SIndrom "TaKUT"


APA dia sindrom 'takut'... Pernahkah alami sindrom ini?. Aku dulu pernah kena sindrom takut jugak. Sindrom takut pada "Computer Application". Komputer nih aku kenal dan guna pada tahun 86' lagi, masa tu guna Disket 5' jenis liut tu, kena hujan out... Naik bas Kuantan Town bawa kehulu kehilir disket.. Yelah masa tu komputer pun mahal. Tupun guna DOS. Sebenarnya aku bukan student komputerpun, cuma kat ITM dulu aku ambik Accounting tapi semester 3 dah kena belajar komputer. Orait jugaklah dapat A memanjang.

Sekarang ni, aku masih lagi berurusan dan karier pulak berkaitan komputer cuma s ebagai "project consultant" saje. Pengalaman aku dalam bidang perakaunan seperti audit, cukai dan pelaburan banyak membantu..

Oh ya lupa pulak. Kita cerita pasal 'takut'. Aku pernah keja tempat pemaju perumahan yang menggunakan Aplikasi untuk Pemaju Perumahan.Bimbang sangat nak usik aplikasi tu takut-takut tersaLah masuk data ke, jadi sebulan dua jugaklah aku tak key-in data. Takuttt....Last-last bosss suruh jugak. Tak tahan kena sound buatlah jugak sikit-sikit, mula-mula tu rasa panik jugak... tak sampai seminggu bukan setakat key-in data, abis aku try dan buka database sistem. Dok kejap jem.. 1 minggu server rosak dan data dah lari... Padan muka boss. Sejak hari tu, hilanglah pobia aku kat sistem tu.

"Takut" atau pobia nih semua orang ada termasuklah juga, kerajaan yang memerintah Malaysia hari ini. BN takut dengan 'kecerdikan' rakyat dan juga limpahan infomasi. Begitulah yang terjadi dalam PRU12 dan PRK baru-baru ini. Bila rakyat dah cerdik dan limpahan maklumat dihujung jari maka semakin hari semakin tertekan BN dan bertambahlah sifat ketakutan mereka. Sebab utamanya mereka takut adalah disebabkan mereka banyak melakukan kerosakan seperti rasuah dan sebagainya.

Lain-lain takut..

1 comments:

LaN KidA said...

Salam Mie,
Sindrom takut komputer ni aku pernah rasa jugak dulu masa kerja kat LKPP Kuantan. Tapi boss aku beritahu, apasal la takut sangat pakai komputer tu, yang drebar LKPP sekolah darjah 6 jer, tapi lanyak Mercedes harga sampai 300-500 ribu, komputer ni baru harga 3 ribu jer... engko lanyak jer komputer tu. Sejak hari tu aku dah tak takut nak pakai komputer.

Mie, Jamuan Makan Malam Pasti Az-Zahra camne? Kutipan ok ker?

Aku sebenarnya selalu jengok blog awok ni..seronok baca.

Post a Comment