SEPERTI biasa tiap malam Sabtu 2X sebulan Ustaz Salleh Talib akan memberikan kuliahnya kat surau perumahan aku. Malam ni ramai pulak jemaah, lelaki tak kurang 45 orang... kira orait le untuk status surau...
Tajuknya Padang Mahsyar...
Dia memulakan kuliahnya dengan membaca satu hadis dari Muaz bin Jabbar.. yang bermaksud
"Ummatku akan dibangunkan dari kuburnya pada hari Kiamat(juga dikenali Hari Pemisahan) dan dihalau dalam 12 golongan/kumpulan..". Dibangunkan dan dihalau dalam bentuk :-
1. Tiada bertangan/berkaki
- mereka yang suka menyakiti tetamu/jiran dengan perbuatan@perkataan
2. Berupa babi
- Mempermudahkan solat
3. Perut mereka seperti gunung. Penuh dengan ular-ular dan kala sebesar baghal.
- tidak mahu membayar zakat
4. Darah mengalir dari mulut dan isi-isi perut keluar jatuh kebumi.
- dusta dalam perniagaan seperti timbangan
5. Berbau bangkai
- menyembunyikan maksiat.. dah tau ada maksiat buat dek je taknak tegur..
6. Leher terputus dari badan
- menjadi saksi palsu terutama dalam mahkamah (termasuk juga saksi nikah.. aku pun tak berape nak dah jadi saksi ni tak pasal-pasal pulak. Ustaz tu kata salah sebutan pun tak boleh. Jangan pandai-pandai jawab sah nanti kacau kita.. kalu rasa tak layak tarik diri.)
7. Tidak berlidah dan darah mengalir dari mulut.
- mencegah yang hak, atau menolak kebenaran dan menyokong kebatilan pulak..
8. Kaki kat atas, kepala kat bawah
- berzina
9. Berwajah hitam
- Makan harta anak yatim... time ni aku teringat nak tanya ustaz tu...
10. (AKu tak sempat tulis) dok tanya member pasal harta anak yatim...
- menyakiti ibu. Ustaz tu bagitau kepada semua kaum ibu dan bapa maafkan dan ampunkanlah anak-anak walaupun ada yang terguris perasaan/hati.. buang yang keruh ambik yang jernih..
11. Buta hati dan gigi yang sebesar tanduk lembu. Bibir menutupi dada, lidah menjulang perut.
- minum arak
12. Bak bulan purnama...
Maksudnya sempurna la... setakat ni orait lagi tapi semasa dikeluarkan buku amalan tak tau lagi.
Ya tuan-tuan.. Bila kita dibangunkan dari kubur je jangan ingat tubuh badan kita akan sempurna. Tu belum semasa dihisab lagi..Jadik pilihlah dan berusahalah mendapatkan bulan purnama. Kalu yang tak nak bulan tu nak buat macam mane????
0 comments:
Post a Comment