LAGU WaRiSAN - nOSTALGIA lama
Lagu Warisan
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara
Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM
Pagi ni aku teringat nak cari info pasal lagu WARISAN...
Ini sebahagian lagu warisan yang aku selalu nyaNyi semasa perbarisan pagi Sabtu dan kalau ada apa-apa program kat AFKL. Yang buat lagu ni pun masih idup, dan bila tengok balik Bahas dengan ANuar Ibrahim VS Sabery Chek, ada juga TNC tahap budak sekolah..... Tu lah lantik TNC ikut suka hati.
Aku amat tak suka lagu ni, boring dan malu nak nyanyi.. tak dak roh ISLAM langsung. AMat 'Racist'.. sory la kepada yang masih suka lagu ni. MELAYU tak kemana kalau tak dak ISLAM. Kecemerlangan kerajaaan MELAKA dulupun disebabkan oleh ISLAMNYA pemerintah ketika itu. Berapa agaknya nilai MELAYU disisi ALLAH Taala.. Kalau tak dak iman dan takwa jangan haraplah. Bawa KP ada tulis MELAYU dan Parti KERIS boleh jalanlah...
Macam rangkap ke 2 tu.. 'akibat sengketa sesamalah kita'.. ni macam cerita PAS berlawan dengam UMNO je.. Tapi kenalah study dulu sebab ape jadi macam tu. Satu nak jaga ISLAM satu lagi nak juga ISLAM tapi tak seluruhnya terutama Syariah. Kewangan ISLAM boleh terima pulak...sebab boleh dapat untung (fikir dunia je).
Cuma aku nak bagi tau hangpa sikit :-
umur kita kat dunia katakan 65 tahun...
tapi masa kita kat alam kubur + padang Mashyar.... tak tau berapa???
(ayat ni Pak Ya bagi...)
Jadi lebih baiklah pakat-pakat sokong dan laksanakan ISLAM seluruhnya. Fikirkan...
(Minta kekawan komen sikit pasal lagu nih...)
(CARI SENDIRI LA MUKA AKU... KALU JUMPA OKEYLA..)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Tq mi...Lagu warisan tu sebenarnya adalah HATI semua bekas Pelajar Asrama Felda x kira dimana sekiranya kita semua dapat menghayatinya....aku pernah bertemu dengan seorang sahabat. Dia kita yang sepatutnya kita buat adalah "buka hati" dahulu " bukan "buka minda" kerana kesannya lebih baik sekiranya setiap sesuatu itu bemula dengan hati...
Namun aku nak puji hang kerana dapat buat blog ini. Satu Ruang yang amat baik...moga permulaan yang baik ini akan berakhir dengan yang baik juga...Insya"Allah.
Pak Ya....DEMI WAKTU
Post a Comment