Selamat menjadI WarGA BlOG kepada sahabat aku PAK YA. Pernah menjadi rakan sebilik masa kat AFKL dulu kalu tak silap BD5... dan juga rakan lipat jaring takraw... Jangan main-main dengan dia.. Maaf Tuan...
Showing posts with label AFKL. Show all posts
Showing posts with label AFKL. Show all posts
AsramA FELDA 2010
Penghujung 2009 , aku bawa anak-anak aku ke asrama lama kat AU/2A yang tersimpan beribu-ribu kenangan....
Sedang diperbaiki dan dengar cerita akan ada pengambilan pelajar nanti... Pak guard pulak Bangla, tau geleng kepala jelah...
Sedang diperbaiki dan dengar cerita akan ada pengambilan pelajar nanti... Pak guard pulak Bangla, tau geleng kepala jelah...
0
comments
Tuesday, 5 January 2010
TunGggu BAS ke AFKL
Ini adalah bangunan pejabat Wilayah FELDA kat Temerloh. Kini semuanya berpagar dan sepatutnya di hadapan bangunan ni adalah berpintu dahulu.
Ni adalah tempat biasa kami pelajar-pelajar AFKL menunggu bas untuk balik ke asrama di AU/2A. Biasanya para pelajar akan dibahagikan mengikut zon seperti Pahang Utara, Selatan, Barat dan Timur. Manakala Landrover akan menghantar dari rancangan ke sini. Ada bas yang akan bertolak dari Kuantan terus ke KL atau singgah disini untuk mengambil pelajar tertakluk zon masing-masing. Aku pulak dari zon Pahang Barat. Kini dah tak main zon-zon dah, walaupun pejabat ni kawasan Temerloh tetapi dipanggil Wilayah Mempaga (kalu tak silap).. Tak tau kenapa...
Biasanya kalu nak balik ke KL kami akan ronda-ronda dulu kat pekan sehari Temerloh terutamanya pada hari Ahad. Bas pulak akan bertolak dari sini sekitar jam 10 - 10.30 pagi. Maka melentoklah atas bas ataupun asyik dok teringat kat keluarga di rancangan.
0
comments
Wednesday, 9 September 2009
Update Design Blog
Hari ni sejak pagi lagi aku dok study nak design blog aku semula terutama widget dan icon-icon..Pukul 3 tadi jammed pulak mozilla aku, tak boleh masuk blog sendiri... langsung tak boleh update...
Oh ya... pukul 630 tadi aku terima mesej dari Dr Hishamudin Salam dari JB , mak Pak Ya dah meninggal. AKu cuba msj kat dia tapi tak balas.. jadi berita ni tak confirm lagi la..... Sape-sape boleh contact Pak YA 019 266 7362
Oh ya... pukul 630 tadi aku terima mesej dari Dr Hishamudin Salam dari JB , mak Pak Ya dah meninggal. AKu cuba msj kat dia tapi tak balas.. jadi berita ni tak confirm lagi la..... Sape-sape boleh contact Pak YA 019 266 7362
1 comments
Saturday, 2 May 2009
ROH Yang KOSONG - Suhaimi (SAHABAT LAMA)
Suhaimi Sauh.... 3 dari kanan (gambar tahun lepas)
Baju kejap tadi (345 petang)pekena capati kat Old Town Temerloh sebelah 7E dengan sahabat lama dari Asrama FELDA Kuala Lumpur. Dulu roomate aku dan bersekolah di St John KL... diperkenalkan Suhaimi Sauh (MBA). Dia baru balik dari Bandar Jengka ada perbincangan dengan UiTM untuk program Alumni Asrama FELDA nanti. Tengah jalan berjumpa dengan Zali MBS (Bukit Goh) pulak.
Hampir 2 bulan aku tak ketemu dengan dia kat KL. Orangnya bertambah hensem tak nampak macam 40an pun 30an ada la....
Seronok bercerita, akupun tersebut la bahawa masa kat Asrama FELDA dulu kita hanya diasak oleh Sang Pengurus/Warden dengan kata-kata supaya rajin belajar untuk menjadi seorang Doktor, jurutera, bla bla dan tiap kali program dikhayalkan dengan lagu WARISAN.... tapi kerohanian kita kosong, kalau berisipun setakat tampalan yang dibuat-buat sahaja tanpa diisi dengan program usrah, kuliah dsbnya. Suhaimi pun bersetuju dengan aku.... Kini dah semakin berusia dan berusaha untuk mengutip kembali ilmu kerohanian mengikut keupayaan masing-masing. Kita tak mahu anak-anak mengikut jejak langkah kita, aku sendiri mengakui kelemahan diri... Aku mesti kembalikan kekosongan tersebut dengan menghantar anak-anak ke alam pendidikan bercorak keagamaan biar jiwa-jiwa mereka sentiasa digenangi alunan dan deruan Al-Quran, titipan peringatan dari Hadis-hadis, menjiwai keperluan dan mendokong jemaah ISLAM. Tittle Doktor@Jurutera bukan rujukan pencapaian muktamad adalam akademik seseorang....
Mungkin semuanya ada hikmah disebalik kekosongan itu, kini masing-masing cuba mengisinya sedikit demi sedikit agar menjadi Mukmin yang sejati bukannya setakat berjenama ISLAM. Jenama ISLAM sahaja tidak cukup disisi ALLAH tetapi ISLAM yang BERTAQWA seperti dikehendakiNYA
0
comments
Monday, 20 April 2009
LAGU WaRiSAN - nOSTALGIA lama
Lagu Warisan
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara
Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM
Pagi ni aku teringat nak cari info pasal lagu WARISAN...
Ini sebahagian lagu warisan yang aku selalu nyaNyi semasa perbarisan pagi Sabtu dan kalau ada apa-apa program kat AFKL. Yang buat lagu ni pun masih idup, dan bila tengok balik Bahas dengan ANuar Ibrahim VS Sabery Chek, ada juga TNC tahap budak sekolah..... Tu lah lantik TNC ikut suka hati.
Aku amat tak suka lagu ni, boring dan malu nak nyanyi.. tak dak roh ISLAM langsung. AMat 'Racist'.. sory la kepada yang masih suka lagu ni. MELAYU tak kemana kalau tak dak ISLAM. Kecemerlangan kerajaaan MELAKA dulupun disebabkan oleh ISLAMNYA pemerintah ketika itu. Berapa agaknya nilai MELAYU disisi ALLAH Taala.. Kalau tak dak iman dan takwa jangan haraplah. Bawa KP ada tulis MELAYU dan Parti KERIS boleh jalanlah...
Macam rangkap ke 2 tu.. 'akibat sengketa sesamalah kita'.. ni macam cerita PAS berlawan dengam UMNO je.. Tapi kenalah study dulu sebab ape jadi macam tu. Satu nak jaga ISLAM satu lagi nak juga ISLAM tapi tak seluruhnya terutama Syariah. Kewangan ISLAM boleh terima pulak...sebab boleh dapat untung (fikir dunia je).
Cuma aku nak bagi tau hangpa sikit :-
umur kita kat dunia katakan 65 tahun...
tapi masa kita kat alam kubur + padang Mashyar.... tak tau berapa???
(ayat ni Pak Ya bagi...)
Jadi lebih baiklah pakat-pakat sokong dan laksanakan ISLAM seluruhnya. Fikirkan...
(Minta kekawan komen sikit pasal lagu nih...)
(CARI SENDIRI LA MUKA AKU... KALU JUMPA OKEYLA..)
1 comments
Wednesday, 8 April 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)


