Showing posts with label FELDA. Show all posts
Showing posts with label FELDA. Show all posts

Pak AjI FELDA & Mak Aji FelDA


Harga sawit masih bertahan
Harga getah dah turun tapi dah naik kembali
Tiap tahun ramai peneroka mendaftar menunaikan haji

Maka dibuatlah doa selamat
Anak di perantauan segera hubungi
Sedara dikampung dijemput jua
Jubah dan ketayap baru segera ditempah
1 blok bergotong-royong sakan
Tok Imam dan Bilal tak cukup tangan
melayan jemputan doa selamat

Di KLIA menjadi saksi
SAGA, WAJA kereta buatan nasional menghantar bakal PAK HaJi dan Mak Haji
Menangislah sianak cucu
Moga selamat kembali semuanya

Tangan di tadah
Memohon doa di depan Kaabah moga mendapat haji mabrur
menjadi orang yang beriman dan bertaqwa
menjadi manusia sebaik-baiknya
dipohon agar daki-daki dosa di hilangkan
dipohon agar dikuatkan aqidah agar tidak terpesong...

Tetapi bila PRU atau PRK datang lagi
Bila lori !Malaysia tiba membawa pelbagai cenderahati
Tapi Pak Haji dan Mak Haji ini mejadi penyokong tegar dacing
Saluran 1 menjadi bukti pada hari pengundian
Hati dan mata yang menangis di depan Kaabah terus berubah
Mana silapnya???

FELDA Suka BermUsuH


Sabtu lepas ke Kl dengan bas Metrobus untuk buat training kepada pelanggan. Bila dah naik bas terjumpa pulak dengan warga emas yang jugak peneroka kat rancangan aku. Aku bertanya khabar dan menayakan hal anak-anak beliau. Rupanya ada jugak anak dia yang masuk Asrama FELDA (sekarang Semai Bakti). Bila bab nih dia sambung lagi katanya... baru-baru ni ada sorang anak peneroka yang layak untuk masuk Asrama FELDA( Maaf aku lebih suka guna ayat Asrama FELDA dari Semai Bakti) tetapi tak dapat.. sebab apa aku tanya pulak. Dia jawab sebab peneroka tu buat kebun sendiri tak serah kat FELDA... lahhhh tuu sebabnya. Lagipun nak potong bayar bulan-bulan untuk bayaran asrama payah... Apa patut aku cakap hahhhh.. Bxxxh kot....

Kesimpulanya :-
1. Kalu buat kebun sendiri jangan harap nak dapat segala kemudahan yang FELDA sediakan... Minta mahap. FELDA lebih suka 'bermusuh' dengan peneroka dari cuba menjadi 'sahabat' kepada peneroka yang mengerjakan ladang secara persendirian
2. FELDA tidak berminat untuk memberikan kemudahan pendidikan anak anda walaupun anda layak.
3. Walaupun anda ada akaun bank di negara ini tetapi mungkin tak laku kerana segala pembayaran kepada FELDA tidak dapat dibuat kerana menjadi polisi FELDA agaknya arahan potongan bank tak laku .

DUN TENANG - RumAH PENEROKA








Johor - Negeri lahirnya UMNo
Johor - Negeri terkuat UMNo
Johor - Negeri yang banyak ada rancangan FELDA

Malang... rumah penerokanya lebih teruk dari kat rancangan aku.. Kebanyakkanya dihuni oleh generasi ke 2 dan k-3. Mungkin nilah keadaanya suasana rancngan FELDA untuk 20 tahun akan datang ... LANJUT SILA IKUTI DI BLOG GAYA PENEROKA

Ke FelDa MempAGA






TahnIAH


Tahniah kepada bekas MB N9 kerana dilantik menjadi Pengerusi FELDA yang baru. Walaupun apa orang lain kata Dato' memang layak menjawat jawatan ini. Kepada rakyat Pahang terutamanya masyarakat FELDA jangan susah hati, mungkin PM kita rasa tiada sape pun orang dari Pahang yang layak menerajui FELDA nih walaupun bilangan rancangan FELDA terbesar di Semenanjung adalah di Pahang.

Dengan pengalaman lama Dato' Isa sebagai MB N9 boleh 'memakmurkan' lagi FELDA terutamanya dari segi kewangan. Kepada sahabat-sabahat politik Dato' Isa mungkin boleh mengadakan sedikit kenduri kecil dan doa selamat atas perlantikan Dato' Isa. Tahniah sekali lagi Dato' .

