Patutpun.... BACA SINI
Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts
PRU DUN SARAWAK 2011
Untuk mengikuti informasi dari SARAWAK.. KLIK SINI
0
comments
Monday, 28 March 2011
MelayU
KES LIWAT 2 DSAI
Tertuduh - Melayu
Kena Liwat - Melayu
Hakim - Melayu
Pendakwa - Melayu
Saksi - Melayu
Peguambela - Bukan Melayu
UMNO - PEMBELA MELAYU
PERKASA - PEMBELA MELAYU
KINI - SIRI 3 VIDEO PULAK
Boring2 - tak abiS-abis
0
comments
Wednesday, 23 March 2011
PRk KERDAU
1. Ramai dah berangan-angan nak sewa rumah kepada pelancong politik dari luar.
2. Yang nak buka gerai makan 24 jam kat tol Temerloh.
3. Ada 4 bandar kalu nak booking hotel... Temerloh, Mentakab Jerantutt & Bandar Jengka
NOTA.. Harga makanan kat Temerloh ni mahal...kalah bandar Kuantan
0
comments
Tuesday, 15 February 2011
Revolusi MESIR
Diambil DISINI
Bermula dengan pembunuhan seorang anak muda bernama Khalid ..Apabila dia telah menangkap gambar rasuah yang berlaku antara anggota polis dengan seorang penagih ..dan seorang blogger iaitu seorang anak muda telah mengetahui dan menyebarkan kes pembunuhan tersebut di laman sosial seperti facebook dan twitter dan atas sebab inilah lah revolusi ini juga digelar revolusi fB.Akibat dari inilah kebangkitan anak2 muda tidak dapat dibendung lagi..
Selain itu di Mesir adalah Negara yang paling ramai SB ataupun siput babi yang menangkap sesiapa saja yang cuba mengugat parti NDP pimpinan hosni Mubarak .Sb2 ini juga bersekongkol dengan mossat(Israel) & CIA(as).Anjing2 ini menangkap musuh2 politik NDP dan diseksa di satu tempat tahanan .Di tempat tahanan ini mangsa2 yg ditahan diseksa dengan begitu dahsyat.Penyeksaan yang paling ringan ialah dicabut kuku dan antaranya ialah memasukkan jarum ke dalam tubuh melalui jari tangan.
Penyokong Ikwanul Muslimin adalah yang paling ramai ditahan .Cara penahanan juga begitu jahat.Sekiranya yang hendak ditahan tidak dapat ditangkap maka keluarga mangsa pula ditangkap .
Dari segi pentadbiran pula korupsi begitu teruk sekali .Dikhabarkan menteri Kabinet di bawah Mubarak mempunyai asset berbillion ringgit dan yang paling rendah asetnya ialah 5.4 billion .Mubarak mempunyai tanah dan rumah di London,new york dan bayak lagi isterinya pula mempunyai 5 billion di swiss bank .Pelabur pula perlu memberi 50% kepada anak2 beliau sekiranya ingin beroperasi di mesir.Begitu lah begitu korup sekali pemerintahan regim mubarak ini..
Rakyatnya pula dibelenggu kemiskinan hampir 43% rakyat mesir berada di bawah paras kemiskinan dengan perbelanjaan seisi keluarga hanya rm6 sehari .Selain itu di mesir juga merekodkan kadar penceraian yang tinggi akibat kemiskinan dan terdapat hampir 600 ribu kanak2 terbiar di jalanan .
Hubungan mubarak dengan regim zionis dan amerika pula memang tidak disenangi rakyatnya .Paling tidak boleh diterima apabila tentera2 mesir menutup pintu gaza apabila gaza diserang dan menyebabkan lebih 1470 rakyat gaza terbunuh bukan itu sahaja malahan bantuan dari Negara luar juga disekat oleh regim mubarak.Bukan saja rakyat mesir malahan mencetuskan kemarahan seluruh dunia tetapi mubarak buat tak peduli.Rakyat mesir masih memendam kemarahan ..
