ISA@NAJIb - Tahanan ISA di lepaskan


Malam tadi kat TV, Najib dah umumkan bahawa semua tahanan ISA dibebaskan dan jugak permit HARAKAH dan SUARA KEADILAN di benarkan kembali beroperasi. APa yang aku nak sentuh disini ialah tentang ISA. Satu undang-undang yang hanya ada kat Malaysia, ISrael Jahanam dan Singapore...

Lihatlah betapa amat berkuasanya PM Malaysia, cakap depan mikropon je abis cerita bebas... ISA ini adalah satu undang-undang yang amat kejam dan menjadi 'pelindung' kepada politik BN. Tapi ingat ini adalah satu perangkap sahaja, kerana Najib hanya bercakap membebaskan tahanan sahaja tetapi dia tak kata pulak nak 'abolish' undang-undang macam perangai Yahudi nih. Relax je dia cakap.. langsung tak ada nak kata minta maaaf ke kat semua tahanan termasuk keluarga mereka yang selama ni menderita semenjak undang-undang nih diperkenalkan. Dan lagi undang-undang macam nilah yang selalu dipertahankan oleh ahli-ahli dan pemimimpin UMNO samada di PAU ataupun di Parlimen. Sikit-sikit ISA..

Aku marah sangat pasal ISA ni, sebab member rapat aku dan jiran sebelah rumah kena 3 1/2 tahun beb kat Kamunting. Masa tu aku dok Kelantan... 3 bulan aku cari dia kat Pahang rupanya bermastautin kat Kamunting rupanya. Dia disyaki ahli JI dan orangnya macam mat rock sikit la selalu pakai jeans dan ada jawatan dalam parti PAS dan bukan mengaji tinggipun belajar kat Pakistan ke SPM je kelulusannya...

Biarlah aku cerita sikit kat sini. Aku kenal dia selama 10 tahun dari sebelum kawin sehingga dapat anak empat, sekarang berumur penghujung 30 an. SB ambik dia kat rumah masa bulan POSA dan 2 minggu lagi nak raya.. isteri nya sarat mengandung. Lepas kena anta kat Kamunting isterinya gugur kerana tekanan perasaan. Bayangkan betapa hancurnya hati seorang suami dah la di penjara, isteri pulak keguguran... lepas tu 3 orang anaknya pulak kena sakit buah pinggang sampai hari ni. Ni sape nak jawab ... memang kejam abis.

Lu orang ingat dah bebas tu boleh dok relax ke? Nak bergerak hanya setakat 10km dari rumah je, lebih 10km kena ambik permit pulak..., tiap-tiap minggu kena report balai polis... Ambik statement pulak, ... minggu lepas lu pegi mana?... macam-macam la ... nasib lah paling kejap setahun, mungkin 2 atau 3 tahun atas budi bicara KDN la... so ape cerita..

Jadi sebenarnya kalu nak dihapuskan atau dibuang apa-apa undang-udang atau peraturan memang boleh buatpun .. macam PPSMI tu kejap tunggu mesyuarat kabinet la.. ni semua auta je.... Jadi disebalik kebebasan tahanan ISA tu akan ada lagi peraturan-peraturan yang pelik-pelik akan dikenakan pulak...

0 comments:

Post a Comment