IDEA - BOSS PUN TAK TAU
Hari nih aku melayan cadangan PAKYA supaya buat cerita/kolum berkaitan idea. Di Malaysia ramai yang tak mengetahui atau tak mau ambik tau bagaimana 'GOOGLE' berupaya membentuk satu jenama dan syarikat yang paling bernilai dan kreatif di dunia serta 'membelai' pekerja-pekerja mereka.
Pekerja adalah aset yang tidak ternilai kepada sesebuah syarikat. Mungkin mereka berpangkat rendah tetapi jangan dilupakan kemungkinan mereka mempunyai idea yang amat hebat mengalahkan sang eksekutif lagi.
Tapi kat MalaySia ni sori la ... tak di layan. AKu sertakan kat sini gambar-gambar bagaimana GOOGLE membina konsep persekitaran kerja yang santai, kreatif, fun supaya pekerja-pekerja mereka berupaya memberikan idea dalam membangunkan produk yang sentiasa di hadapan terutamanya untuk mengatasi MICROSOFT.
Jadi setiap syarikat@boss mesti memikirkan bagaimanakah cara untuk menjana satu idea yang hebat dari pekerja-pekerja mereka. Mungkin pada mulanya idea tu tak logik tetapi jika digilap@dibaiki tak mustahil hasilnya amat berbaloi. Bukan semua orang mampu memberikan idea kadang-kadang boss sendiri tak tau apapun, teruk daripada kita lagi. Tu yang aku tak boleh keja dengan orang. Pernah satu ketika boss nak cepat siapkan projek perumahan dan cari pekerja takde... aku kata kita bagi kontrak kat budak Pusat Serenti buat keja la senang cerita.. Satu bilik termasuk boss gelak sakan kat aku kah.kah.kah... Tak pe kau....
INGAT IDEA YANG TERBAIK ADALAH IDEA YANG TAK LOGIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Mie,
Kawan rasa blog awak ni kena attack juga la macam Pahang Daily Online beberapa hari lepas sebab payah nak buka masa weekend baru ni kalau pakai IE. Tapi hari ini dah ok dah sama macam PDO pun dah ok.
Cuba guna Mozilla pulak la... aku x suka dgn IE nih...
Post a Comment