Timbalan Presiden MTUC, A. Balasubramaniam.

Menurut beliau, rakyat digalakkan menilai semula penjelasan Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah ketika membentangan rang undang-undang berkaitan GST di Dewan Rakyat lepas, kononnya kadar cukai GST adalah serendah 4 peratus sahaja.

Bagi Subramaniam, kenyataan Ahmad itu hanya suatu ‘permulaan’ sahaja untuk mempengaruhi semua Ahli Parlimen dan rakyat supa bersetuju dengan rang undang-undang tersebut.

“Kerajaan permulaan (GST) yang diumumkan (oleh) kerajaan adalah empat peratus...(saya) tidak percaya (dan) angka ini permulaan yang akan terus ditingkatkan kelak.”

Jelasnya lagi, kuasa mutlak yang diberikan kepada Menteri untuk menentukan kadar peratus GST dari semasa ke semasa sebagaimana yang disarankan dalam rang undang-undang berkaitan GST tersebut, membolehkan kerajaan memanfaatkan akta yang ada sebaik mungkin untuk satu-satu kepentingan.

Takkan kerajaan mahu mengurangkan kadar peratusan cukai GST tersebut pada masa depan, sedangkan kerajaan mengamalkan perbelanjaan secara defisit masuk tahun ke-12 sekarang?

“Kalau dilihat di negara-negara jiran sendiri pun, memang (GST) dimulakan dengan angka (peratus) yang begitu kecil tetapi terus ditingkatkan...(dan) tidak pernah ada mana-mana kerajaan menurunkan kadar peratus (dari) GST kerana ia menguntungkan pemerintah,” jelasnya.

GST jadikan buruh terus miskin!

Menurut beliau, GST akan menjadikan majoriti rakyat Malaysia, khususnya kaum pekerja tidak berpeluang untuk berunding dengan majikan serta menuntut kenaikan gaji yang lebih munasabah untuk mendepani kos hidup awam yang kian meningkat.

“Dari 27 juta rakyak di negara ini, separuhnya adalah golongan pekerja, lebih kurang 13 juta ini pula, lebih 80 peratus adalah golongan rendah...dari golongan rendah ini, yang berpersatuan (sekerja) hanya 11 peratus sahaja dan dari 11 peratus ini, hanya lapan peratus sahaja pekerja swasta (yang terlibat),” jelasnya.

“Golongan sekecil inilah sahaja yang ada kesempatan berunding dengan majikan (supaya) gaji dinaikkan disebabkan kos hidup naik (meningkat)...lebih 90 peratus pekerja tidak berpeluang menuntut gaji yang lebih munasabah apabila GST diperkenalkan.”

Ditambah dengan pengalaman malang MTUC menuntut suatu polisi gaji minima dari kerajaan sebelum ini, GST menjadikan malam yang gelap menjadi gelita.

“Sejak 17 tahun lalu sehingga hari ini, MTUC gaji minima sebanyak RM900 juga...tetapi setiap kali Menteri Sumber Manusia bertukar, janji tinggal janji,” jelasnya.

“Walaupun Menteri ada mengumumkan tuntutan gaji minima satu demi satu sektor, sejauhmana kenyataan Menteri tersebut boleh dipercayai?”

Di depan lebih 200 orang hadirin, beliau menjelaskan bahawa bukan tidak ada polisi kerajaan yang menguntungkan rakyat, tetapi polisi-polisi tersebut tidak menyelesaikan masalah pekerja keseluruhannya.

“Kita tidak membantah apabila kerajaan mengumumkan COLA (untuk kakitangan kerajaan) ketika harga minyak (melambong) naik beberapa tahun lalu, tetapi kerajaan tidak mempedulikan kaum pekerja swasta,” jelasnya.

GST vs ‘Keadilan Sosialan’


Nada bantahan ang sama turut disuarakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua.

“Saya tidak membantah teori pakar-pakar ekonomi tentang sistem ini, tetapi sistem ini tidak memberikan keadilan sosial kepada semua rakyat...walaupun saya tidak berfahaman sosialis keseluruhannya, saya tetap membantah (GST),” tegas beliau.

Menurut beliau, sistem cukai yang progresif seperti cukai pendapatan sebenarnya lebih menguntungkan rakyat berbanding sistem cukai yang regresif seperti GST tersebut.

