Semalam JUMAAt , hari ni Sabtu



Aku pun tak tau nak bagi tajuk apa posting hari ni...Semalam aku dah keluar rumah 7 pagi lagi sarat dengan macam-macam agenda.

7.10 Anta anak yang Sekolah Menengah (Arab)
7.15 Anta anak kat PASTI dan wife aku skali Ustazah Zainun. Dapat Ustazah ni untung banyak aku, banyak la job-job yg didelegate kat dia. AKu bersyukur sangat dapat tacke Ustazah ni dan dah jadi wife aku pulak. Bukan senang nak dapat Ustazah wooo... aku ni tittle lebai pun takde.. Dia tak la mengaji tinggi...
7.30 tukar profesion jadi tukang kebun pulak kat PASTI... seperti biasa pagi-pagi sapu sampah, kutip kayu-kayu dan susun meja budak-budak nak belajar dan mengaji kejap lagi dalam pukul 8.30
7.45 Tukar jadi cameraman pulak, ambik gambar-gambar untuk buat Multimedia untuk Jamuan AMal nanti..
8.15 Pekena roti canai bersama wartawan SIASAH... sembang sikit-sikit apa berita menarik pasal kabinet & cerita-cerita ahli politik kat Pahang.. "Roti dan air kosong 1 bang". Itu je aku ode bila budak restoran tu tanya. Roti dia okey sebab kurang minyak dan lembut...Boleh pekena kat Restoran SetiaRasa Taman Temerloh Jaya..
8.40 Balik rumah kejab update blog dan bersiap nak ke Masjid
9.15 dah kat Masjid Batu 1. Kebanyakan pendengarnya dah berumur,berpangkat DATO' belaka dan pencen macam aku, rambut dah kaler putih, akupun ada juga sikit-sikit la. Tak kurang dari 160 orang jugak la pendengarnya.. Kalau yang muda biasanya uztaz-ustaz ataupun yang kerja sendiri. Pagi ni aku kena jumpa penceramah sendiri iaitu Tuan Guru Mohd Baqi (Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang). Sekarang jawatan ni disandang oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Aku sambut dia dan bersalam masa dia baru naik pintu masjid. Chat sikit-sikit, lepas tu dia ambil tempat nak mula kuliah. Kuliah bermula 940. Tajuk hari ni pasal HAJI bermula dengan rukun Haji. Lepas 30 minit mata dah layu, kacau sungguh tak boleh tahan wooo... last-last kejap dengar dia cakap jauh-jauh ja.. Cuma aku sempat ambik sikit la, statement dia yang aku rasa penting iaitu berkaitan SELAWAT kepada Nabi Muhammad SAW. Antara kelebihan selawat ialah boleh terlepas dari siksaan kubur

" Kisahnya ada seorang ibu yang bermimpi bahawa anaknya yang telah meninggal merayu kesakitan kerana sedang di siksa di alam kubur. Maka si ibu itu berjumpalah seorang yang alim kalau tak silap bernama Hasan Basri dan minta tolong mana tau dapat dikurang ke siksaan atau macam mana nak bantu anaknya tersebut(masa ni aku tengah ngantuk, sori la kalau salah)..Hasan Basripun berkata dia tak boleh buat apa-apa. Wanita tu balik kerumahnya dan selang tak berapa lama kemudian. Wanita tu berjumpa lagi dengan Hasan basri ni. Maka berceritalah Hasan Basri bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan seorang pemuda yang kini berada di syurga dalam keadaan bergembira.. Pemuda/budak tu tegur dia, aku tak kenal hang? Budak tu kata dialah anak kepada perempuan tua tempohari yang mengadu tentang dirinya disiksa di alam kubur. Aik macam mana boleh lepas sini pulak. Dia pun bagitau memang dulu dia disiksa di dalam kubur bersama-sama dengan 80 wanita-wanita yang derhaka.. tak lama kemudian lalu lah seseorang di kawasan kubur tersebut dan berselawat keatas Nabi Muhammad SAW dan kemudian disedekah kepada kami. Dengan cara itu lah kami terlepas dari siksaan kubur tu.."

Maaf la kalau cerita ni atau nama tu salah sebab masa tu aku tengah terhangguk-hangguk dan hentam tulis je.. kalau ada cerita yang sebenarnya emailkan cerita tu kat aku..

11.30 Kuliah pun tamat

Kesimpulannya rajin-rajinlah berselawat sekurang-kurangnya 100X sehari, semolek-moleknya sebelum tido.. bukan payah pun..

Jadikan Nabi Muhammad SAW idola kita. Jangan dok kata kata macam-macam kat Sunnah Nabi lagi haru..


0 comments:

Post a Comment