ANAK


Bapak bukti Anak berjaya
Nazri Abdullah - DARI HARAKAHDAILY.NET

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Penubuhan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) yang diumumkan kerajaan semalam membuktikan usaha Anak selama ini berjaya.

Anak atau nama penuhnya Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, ditubuhkan bagi membuka mata kerajaan tentang permasalahan peneroka Felda, kata pengerusinya, Mazlan Aliman.

"Penubuhan biro ini saya anggap satu pengiktirafan kepada Anak yang kita tubuhkan.

"Hasrat penubuhan Anak adalah bagi merangsang kesedaran semua pihak terhadap masalah peneroka dan kita telah berjaya buka mata mereka," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Biarpun mengalu-alukan penubuhan biro itu, Mazlan berkata ianya tetap terkebelakang kerana sepatutnya ia ditubuhkan sejak awal penubuhan Felda lagi.

Beliau juga mendakwa penubuhan tersebut tidak lebih dari 'gimik politik' Umno menutup kelemahan Felda menjelang PRU 13 yang dijangka tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya, Anak sedia bekerjasama dengan Bapak untuk menyelesaikan kes tertunggak peneroka yang ada.

"Tak ada masalah Anak nak tolong Bapak, tapi kalau Bapak tak boleh harap, biarlah Anak yang buat," katanya sinis.

Untuk permulaan katanya, Anak akan menyerahkan 20 kes yang ada pada mereka kepada Bapak.

"Kita nak tengok Bapak boleh tak selesaikan 20 kes pertama ini dalam masa seminggu seperti yang dijanji Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

"Kita cabar mereka tunjukkan keikhlasan dan komitmen untuk bantu masalah peneroka di 317 tanah rancangan," katanya.

Anak sebelum ini dikenali sebagai NGO yang membela nasib peneroka yang dinafikan hak oleh Felda.

Ianya termasuk isu wang tanam semula yang dimenangi peneroka di Pahang dan Kelantan.

Mazlan juga mendakwa nama Bapak yang diumumkan itu seolah-olah menciplak nama NGO yang telah ditubuhkannya sebelum ini untuk menangani masalah peneroka Felcra.

NGO Bapak sepatutnya akan dilancar pada 26 Disember ini bertempat di Ipoh, Perak.

ANAK VS BAPAK

Kini BAPAK dah ditubuhkan
Sebelum ini anak bermaharajalela
minta itu minta ini...
rupanya siBAPAK ASIK mendiamkan diri
kini barulah keluar wajah si BAPAK
yang dterajui orang kuat air Malaysia

BERITA SINI

TaK SengAJA

Terjumpa gambar nih... Kebun pisang hasil nak-anak peneroka FELDA Bukit Ramun dimusnahkan....Tak caya boleh tanya kekawan di Bukit Ramun. Atau boleh tanya sedara Mazlan Aliman sendiri (Presiden ANAK) kalu nak tau lebih lanjut lagi. Aku ada rakan sebilik dulu di Asrama FELDA tapi dah arwah dah.. Allahyarham Norhalim Salleh x MBS KL


Najib nak JumpA PENEROKA

Berita BERNAMA Baca sini.

NAJIB akan berjumpa dengan 50,000 peneroka kat PUTRAJAYA 12 Disember nih. Boleh pegi dengar apa NAJIB nak cakap. Mungkin ada durian runtuh ke???. Jugak dijemput genenerasi ke-2 untuk berpesta disana. Anjuran JPM dan MBFM.

Sekarang nih dah dengar sok sek sok sek... bila mak ayah dah meninggal tanah 10 ekar berebut adik-beradik. Ada yang bestnye lagi, ayah kawin mak baru, last-last tanah dapat kat anak mak baru. Anak yang sama-sama dibawa masuk ke rancangan, membesar dirancangan tak dapat apa-apa kerana tanah dah terlepas ke adik tiri yang licik menggodam tanah bapa tiri dengan bantuan Akta GSA yang menghalang pewarisan tanah secara FARAID

Kaji Selidik FELDA



Hari ni sambil gi ke blog GAYAPENEROKA... terjumpa pulak rupanya sekarang JPM sedang mengadakan banci di rancangan terpilih berkaitan "Kajian Kepuasaan Warga Peneroka FELDA Selepas 50 Tahun".

Antara catatan di blog tersebut
Kepada yang berkenaan,
AKADEMI AIDIT SDN. BHD. (AASB), telah dilantik oleh Unit Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri (UKSF, JPM) untuk menjalankan satu projek penyelidikan:

Fasa Pertama (Feb 2010 - Mei 2010)
Warga Peneroka yang tinggal di dalam tanah rancangan FELDA. (Warga Peneroka bermaksud Peneroka, Anak, Menantu dan Cucu). Sebanyak 63 Tanah Rancangan yang terlibat.