“Kalau gaji RM3000 (hingga) RM5000 dikenakan cukai pendapatan (sebanyak) 8 peratus...kalau gaji RM15 ribu ke atas dikenakan cukai (sebanyak) 25 peratus hingga 27 peratus...(maknanya) kalau gaji lebih tinggi, maka kadar cukai (pendapatan lebih) tinggi...rakyat bergaji rendah dibantu dengan sistem progresif ini,” jelasnya.

“Sistem cukai yang regresif bermakna mereka (yang) bergaji rendah lebih banyak membayar cukai disebabkan cukai GST ini berasaskan kadar berbelanja...kalau gaji RM100 (dan) berbelanja RM900 kerana tiada pilihan (disebabkan inflasi), bermakna anda dipaksa membayar cukai yang lebih.”

“Kalau orang kaya bergaji RM10 ribu atau RM15 ribu, dan mereka berbelanja sebahagian saja dari gaji mereka, bermakna mereka masih boleh menyelamatkan simpanan mereka yang begitu besar dari dikenakan GST.”

“Dengan ertikata yang lebih mudah, cukai regresif (seperti) GST di mana beban cukai yang dikenakan ke atas yang miskin lebih tinggi berbanding mereka yang kaya...seolah-olah beban cukai golongan yang kaya dipindahkan sedikit demi sedikit kepada golongan miskin (dan) bergaji rendah.”

Beliau yang juga salah seorang Penasihat Ekonomi bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng turut menyanggah Ahmad kononnya GST ini lebih adil berbanding sistem cukai pendapat yang diamalkan kerajaan sebelum ini.

“Hanya 15 peratus (iaitu 1.8 juta pekerja) pekerja-pekerja di Malaysia hari ini dikenakan cukai (pendapatan), selebihnya (iaitu 12 juta) bukan lari dari membayar cukai, tetapi pendapatan yang begitu rendah (sehingga) melayakkan mereka (untuk) tidak dikenakan cukai,” jelas Tony Phua lagi.

“Kalau kerajaan kata, kita turunkan sedikit cukai pendapatan dan naikkan cukai GST, maka (sistem cukai) ini lagi tidak berimbang kerana membabitkan lebih 12 juta pekerja (yang berpendapatan rendah).”

Alasan Kerajaan

Pengenalan GST ini dikatakan kerajaan, demi menampung kos pengurusan dan pembangunan negara yang kian melebar.

Bagi Tony Pua pula, kerajaan diminta terlebih dahulu meninggalkan amalan kronisme, rasuah dan pembaziran wang rakyat sebelum memperkenalkan GST ini.

“Satu AP (Permit Import) bernilai sekurang-kurangnya RM40 ribu (dan) kerajaan telah memberikan lebih 60 ribu AP kepada kroni-kroni mereka...kalau mereka menjual AP ini secara terbuka, tidak payah lagi dikutip cukai (menggunakan) GST kerana setiap tahun kerajaan boleh mandapat sekurang-kurangnya RM2.4 bilion,” jelasnya.

“Kenapa mereka nak sangat laksanakan GST, (alasan kerajaan) nak menambahkan pendapatan negara RM1 bilion lagi...sedangkan dia (kerajaan) boleh dapat RM2.4 bilion jika tinggalkan (amalan) kronisme dalam penjualan AP sahaja.”

Kerajaan juga, menurut beliau cuba mengelirukan rakyat kononnya GST ini adalah model pencukaian negara-negara maju.

“Kalau nak ikut negara-negara kaya seperti Singapura (yang mengamalkan GST), bukan sekadar laksana GST (sahaja) seperti negara-negara yang maju, tetapi kenapa tahap gaji pekerja di Malaysia tidak (setimpal) ikut gaji negara-negara yang maju,” jelasnya.

Beliau yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan menjelaskan bahawa tahap pendapatan buruh di Singapura lima belas kali ganda lebih baik dari tahap pendapatan gaji buruh di Malaysia.

Atas nama menyokong keadilan sosial, Tony Pua menyeru rakyat memperjuangkan bersama-sama membantah GST di Parlimen dan dalam masyarakat.

Mewarisi era Mahathir

Bagi Exco Aliran, Subramaniam Pillay pula, dasar-dasar yang menindas kaum pekerja tersebut bermula pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamed (dulu Datuk Seri) menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Pada zaman (Tun) Abdul Razak (iaitu bapa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) banyak pembangunan dan jalan raya dibuat, zaman Mahathir memperkenalkan tol dan penswastaan.”