Mengapa Mubarak masih boleh bertahan biarpun pilihanraya diadakan ?
Inilah akibat dari pilihanraya yang tidak adil ..SPR mesir dikuasai mubarak media pula hanya melaporkan kempen NDP .pembangkang dizalimi dan ditangkap terutama ikhwanul muslimin dan rakyat diugut.
0
comments
Saturday, 12 February 2011
DuN KerDAU
LetAK JawAtAN???
Pendapat aku...
Presiden Mesir Mubarak tak akan letak jawatan kerana :-
- Perlu menjaga kepentingan YAHUDI ISRAE yang akan menyebabkan Palestine mendapat kekuatan baru melawan Yahudi
- ISLAM kembali beroperasi dengan lebih cemerlang di bumi Mesir
- boleh mengharubirukan pemerintah-pemerintah lain di sekitar tanah Arab yang lama memerintah negara
0
comments
Sunday, 6 February 2011
Cerita Di TENANG
Keputusan untuk UPU FELDA TENANG
Cikgu MALA - 185
Bekas ADO - 973
Hujan teramat lebat sejak subuh Ahad lagi. Kami terkandas hampir 12 jam selepas tamat waktu mengundi dan terpaksa balik dari Felda Tenang jam 5.00 pagi menggunakan jalan ke Yong Peng, naik Hiway PLUS, turun di Tangkak guna pulak jalan Gemencheh melalui Felda Bukit Rokan terus ke Bahau.... Sampai gak ke Temerloh. Disepanjang jalan air dah menghampiri gigi jalan ataupun terpaksa mengharungi air sedalam 1 -2 kaki. nasib baik menaiki kenderaan CRV sahabat..
Kesimpulan PRU Tenang.
1. Bukan ISLAM lebih mengenali adat dan hukum Islam terutama berkaitan bersalam dengan wanita yang manakala yang beragama ISLAM pulak makin kalut dan buat-buat tak faham.
2. Calon yang sentiasa membawa suami kemana sahaja ketika berkempen bersesuaian dengan kehendak ISLAM
3. Masyarakat FELDA masih lagi belum merdeka dengan kepercayaan mereka bahawa FELDA = KERAJAAN = UMNO
Diamana-mana sahaja terpacak bendera BN. Rumah asal peneroka FELDA
Perayu undi BN... sebelum hujan lebat jam 9.34 pagi
11 pagi air makin naik... hampir 50 meter dari pagar sekolah
Dalam hujan lebat Muslimat dari Pahang ni gigih merayu undi sementara
memegang poster ditangan
Ketika keadaan masih tenang lagi... kedai ni sentiasa dipenuhi orang-ramai
0
comments
Tuesday, 1 February 2011
Ke TenanG
Pagi ni InsyaALLAH akan ke TENANG... wah dah lama tak gi ke PRK sambil menolong apa-apa yang patut. Dulu kat Pengkalan Pasir Kelantan meronda je sekitar UPU.. tak seronok sebab kawasan kita. Ni nak gi tempat orang, tentu lebih mencabar.
1. Tempat tidur- biasalah musafir, dalam kereta @ masjid @ ikut keadaanlah
2. Makan - lepak kat mana-mana BG
3. Bajet - sumbangan dari jemaah, kena pandai-pandailah jimat
Ada banyak info boleh kutip seperti kemana 'menghilangnya' termasuk 'taring' generasi ke-2 dan mencari senior/junior aku masa di Asrama FELDA dulu...
0
comments
Monday, 24 January 2011
PelanConG PRK
Aku pernah jadi pelancung PRK di Kedah lebih 10 tahun dulu di KEDAH bersama abang ipar. PRK diadakan setelah kematian Allahyarham Dato Fadzil Noor. 2 tempat sekaligus Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit...
