Showing posts with label ALUMNI-AF. Show all posts
Showing posts with label ALUMNI-AF. Show all posts

NostalGia 2

Lencana Sekolah Menengah Saint John KL

Lencana MBS

Logo VI

Lencana Sekolah Seri Ampang

AKu tinggal kat Asrama FELDA dari 81 - 84. Tahun 1981 aku sekolah di Sekolah Seri Ampang, manakal tahun 82-84 k at VI(Victoria Institution. Ada diantara kami yang bersekolah di SJI (St. John Institution) dan MBS (Methodist Boys School). Ni budak lelaki batch 84 le.

Doa SelamaT & TAHLIL

Semalam 10/12/ berlangsungnya program doa selamat & tahlil yang diusahakan oleh saudara Zakaria Don (Alumni Asrama FELDA) di rumah Ibu Aisyah kat Ulu Kelang. Alhamdulillah ramai juga yang hadir tetapi ramai yang 'menjengok' adalah muka-muka yang selalu attend program Alumni. Mungkin masing-masing sibuk dengan kerja barangkali.

Program dimulai dengan solat Isya' berjemaah, bacaan YAASIN yang diketuai oleh Abang Long serta sedikit tazkirah sebagai santapan rohani sebelum pekena santapan jasmani (catering masakan kampung) . Manakala para jemputan utama iaitu Dato' Mat Abas, Yahya Lim (Pengarah Yayasan FELDA) dan Datuk Ahmad Faiz (HEP UUM) tak hadir..

Tahniah kepada saudara Zakaria, moga program begini diteruskan ditiap bulan... mungkin boleh buat kat Asrama Semai Bakti Kelana Jaya pulak ka?

Sedara Anuar (Techart) & Suhaimi Sauh) ... dah naik pangkat jadi Pensyarah UiTM



Muslimat

Abang Long & Pak Ya (Zakaria Don) ... kamera ada sangkut tuh..


Balun nasi...


JumPa Abe Li Kito - xAFKL



Dah 2 hari contact ZALI tak dapat, jadi pagi ni aku gi cari dia kat Simpang Kg Awah.. Jalan Maran.

Kepada shabat-sahabat AFKL, ni kawan lama kita Tuan Haji Mohd Razali Muhammad, batch SPM 84' MBS... sebilik dengan Nuar Yaacub (kalu tak silap). Dari FELDA Bukit Goh Kuantan...

Dah pencen dari industri Perbankan, bekas Branch Manager lagi. Geng main sepaktakraw dengan aku, Pak Ya, Sabudin Kalid dll.. Muka dan warna kulit tak berubah lagi.... Baru sahaja menghabiskan cuti di hospital dekat 2 blan dan dirumah jugak setelah selesai operate usus, tu badan slim sikit... kalu tidak emmmm....

Baru mempunyai 1isteri dan 3 orang cahayamata yang dah besar panjang (2 menengah 1 rendah)....



Sekarang ni merupakan usahawan dalam bidang 'cleaning'. Membekalkan bahan-bahan pencucian kepada pemborong-pemborong dan kerajaan (hospital/klinik) seperti pencuci mozek atas jenama sendiri D'AROMA.. Boleh contact dia kat no +014-8264 966

Blog Alumni


Sape-sape yang incaj blog Alumni minta tolong update... dah ada link kat website FELDA tapi blog tak update semenjak Dis 08 lagi... AJK AAF tolong le ambik tindakan sikit...

Kembali Memblog - Program AAF



2-3 hari nih aku takde idea.. kering semacam... Jadi pagi ni keja pun tak banyak, boleh le mulakan balik blog memblog ni dengan info yang ringan-ringan.

Hebahan untuk anak-anak peneroka kat Jengka dan kawasan sekitarnya

Program: Program Susulan Khidmat Masyarakat Jengka
Tarikh: 23 Mei 2009 (Sabtu) - 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang
Sasaran : Pelajar-pelajar Tingkatan 3 & 5 dari sekitar Wilayah Jengka dan anak-anak ahli yang berminat

Pengisian Program:
Program ini adalah program susulan kepada Program Khidmat Masyarakat Wilayah Jengka yang telah diadakan bulan Disember 2008 yang lepas. Program satu hari khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 ini akan diadakan oleh AAFM dan dengan kerjasama UiTM Jengka dan akan memberi tumpuan khusus kepada motivasi dan persediaan menghadapai peperiksaan.

Kami semua AJK AAFM ingin menjemput semua ahli AAFM dan bekas pelajar-pelajar Asrama Felda / Asrama Semai Bakti dari seluruh Malaysia untuk hadir memberikan sokongan kepada program AAFM ini. Kami amat menghargai kehadiran anda semua dan diminta panjangkan jemputan kepada semua yang lain.

Ahli-ahli adalah juga digalakkan untuk mendaftar anak-anak mereka mengikuti program motivasi dan persediaan menghadapi peperiksaan ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka mengikuti program ini bolehlah membuat pendaftaran secepat mungkin sebelum 2hb. Mei 2009 untuk kami membuat persediaan sewajarnya . Sila hantarkan butir-butir yang diperlukan seperti berikut:

* Nama Ahli:
* No. Telefon:
* Nama Anak:
* Tingkatan:

Sila hantarkan butir-butir di atas kepada:
Kamal Arifin di email : kay_doc83@yahoo.com atau H/P @ 012 987 9015
dan Aminah di email : amihashim67@yahoo.com atau H/P @ 019 260 0247

Nota : AAFM - Alumni Asrama FELDA Malaysia

ALUMNI ASRAMA FELDA - BerTEMU LagI


28/3 ni ada pulak mesyuarat agung AAFM. Seronok juga boleh jumpa member-member lama ni, dah hampir 25 tahun meninggalkan asrama FELDA KL kata AU/2A tu. Banyak memori dan kenangan. Ramai yang dah jadi orng yang ada "kelas" seperti jurutera, Doktor jugak YB seperti YB YAZID kat Melaka, YB Fadzil kat Pahang dan bekas YB pun ada seperti Dato' Ir Jamlus Aziz (roomate aku dulu)...selamat bersidang. Tapi aku heran sekarang nih asrama FELDA dah tak dikenali lagi tak macam masa aku dulu sampai best student SPM peringkat Wilayah Persekutuan pun dipegang oleh budak FELDA macam kawan aku ni Dr Hishamudin Salam (sekarang pakar tulang kat Johor).

Jugak Al-Fatihah kepada sahabat-sahabat satu tingkatan masa 81-84 yang telah menemui Penciptanya iaitu Allahyarham Baharudin Arbain dari FELDA Bukit Kuantan, Pahang dan Allahyarham Norhalim Salleh dari FELDA Bukit Ramun Johor (2 orang ni je aku ingat).

Jangan lupa ramai lagi kekawan di rancangan yang tidak bernasib baik seperti kita. ALLAH kurniakan kita kekuasaan, kekayaan, hartabenda, kesenangan namun sepatutnya kita serahkan kembali kepada yang lebih memerlukannya, kita ini hanya talian atau penghubung sahaja. Jangan pulak sombong dan bangga diri..PAK YA hang pi tak Sabtu nih?