“Mahathir bertanggungjawab memperkenalkan beberapa polisi (yang) memindahkan kekayaan daripada orang miskin kepada orang yang telah pun kaya...(Tun) Abdullah (Ahmad Badawi, Perdana Menteri) dan Najib hanya mengikut saja (polisi Mahathir).”

Menurut beliau, GST yang mahu diperkenalkan oleh Najib lebih menakutkan; iaitu dikenali sebagai ‘reverse capitalisme’ dari pemerintahan Mahathir.

“Ini (GST) seperti ‘reverse capitalisme’ (iaitu) beban cukai (yang sepatutnya dibayar oleh) orang kaya dipindahkan kepada pekerja-pekerja yang miskin dan berpendapatan rendah...inilah yang lebih menakutkan,” jelasnya lagi.

Menggamit Inflasi

Menurut Subramaniam lagi, lebih 100 buah negara yang menggunakan GST terus mengalami inflasi yang begitu tinggi.

“Mula-mula Singapura mengekalkan (GST) tiga peratus, sekarang (meningkat pada) tujuh peratus dan apa setiap kali GST dinaikkan, maka inflasi juga akan turut meningkat. Tindak pernah (inflasi) menurun.”

Tidak ada, negara yang menggunakan GST menawarkan kos hidup yang lebih baik dan sederhana walaupun skala persaingan ekonomi yang begitu kompetetif; kerana kerajaan mengambil kesempatan daripada rakyat dengan mengaut cukai GST.

Manakalah, peniaga dan pemodal mengangut keuntungan daripada tawaran cukai eksport yang lebih rendah dari polisi GST tersebut.

Sesuatu yang menarik, menurut beliau, Amerika Syarikat dan Hong Kong merupakan antara negara maju yang tidak menggunakan GST, walaupun kebanyakan kaum pemodal yang memanfaatkan GST tersebut datang dari negara jolokan ‘kapitalisme’ tersebut.

“Dalam negara maju pun ada yang tidak menggunakan GST, (kerajaan) Hong Kong belum memperkenalkan GST (dan) begitu juga dengan Amerika Syarikat, ini yang banyak orang tidak tahu,” jelasnya.

Beliau berkata, kedua-dua negara maju tersebut boleh menolak GST disebabkan kebolehupayaan masing-masing memberdaya ekonomi yang lebih bersifat inovatif seperti dalam sektor perkhidmatan dan sektor berteknologi tinggi.

Jelasnya lagi, Malaysia juga boleh tidak menggunakan GST sekiranya memperkasakan sektor kepakaran, inovasi pada beberapa bahan mentah di Malaysia.

Penilaian Lapangan

Panel terakhir, Dr. Jeyakumar Devaraj yang mewakili penganjur, Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut mendedahkan beberapa penyelidikan lapangan terkini yang dibuat ke atas kaum pekerja, tanpa mengambil kira impak berantai hasil perlaksanaan GST tersebut.

Dari empat ribu respondan yang ditemui, lebih 75.8 peratus pekerja mengalami masalah gaji tidak cukup disebabkan inflasi yang sedia ada.

Sebahagian daripada responden tersebut, sebanyak 55 peratus pekerja gagal membayar balik pinjaman-pinjaman konvensional tertentu demi memenuhi keperluan asasi hidup seperti makan, pakaian, minuman dan tempat tingga.

Di samping itu, sebanyak 50.9 peratus pekerja gagal melangsaikan loan bank demi memenuhi keperluan asasi untuk hidup.

Lebih mengejutkan, menurut Dr. Jeyakumar 56.5 peratus responden terbabit mengamalkan sikap mengurangkan makan makanan asasi dari kadar kebiasaan disebabkan masalah inflasi.

Mengenang Perjuangan ‘PROTES’

Sewaktu menjadi aktivis mahasiswa enam tahun yang lalu, ingatan saya masih segar dengan perjuangan Gerakan Memprotes Kenaikan Harga Minyak dan Barangan (Protes).

Saya masih ingat beberapa pemimpin PAS seperti Muhammad Sabu, Salahuddin Ayub, Ustaz Idris Ahmad, Dr. Mohammad Hatta Ramli, Saudari Aiman Athirah al-Jundi bersama-sama para pemimpin PKR, PSM dan pelbagai NGO meniupkan gelombang kesedaraan dalam kalangan rakyat.

