Demi cIntA Ini...

Tajuk hari nih pasal CINTA.. saja je nak bubuh tajuk tu... Sebenarnya nak cerita bab KANTOI. dulu masa belajar kalu sebut kantoi nih GAGAL le. Tapi nih kantoi lain..aku dah berjaya mengantoikan sorang JUARA RAKYAT kat rancangan bagi meluahkan cinta, kebencian dan pegangannya berkaitan parti UMNO, PAS dan yang pentingnya 'perkataan' HUDUD...

Pagi tadi balik Jendrak ambik anak aku... sempat le berdailog pasal nama ALLAH sampai terbabas ke HUDUD... Dia nih orang kuat UMNO cawangan dan kini menjawat jawatan Pengerusi Masjid kat rancangan. Aku teramat kenal dia dan sebaliknya dari kecik lagi. Amat terror bab berbahas/dialog... juga pernah jadi Pengerusi PIBG Sekolah Rendah/Menengah dll... Umur lebih 60 tahun... Dia siap baca ayat Quran lagi... aku pulak cuma bagi provoke je..

Tempat dialog : Parlimen rancangan (Kedai kopi orangtua aku)
Masa : 930 pagi - 11.00 pagi
Ciri-ciri : Boleh bercakap je jangan tepuk meja...
Peserta ; aku sorang lawan 3 orang

Nih antara kata-kata yang keluar dari mulut dia :-

1. UMNO parti berasaskan bangsa... dibolehkan sebab ramai nama sahabat Nabi pun berasaskan bangsa jadi OK la...
2. Hanya UMNO je yang boleh bagi kemudahan dan pembangunan... aku provoke kalu UMNO tak perintah lagi macam mana.... senyap pulak
3. HUDUD tak boleh buat di Malaysia sebab sini ada masyarakat majmuk Cina, India dll... aku kata kita buat kat orang Melayu ISLAM jelah,,, sampai sini dia senyap tapi masih mempertahankan alasan masyarakat majmuk
4. UMNO = PAS...
5. Lebih percayakan suratkhabar utama seperti Utusan Malaysia, kalu kita kata tak boleh percaya semua mungkin eksploitasi tajuk dan berita sahaja... mereka amat marah...silap-silap nak makan kita balik
6. Suka cerita hal perbadi penyokong/ahli PAS terutama keburukan... terutamanya jika diprovoke beza PAS & UMNO, sebab tu dia kata UMNO = PAS
7. Aku nih dah terpengaruh dengan slogan ciptaan PAS terutamanya negara kebajikan le... sebab aku ku nih budak muda lagi baru nak belajar-belajar berpolitik... dia dah lama dah kenal sangat politik PAS nih..

Maka jelaslah sikap UMNO terutamanya berkaitan HUDUD ni yang terpancul keluar dari sorang Pengerusi Masjid sendiri... Dia kena jawab le nanti kat akhirat. Jadi aku dah berjaya provoke dia SAMPAI DIA SANGGUP KATA HUDUD TAK BOLEH BUAT DI MALAYSIA, walaupun sampai satu ketika aku slow-down sebab dia diapit 2 orang yang sama-sama dah berumur lebih 60 tahun..

Sukar jugak nak menembusi pemikiran golongan generasi berumur kat rancangan...

0 comments:

Post a Comment