Ke KebuN - AKtiviti bersama Keluarga






Petang Ahad tadi kami (keluarga aku & kakak ipar) membuat lawatan mengejut ke kebun isteri aku dan kakak-kakaknya (3 orang partner) lebih kurang 1/2km dari rumah kakak ipar aku kat Kuala Krau... peninggalan arwah bapa mertua .. keluasan belas ekar jugak. Kami tanam dengan sawit dan getah pada Oktober 2007.... InsyaAllah 2 tahun lagi hasil sawit dapatlah di kutip. Ada pondok lama, pokok-pokok durian dan sebatang anak sungai bersempadan dengan kebun ni... Tiap minggu kena turun semak dah naik dan aktiviti sebegini akan diteruskan tiap bulan sambil merehatkan otak dan mengeratkan hubungan kekeluargaan... Seronok pulak dah lama tak ke kebun, anak-anak apatah lagi, kena pulak ada sungai...








0 comments:

Post a Comment