Berbulan-bulan juga seingat saya, pelbagai ceramah dan perhimpunan aman diatur supaya rakyat boleh digamit-gamit untuk turun ke jalan raya menuntut perubahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi (dulu Datuk Seri).

Selama itu juga, saya melihat beberapa pemimpin diheret ke lokap kerana tidak tahu menghormati ‘agama kapitalisme’ yang dianuti oleh Sang Penguasa Umno BN di Malaysia.

Hari ini, dilihat PSM memulakan gerakan kefahaman tentang bahayanya GST. Esok lusa, saya berharap PAS pula yang mengepalai gerakan rakyat demi menegur Sang Penguasa.

ManA SaTu??

Masa aku belajar dulu
aku jenis tak cakap banyak
cakap sikit-sikit
itu je yang aku ingat
dari AFKL
sampailah ke UiTM pas tu ke UPM

La nih...
aku terperasan aku dah jadi cakap banyak
tak tau kenapa
mungkin bila mula bisnes sendiri
jumpa orang sana... jumpa orang sini
terpaksa cakap banyak
kadang-kadang sampai jadi banyak cakap pulak
itulah realiti
sikap manusia boleh berubah

Harap-harap
jangan kata aku banyak cakap pulak
kalau terlebih maaf jelah

ANDA semua macam mana
BANYAK CAKAP ATAU CAKAP BANYAK
ATAU LANGSUNG TAK FAHAM

Negeri Sembilan: Berkelah malam

Oleh Nor Aziah Othman
bhnews@bharian.com.my


sebahagian pengunjung berkelah pada waktu malam di Pantai Port Dickson kerana udaranya tenang.

Landskap bercahaya tarikan terbaru Port Dickson

PORT DICKSON: Usaha Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) meningkatkan infrastruktur landskap bercahaya di pantai peranginan tumpuan ramai di sini membolehkan pengunjung berkelah pada waktu malam seperti siang.

Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin, berkata tujuan pihaknya mempertingkatkan kemudahan itu adalah bagi membolehkan orang ramai berkelah sepanjang masa di pantai peranginan di sini.
Katanya, sesetengah pengunjung tidak suka berkelah pada waktu siang kerana cuaca yang panas atau kesuntukan masa.

"Mulai sekarang, pengunjung boleh memilih sama ada mahu berkelah ketika siang atau diterangi cahaya lampu yang dipasang di pantai terpilih. Sebagai permulaan, landskap bercahaya disediakan di Pantai Saujana dan Pantai Batu 4.

"Selain mandi, pengunjung boleh melakukan aktiviti lain seperti bermain futsal dan layang-layang," katanya.


NI NAK BERKELAH KE NAK BUAT KEJA APA MALAM-MALAM BUTA.... BIASANYA BUAT KEJA TAK SENONOH !!!!!

RelAK KejAP

Demi cIntA Ini...

Tajuk hari nih pasal CINTA.. saja je nak bubuh tajuk tu... Sebenarnya nak cerita bab KANTOI. dulu masa belajar kalu sebut kantoi nih GAGAL le. Tapi nih kantoi lain..aku dah berjaya mengantoikan sorang JUARA RAKYAT kat rancangan bagi meluahkan cinta, kebencian dan pegangannya berkaitan parti UMNO, PAS dan yang pentingnya 'perkataan' HUDUD...

Pagi tadi balik Jendrak ambik anak aku... sempat le berdailog pasal nama ALLAH sampai terbabas ke HUDUD... Dia nih orang kuat UMNO cawangan dan kini menjawat jawatan Pengerusi Masjid kat rancangan. Aku teramat kenal dia dan sebaliknya dari kecik lagi. Amat terror bab berbahas/dialog... juga pernah jadi Pengerusi PIBG Sekolah Rendah/Menengah dll... Umur lebih 60 tahun... Dia siap baca ayat Quran lagi... aku pulak cuma bagi provoke je..