1. Tempat tidur di masjid
2. Makan minum-sendiri tanggung, tapi biasanya ada saje hamba Allah yang bayarkan.
3. Aktiviti - dengar ceramah, kutip handbill
4. Berkenalan dengan petugas parti dan para pelancung politik seluruh Malaysia
5. Semangat amat tinggi... kalu diajak berjuang pun boleh.
6. Boleh makan bermacam-macam jenis makanan dan jugak membeli-belah oleh-ole pilihanraya
0
comments
Saturday, 22 January 2011
KisaH TUNISIALagI
Dua tiga hari lepas, perkara yang tidak disangka-sangka berlaku. Regim Zine el-Abidine Ben Ali di Tunisia jatuh menyembah bumi. Mengapakah regim 23 tahun tersebut rebah mendadak? Khabarnya, salah satu sebab tersungkurnya regim penindas tersebut ialah ekoran ketamakan dan kemewahan isteri Ben Ali: Leila Trabelsi.
Di dunia Arab, Leila digelar Imelda Marcos Arab. Kisah yang meniti di bibir ramai ialah beliau adalah seorang pendandan rambut sebelum berkahwin dengan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Kegemaran beliau kepada kemewahan memang tidak dapat disangkal lagi. Meski berasal dari keluarga melarat, kegelojohan Leila di belakang kuasa suaminya iaitu Presiden Tunisia menyebabkan beliau dinamakan sebagai "The Regent of Carthage'. Carthage adalah sebuah kerajaan purba tidak jauh dari Tunis hari ini. Ia adalah kerajaan Phoenician pada pertengahan abad ke 9 sebelum masehi; seperti kerajaan-kerajaan agung lain ia hancur pada tahun 146 sebelum masehi. Laporan media menyebut Leila adalah kuasa di belakang Presiden Tunisia dan kegilaannya kepada kuasa, wang, kereta dan kediaman mewah mendorong kebencian rakyat Tunisia. Keluarga Presiden digelar oleh rakyat sebagai 'The Mafia'. Hari ini setelah keluarga Presiden terbirit melarikan diri dan dilindungi oleh satu lagi regim (Arab Saudi), rakyat masuk ke dalam kediaman mewah Presiden lalu menghancurkan kereta-kereta mewah tersebut.
Nesrine Ben Ali, 24, dan kakaknya Cyrine (dua anak perempuan Ali dan Leila) terbang melarikan diri ke Paris serta menginap di Disneyland Hotel, Paris. Di sana mereka mendiami VIP suites dengan harga lebih 300 euro semalam. Adalah dipercayai kekayaan keluarga Ben Ali berjumlah 3.5 bilion euro dan kebanyakannya dilonggokkan di Perancis. Bukan itu sahaja, akhbar Le Monde melaporkan keluarga Ben Ali berjaya melepaskan diri dari kebangkitan rakyat dengan membawa sama keluar harta berbentuk 1.5 tan emas. Hari ini, dalam satu sidang akhbar, pemimpin sementara Tunisia ditanyai wartawan, 'Benarkah Leila Trabelsi yang berkuasa dan bukan Presiden Ben Ali?' Perdana Menteri sementara, Mohammed Ghannouchi menjawab: "We have that impression." (klik sini) Ada orang mengatakan, di sebalik seorang lelaki (dalam hal ini kehancuran, bukan kejayaan) pasti ada seorang wanita. Sumber .. ambil kat sini
0
comments
Tuesday, 18 January 2011
Baru Ada BanK??
PONTIAN - Buat pertama kalinya, kira-kira 20,000 penduduk Pekan Benut menerima kemudahan perkhidmatan perbankan termasuk mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Pejabat Pos Pekan Benut di sini, semalam.
Ia hasil kerjasama strategik antara Pos Malaysia Berhad dan Maybank dalam memberikan perkhidmatan perbankan perkongsian kepada pelanggan. SUMBER SIINI
1. Kesian orang Benut baru ada bank. kita dah merdeka lebih 50 tahun...
2. Nasib ada YB FELDA dapatlah buka bank... tu buka kat di Pejabat POS
3. Kalu kat negeri lain tak pelik ni di Johor
0
comments
Sunday, 16 January 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