Fasa Kedua
Warga Peneroka - Anak, menantu dan cucu peneroka yang berusia 15 tahun ke atas - yang tinggal di luar tanah rancangan FELDA.

a. BLOG tersebut
b. Syarikat yang dapat projek
b. Ada apa-apa ke????


SELAMAT HARI PENEROKA

Rumah asal peneroka... Kes sebegini tidak sepatutnya ada lagi rancangan FELDA


Selamat menaymbut HARI PENEROKA kepada semua peneroka FELDA di seluruh negara.

Teringat mas kecik-kecik dulu akan adalah macam-macam program seperti sukaneka, pertandingan memasuk unyuk penerokawati, rumah terbaik & terbersih dan yang paling 'hebat' pertandingan judi seperti meneka biji betik dan meneka bilangan mancis.... Sebelah malam pulak ada acara hburan yang didatangkan khas dari KL. Masa tu pakai genarator je... pakat berkumpul le semua peneroka, penerokawati & sambil membawa anak-anak membelah kegelapan malam dengan suluhan lampu picit saje. Tu cerita lebih 30 tahun dulu,

Diharap dengan usia FELDA yang dah melebihi 50 tahun akan ada perubahan terutama dari segi pengurusan kewangan yang lebih telus dan program agama dibanyakkan (sekarang ustaz/Ustazah dah tak de dirancangan).. Persepsi rancangan FEDLA dengan gejala sosial yang parah. Kini terlampau ramai para golongan yang menjadi DOKTOR disemua pelusuk rancangan

FELDA sanggup membelanjakan ratusan juta untuk membiayai MRSM FELDA & Asrama FELDA, apalah kiranya juga membangunkan MAAHAD TAHFIZ untuk anak-anak peneroka dan seangkatannya dengannya.

Juga pengisian anak-anak peneroka dalam sektor pengurusan atasan hendaklah dilakukan oleh FELDA....

Jangan EkSyEn

Felda akan saman Suara Keadilan

25/06/2010 3:56pm

KUALA LUMPUR 25 Jun - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap organisasi itu minggu lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, saman itu akan difailkan dalam masa terdekat melalui barisan peguam yang dilantik dan akan menamakan beberapa tokoh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan editorial akhbar itU

TENGOK PULAK SIME DARBY
SEMUANYA TAK MUSTAHIL



Lantik anak PenerOKA


Memang anak peneroka dah ada PHD
Tapi nak kerja dengan FELDA jangan haraplah
Kau minta boleh....
terutama upper level
tu belum cerita bab biz dengan FELDA
Nak lantik anak peneroka jadi Pengarah@CEO
Dalam anak syarikat FELDA HOLDING pun tak sanggup

Memang FELDA sediakan tempat pendidikan yang canggih manggih
tapi nak kerja balik dengan dia .... sorry
Kalu keja sebagao buruh kasar@ kelas bawahan orait.
Macam posting aku kar SINI

Ke RancaNgAN


Petang Sabtu balik FELDA
cerita apa kat FELDA?
Apa lagi.. baba FELDA nak BANGKERAP la..

Jumaat malam Sabtu PR dan masuk kempen...
macam-macam cerita
ada yang percaya ada yang tidak..
Mana boleh FELDA bangkrap... peneroka kata
sebab apa???
tahun ni KPF bagi dividen 14% (2009)lagi....
tu banyak duit la ....
kalu tidak tak la dapat dividen banyak tu..

Emmmm
Payahnya nak faham....

Lagi Nak TAU - FELDA


THE STAR (STAR BUSINESS) 25 MARCH 2009

FELDA TO START OIL PALM JV IN BRAZIL

KUALA LUMPUR: Felda Group, via a joint venture with Brazilian parties, will soon cultivate about 30,000ha of oil palm in Manaus and Tefe near the Amazon River in Brazil.

Brazil's Ambassador to Malaysia, Sergio Arruda, said the joint venture would start with 30,000ha whereby some 3,000ha to 5,000ha of oil palm will be cultivated in a year.

"We hope to emulate the successful smallholders' scheme by Felda in Malaysia for the designated oil palm planting area in Brazil," he told reporters after the opening of the first Asian Biofuel Roundtable 2009.

Arruda said Felda and its Brazilian partners would also be setting up a bi-national oil palm plantation and production plant, which would lead to downstream activities including a state-of-the-art biodiesel facility.