Tempat dialog : Parlimen rancangan (Kedai kopi orangtua aku)
Masa : 930 pagi - 11.00 pagi
Ciri-ciri : Boleh bercakap je jangan tepuk meja...
Peserta ; aku sorang lawan 3 orang

Nih antara kata-kata yang keluar dari mulut dia :-

1. UMNO parti berasaskan bangsa... dibolehkan sebab ramai nama sahabat Nabi pun berasaskan bangsa jadi OK la...
2. Hanya UMNO je yang boleh bagi kemudahan dan pembangunan... aku provoke kalu UMNO tak perintah lagi macam mana.... senyap pulak
3. HUDUD tak boleh buat di Malaysia sebab sini ada masyarakat majmuk Cina, India dll... aku kata kita buat kat orang Melayu ISLAM jelah,,, sampai sini dia senyap tapi masih mempertahankan alasan masyarakat majmuk
4. UMNO = PAS...
5. Lebih percayakan suratkhabar utama seperti Utusan Malaysia, kalu kita kata tak boleh percaya semua mungkin eksploitasi tajuk dan berita sahaja... mereka amat marah...silap-silap nak makan kita balik
6. Suka cerita hal perbadi penyokong/ahli PAS terutama keburukan... terutamanya jika diprovoke beza PAS & UMNO, sebab tu dia kata UMNO = PAS
7. Aku nih dah terpengaruh dengan slogan ciptaan PAS terutamanya negara kebajikan le... sebab aku ku nih budak muda lagi baru nak belajar-belajar berpolitik... dia dah lama dah kenal sangat politik PAS nih..

Maka jelaslah sikap UMNO terutamanya berkaitan HUDUD ni yang terpancul keluar dari sorang Pengerusi Masjid sendiri... Dia kena jawab le nanti kat akhirat. Jadi aku dah berjaya provoke dia SAMPAI DIA SANGGUP KATA HUDUD TAK BOLEH BUAT DI MALAYSIA, walaupun sampai satu ketika aku slow-down sebab dia diapit 2 orang yang sama-sama dah berumur lebih 60 tahun..

Sukar jugak nak menembusi pemikiran golongan generasi berumur kat rancangan...

KiaMAT dah DekAT

Pintu masuk

Sejak petang Jumaaat lagi sehingga petang Sabtu aku kat Kuantan... Bawa skali anak ke-2 sebagai co-pilot... Dah lama takkesini... Teringat masa sempat belajar ka Kuantan naik baskal je ke kelas dari Bukit Sekilau dan sebagainya.

1. Pagi Sabtu sempat le jumpa APAMZ dan borak-borak kejap dengan dia sambil jeling-jeling kat anak dara bongsu dia...
2. Pukul 6.00 petang abis program terus balik ke Temerloh pulak dan sempat singgah di Masjid Asy-Syakirin Maran (bandar ayam kampung)... kalu tak silap.Masjid besar 2 tingkat cantik tapi jemaahnya diisi oleh para musafir... Nak buat macam mana, bagi dema bina masjid lagi penting, lagi cantik, luas, lagi baik... input dia lepas nih pikir@ tak payah fikir langsung.

Mimbar

Kubah

Tingkat atas

KriSIS GulA

F&N mungkin terpaksa lepas beban kos kepada pengguna

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N) hari ini memberi jaminan akan mengekalkan harga produk-produknya sehingga habis musim perayaan Tahun Baru Cina meskipun harga gula akan dinaikkan mulai 1 Februari ini.

F&N berkata, pihaknya juga akan bertindak mempertahankan harga semasa sekiranya ia mampu melonjakkan jumlah jualan produk-produknya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Ang Meng berkata, F&N tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang kerana memahami kedudukan kewangan para pengguna di Malaysia.

''Sebab itu, salah satu cara untuk menyerap kenaikan harga gula adalah meningkatkan jumlah jualan sekurang-kurangnya lima peratus bagi produk tenusu dan dua digit untuk minuman ringan,'' katanya ketika ditemui selepas mesyuarat agung tahunannya di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan anggaran yang dibuat, F&N perlu membelanjakan sebanyak RM2 juta sebulan untuk menanggung kenaikan harga gula.

Namun begitu, kata beliau, syarikat itu masih belum membuat sebarang unjuran kenaikan harga sehinggalah keadaan menjadi betul-betul mendesak untuk berbuat demikian.

Ang Meng menyifatkan F&N mengambil langkah yang tepat apabila memperkenalkan produk kurang manis lima tahun lalu, sekali gus mengurangkan beban syarikat dengan kenaikan gula.

Kini, katanya, F&N menawarkan produk-produk tertentu yang kandungan gulanya kurang 7.5 peratus.

Ditanya tentang prospek perniagaannya tahun ini, Ang Meng optimis pemulihan ekonomi global akan terus membantu merancakkan perniagaan makanan dan minuman di Malaysia.

