Negeri Sembilan: Berkelah malam
Oleh Nor Aziah Othman
bhnews@bharian.com.my
sebahagian pengunjung berkelah pada waktu malam di Pantai Port Dickson kerana udaranya tenang. |
Landskap bercahaya tarikan terbaru Port Dickson
PORT DICKSON: Usaha Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) meningkatkan infrastruktur landskap bercahaya di pantai peranginan tumpuan ramai di sini membolehkan pengunjung berkelah pada waktu malam seperti siang.
Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin, berkata tujuan pihaknya mempertingkatkan kemudahan itu adalah bagi membolehkan orang ramai berkelah sepanjang masa di pantai peranginan di sini.

Katanya, sesetengah pengunjung tidak suka berkelah pada waktu siang kerana cuaca yang panas atau kesuntukan masa.
"Mulai sekarang, pengunjung boleh memilih sama ada mahu berkelah ketika siang atau diterangi cahaya lampu yang dipasang di pantai terpilih. Sebagai permulaan, landskap bercahaya disediakan di Pantai Saujana dan Pantai Batu 4.
"Selain mandi, pengunjung boleh melakukan aktiviti lain seperti bermain futsal dan layang-layang," katanya.

NI NAK BERKELAH KE NAK BUAT KEJA APA MALAM-MALAM BUTA.... BIASANYA BUAT KEJA TAK SENONOH !!!!!
0 comments:
Post a Comment