Kembali Memblog - Program AAF



2-3 hari nih aku takde idea.. kering semacam... Jadi pagi ni keja pun tak banyak, boleh le mulakan balik blog memblog ni dengan info yang ringan-ringan.

Hebahan untuk anak-anak peneroka kat Jengka dan kawasan sekitarnya

Program: Program Susulan Khidmat Masyarakat Jengka
Tarikh: 23 Mei 2009 (Sabtu) - 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang
Sasaran : Pelajar-pelajar Tingkatan 3 & 5 dari sekitar Wilayah Jengka dan anak-anak ahli yang berminat

Pengisian Program:
Program ini adalah program susulan kepada Program Khidmat Masyarakat Wilayah Jengka yang telah diadakan bulan Disember 2008 yang lepas. Program satu hari khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 ini akan diadakan oleh AAFM dan dengan kerjasama UiTM Jengka dan akan memberi tumpuan khusus kepada motivasi dan persediaan menghadapai peperiksaan.

Kami semua AJK AAFM ingin menjemput semua ahli AAFM dan bekas pelajar-pelajar Asrama Felda / Asrama Semai Bakti dari seluruh Malaysia untuk hadir memberikan sokongan kepada program AAFM ini. Kami amat menghargai kehadiran anda semua dan diminta panjangkan jemputan kepada semua yang lain.

Ahli-ahli adalah juga digalakkan untuk mendaftar anak-anak mereka mengikuti program motivasi dan persediaan menghadapi peperiksaan ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka mengikuti program ini bolehlah membuat pendaftaran secepat mungkin sebelum 2hb. Mei 2009 untuk kami membuat persediaan sewajarnya . Sila hantarkan butir-butir yang diperlukan seperti berikut:

* Nama Ahli:
* No. Telefon:
* Nama Anak:
* Tingkatan:

Sila hantarkan butir-butir di atas kepada:
Kamal Arifin di email : kay_doc83@yahoo.com atau H/P @ 012 987 9015
dan Aminah di email : amihashim67@yahoo.com atau H/P @ 019 260 0247

Nota : AAFM - Alumni Asrama FELDA Malaysia

0 comments:

Post a Comment