Meskipun begitu, beliau berkata, kesan positif itu dikekang pula dengan kenaikan pelbagai komoditi yang dijangka menjejaskan kos operasi syarikat sepertinya.

''Sejak ekonomi dalam proses pemulihan, kita sudah mula merasai kenaikan harga aluminium, plastik, gula, minyak dan gas.

''Kita khuatir kenaikan harga komoditi ini akan menyebabkan syarikat terpaksa melepaskannya kepada pengguna.

''F&N mungkin mampu bertahan jika hanya gula yang naik, tetapi sekiranya harga aluminium dan plastik yang digunakan untuk pembungkusannya juga naik, kos pengangkutan meningkat disebabkan kenaikan minyak dan tol, bagaimana kita boleh bertahan?'' jelas beliau.

Diminta mengulas mengenai penamatan perjanjiannya dengan Coca-Cola menjelang September 2011, Ang Meng berkata, pihaknya mempunyai rancangan lain tetapi enggan mengulas lanjut.

Sebaliknya, beliau memberitahu, F&N akan melancarkan 50 produk baru sepanjang tempoh dua tahun ini.

''Produk-produk baru ini penting untuk memberi kelainan kepada jenama F&N,'' ujarnya.

Pada masa yang sama, syarikat itu juga bakal melaksanakan program inovasi dan perubahan bagi label, pembungkusan dan fungsi kepada produk-produknya.

Berita Harian Online 22/1/10

RasuAH

Image Hosted by ImageShack.us

INFO dari http://www.tranungkite.net

MUDAHNYA????

Mudahkan pengeluaran visa


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh (kanan) dan isteri, Gursharan Kaur (kiri) ketika tiba di Rashtrapati Bhavan (Istana Presiden) di New Delhi, kelmarin. Najib dan anggota delegasi dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke India bermula semalam dijadualkan mengadakan rundingan untuk meningkatkan perkongsian strategik dengan negara ekonomi ketiga terbesar Asia itu.

NEW DELHI 20 Jan. – Ketika Malaysia menghadapi masalah hampir 40,000 orang warganegara India ‘hilang’ di negara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi komitmen untuk memudahkan urusan pengeluaran visa bagi kemudahan ahli-ahli perniagaan dari India.

Perdana Menteri berharap langkah itu akan memberi peluang kepada ahli-ahli perniagaan dari India melakukan urusan perniagaan mereka dengan lebih berkesan dengan rakan-rakan mereka di Malaysia.

Sambil mengakui ramai warganegara India yang ingin tinggal lebih lama di Malaysia selepas tempoh visa berakhir tetapi urusan visa perlu dipermudahkan bagi kepentingan bersama.



KEJA KAT 1MALAYSIA
HANYA PERLU TAU dan hafal
"BARU?? LAMA??"
... nIH kalu keja kat PAM MINYAK...


SEMENJAK

Semenjak
Ada litar F1 tempat berlumba
Ada KLCC untuk Mat Perancis (Spiderman) memanjat tiap tahun
Ada kapal selam hebat bernama Scorpion
Ada rakyatnya sudah bergelar Angkasawan
membuat ujian gasing dan YOYO di luar bumi
Ada cyberjaya dan macam-macam jaya lagi
Ada Mykad yang takde di negeri orang putih
Ada bandar Sri Iskandar kat Johor Darul Takzim
Ada NCER.ECER dan pelbagai ECER
Negaraku semakin maju dan hebat
Pendapatan negera meningkat berbillion Trillion

Namun
Indeks Rasuah semakin meningkat
Indeks main bolapun mengikut sama
Masuk U dah takde biasisiwa kena meminjam
2010
Negaraku bertambah hebat
Hujung minggu
anak-anak diasrama terpaksa bermusafir
Yuran makan dah tak ditanggung lagi
Bii api, air, talipon pun ikut sama
Sekolah kena bayar sendiri
Gossip gula dan minyak nak naik harga
Politik kini lagi HARU
semua orang gomen kena undi POS sahaja

* Tambah la lagi

Hanya KERAjaan Bn BerhaK

Kerajaan Pakatan tiada hak

PUTRAJAYA 18 Jan. - Kerajaan-kerajaan negeri campuran parti pembangkang tiada kuasa mengisytiharkan sendiri pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing berlainan dari tarikh pembubaran Parlimen.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, Menteri Besar atau Ketua Menteri hanya memperakukannya tetapi kuasa mutlak di tangan Sultan atau Yang Dipertua Negeri sahaja.

"Katakan Selangor dan Pulau Pinang hendak mengadakan pilihan raya negeri sendiri, dalam soal ini kedua-dua negeri ini tidak boleh sewenang-wenangnya membubarkan DUN.

"Ini kerana kuasa mutlak membuat keputusan terletak pada perkenan Sultan, Raja atau Yang Dipertua Negeri, sama juga seperti berlaku di Perak tempoh hari yang mana DUN tidak boleh dibubarkan tanpa perkenan Sultan Perak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, BN negeri tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang diterajui DAP akan mengadakan pilihan raya lebih awal.

Abd. Aziz bagaimanapun berkata, setakat ini SPR belum menerima sebarang pandangan, permintaan atau cadangan rasmi daripada parti-parti pembangkang yang menguasai empat negeri berhubung ura-ura untuk menjalankan pilihan raya negeri yang berasingan daripada pilihan raya umum.

"Setakat ini kita hanya mendengar desas-desus atau spekulasi yang diuar-uarkan menerusi media mengenai kemungkinan Selangor dan Pulau Pinang mahu mengadakan sendiri pilihan raya negeri," katanya.

Menurut beliau, implikasi yang dijangkakan oleh SPR sekiranya negeri-negeri tadbiran campuran pembangkang berbuat demikian ialah kemungkinan ia mengakibatkan kesukaran untuk mengawal kelancaran proses pilihan raya.

"Ia akan menelan belanja besar, malah kemungkinan dari aspek kawalan keselamatan dan ketenteraman awam sukar dikendalikan kerana para penyokong parti-parti bertanding akan bergerak dari satu negeri ke satu negeri untuk menunjukkan kekuatan," katanya.

YELAH.... ini hanya untuk negeri diwakili PR sahaja...

MapiuW2



Kenapa tak berdemo pulak pasal NIH?

AMpang ke PWTC

Tiket
Gambar dari AMpang ke PWTC - naik LRT

Check-point tempat cucuk kad

Tungguuuuuuuu...

Tren dah sampai

Tak de orang

Baru ada orang

Dah sampai PWTC ... sory gelap

Ke KL

Baru bergerak dalam 5 minit, hentam dtdo sampai tol Gombak

Hujan dah mula lebat kkat kawasan industri Songsang

Terus lebat bila sampai Plaza Tol Temerloh


Petang Jumaat lepas ke KL bersama Ammer... Naik bas pukul 630 petang dengan cuaca hujan renyai-renyal masuk je hiway terus mencurah lebat tapi samapi sempadan Lancang sahaja...

Merasa juga naik bas 1Malaysia sebabnya bas tu dipandu pemandu berbangsa India dan dipasangnya radio Minnal.FM dari Temerloh sampai KL

SyOkNYa

Masuk jugak idea nih!!

GerHAnA

Berita dari Zanordin Maybank (xUitm)


MAKLUMAN GERHANA MATAHARI

15 JANUARI 2010
(Separa)

Assalamualaikum, salam sejahtera, dimaklumkan bahawa satu kejadian Gerhana Matahari akan berlaku pada awal tahun 2010.

GAMBARAN KETIKA GERHANA PADA
15 JANUARI 2010


Sebelum gerhana kira-kira jam 2:55pm

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIUaBU2P7WUHTlDNotUIkt8mdPtLYloRsYTg5A6KyfwAHt_-6zmtakm8UilGz0XpZva9tJ65vUjoPwwTZYYVk3JgRD_iFYEQRFL7XV8NOOQQ6-TRHX2BCidwTlRK7n6wNkhJSu5B0Guqej/s640/GERHANA1.jpg

Gerhana paling maksimum. Kira-kira jam 4.30pm.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeWl5SS5AxySNkZl-eaQ3JC-91gBtYgqQzO3LuAcZktld9kIYxzE-8JJA59FJjJ9pXakH6LaW5eRVPvs6ZvnR6tvxdeBAHfR3BXKbfIAZ-cMRue0qufNh0x1lwIs_2PThZGINS5MNUBlUY/s640/GERHANA2.jpg

Gerhana pada 5.26 petang.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgB8oYa6JH8xdkLKjTzq5zogew_mOuzrj79NYn6ormtwedIKyeGqmR7qs9TVRYtJVhNyTyAbVePrRSI6AY_ipqhwXUWMYTn1ju0eUJ5zaBnfBiGpJgXRwITTpypJwgqCMeeFrDpYYZcbaTS/s640/GERHANA3.jpg

Berikut adalah maklumat teperinci:

Tarikh: 15 Januari 2010

Hari: Jumaat

Masa mula Gerhana: 2:55 Petang
Masa tamat Gerhana: 5:45 Petang
Jenis Gerhana: Separa

UruS ManUsia Dalam OrganisaSI

1. Ada yang cakap banyak keja kurang
2. Cakap sikt langsung tak buat keja lagi ramai
3. Bagi jawatan nak sangat
4. Dah jadi BOSS tak pandai bagi arahan
5. Bila tanya ???.Kau buatlah...
6. Tanya lagi.... Tu kena buat jugak tu...
7. Pening-pening
6. Program tak jalan sama-sama kena
7. Ikut KAU le, lebih baik aku DIAM.... ZZZZZZZZZZ

JumpA DokToR

Kereta aku dah berdekad-dekad umurnya... buat hal lagi berkeriuk masa nak bikin corner baring.... Sudah, mesti drive shaft, takpun arm dia.Aku agaklah... Dahlah bulan nih kering gersang ekonomi gua.

Tak tahan pegi jumpa dr... dia kasi sapu minyak sikit.... Mesti baik punya!!!... Terus aku stat dan test... ehhh betul lah...

kE Bandar JeNgKA

Sampai awal 830 pagi kat sini, tapi masih belum dibuka

Belora Mestika.. tempat buat konsert dulu-dulu

Pekena Teh, roti canai + kuih sebiji = RM1.80 je... Simpang Jengka 19 (FELDA Siantan)

Jalan sempit sangat..Nak memotongpun payah

Simpang ke Highway Pantai Timur kat FELDA Kg Awah.. dari bandar Jengka

Lori bawa getah buku mungkin dekat 1tan berat... darab je dgn RM4.00/kg (4K)... wow
Abis berbau kereta aku kena air dari belakang lori ni (air dari getah buku)

SimPanG TJ

Kalu waktu pagi kat sinilah paling jamm... Simpang Taman Temerloh Jaya menghala ke Temerloh dan Mentakab ... Kena panggil abang polis terutamanya antara pukul 7.00 - 7.45 pagi

SuBuH

Waktu solat Subuh sekarang nih jam 559 pagi dan Syuru' 7.19 (Temerloh) ... iaitu hampir 1 jam 20 minit.

1. Berapa ramai yang mampu bangun awal dan berjemaah solat Subuh.
2. Tempoh masa sebanyak tu pun masih tak boleh dan takmampu nak bangun untuk solat lagi.
3. Bagaimana jika ALLAH jadikan putaran matahari ni amat sekejap sahaja dan waktu untuk solat Subuh hanya berbaki 15 atau 30 minit sahaja...

ADAKAH KITA AKAN BANGUN@TERUS MELAYAN LENA YANG TAK KESUDAHAN

MANUSIA tak pernah bersyukur akan nikmat waktu yang diberi

EkonoMi RanCangAN

Terbaru - minggu lepas - RM4.60 - RM4.80/kg
10 pokok dah dapat dekat RM40
GETAH SEKERAP

BALIK RANCANGAN MENOREH LAGI BAIK LAH...


RM 450/tan..
SAWIT

Sekarang nih kat rancangan dah ramai golongan 'profesional' dan expatriat dari KL dah mula kembali berhijrah ke rancagan akibat melantunnya harga komiditi ini. Sampai terpaksa berebut dengan Mamat Thailand@Indon nak ambik upah/pajak menoreh getah.

Maka ekonomi kat lampung tradisional/rancangan kini sentiasa rancak tak macam kat bandar hanya gah ketika awal bulan sahaja.



DuRiaN PulAK


Petang semalam kakak aku bagi durian yang dikutip dikebun dia kat rancangan Tembangau 2 Triang .. So... malam tadi pekena dengan pulut durian pulak... 2-3 hari nih cerita pasal buah jelah

BerbuAh LagI


Balik rumah abang ipar kat Kuala Krau sambil menjahit pakaian sekolah anak-anak. Tengok pokok manggis dah lebat berbuah... rasanya baru je berbuah atau masa dah semakin pantas bergerak..