Meanwhile, Neste Oil Corp senior vice-president on sustainability Simo Honkanen said crude palm oil (CPO) suppliers to the European Union should focus on getting their products certified for sustainability due to the strict requirements by the European Commission.

He said CPO comprised about 80% to 90% of its NExBTL diesel - touted to be the world's cleanest diesel - produced at Neste's 170,000-tonne a year biofuel plant in Provoo. Mineral oils and animal fats made up the balance components.

Honkanen said: "Due to the EC requirements, Neste will need to source its palm oil from certified producers. So far, we are satisfied with the quality palm oil from Malaysia."

Neste will set up another 170,000-tonne biofuel plant in Provoo as well as an 800,000-tonne biofuel plant each in Rotterdam and Singapore.

BACA SINI

Ni pulak cerita melabur di Brazil..

lebih baik antar FELDA United FC berlatih SAMBA

atu beli saja KAKA jadi jurulatih FELDA UNITED

Mana tau 10 tahun lagi Malaysia boleh main di World Cup 2018


Nak TAU


Sana-sini cerita FELDA
Kenapa menteri tu marah-marah
takpatutu lah buart FELDA macam tu
Peneroka dah senang-lenang pasal pulak marah kat FELDA
Ni semua cerita tipu dan fitnah
Kenapa dia orang marah FELDA?

nilah cerita kat bank sambil beratur kat ATM
cerita kat warung sambil pekena teh tarik
cerita kat pejabat sambil baca Sinar Harian
cerita dalam teksi sambil borak-borak dengan penumpang menuju ke Jengka
cerita kat minimarket sambil beratur nak bayar di kaunter
cerita kat klinik sambil menunggu dipanggil jururawat
cerita kat kedai mamak sambil tengok world cup 21010
cerita kat surau sambil menunggu tok imam sampai

SEMUA NAK TAU
SEMUA RAKYAT BUKAN FELDA NAK TAU
HANYA PENEROKA FELDA SAJE BUAT-BUAT TAK TAU
KENAPA JADI MACAM NIH...
TOLONGLAH KABIN NET APA CERITA SEBENARNYA...

LAIN DIJAWAB...


WALAUPUN kedudukan tunai Felda merosot RM2.73 bilion bagi tempoh lima tahun bermula 2004, tetapi kedudukan aset semasanya meningkat sebanyak RM6.2 bilion dalam tempoh sama.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata pada 2004 nilai aset Felda adalah RM9.17 bilion dan meningkat kepada RM15.37 bilion pada 2009.


Katanya, kemerosotan kedudukan tunai Felda disebabkan perbelanjaan sebanyak RM2.41 bilion yang diperuntukkan untuk pelbagai pembangunan sosial peneroka dan generasi Felda. “Felda juga membelanjakan RM2 bilion untuk program tanam semula dan bayaran pendahuluan hasil membabitkan RM17,000 bagi setiap keluasan empat hektar.

“Dengan hanya RM9,600 dikutip daripada peneroka iaitu RM4 bagi setiap 0.4 hektar sebulan selama 20 tahun, selain ada yang gagal melunaskan pembayaran, Felda terpaksa menanggung kos tambahan.


“Duit yang dikutip tidak cukup kerana Felda bukan sekadar menanggung kos tanam semula, tetapi juga membiayai kos sara hidup RM1,000 hingga RM1,500 sebulan selama purata
lima tahun,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Ahmad berkata demikian mengulas laporan muka depan sebuah akhbar milik pembangkang yang melaporkan rizab tunai Felda jatuh merudum.
Felda juga membelanjakan sejumlah RM622 juta untuk projek Menara Felda yang sedang dibina
Kuala Lumpur. BACA SINI


DUIT HASIL POKOK GETAH YANG DITEBANG MACAM MANA PULAK ??? LAGI JAWAB LAGI BANYAK MAKLUMAT PELIK.... ATAU SAUDARA KITA NI DIBERIKAN MAKLUMAT YANG SALAH OLEH PEMBANTU-PEMBANTUNYA YANG MUNGKIN MEMPUNYAI MUSLIHAT TERTENTU... GAMAKNYA

LAPORAN POLIS DUIT FELDA MENYUSUT 2 BILLION - TEMERLOH

IPD Temerloh dari luar

Di hadapan IPD Temerloh

Akibat susulan CERITA NI,,, pagi tadi jam 10 pagi satu laporan polis telah dibuat terhadap PM di IPD Temerloh jam 10 pagi tadi. Diketuai oleh Pengerusi ANAK Saudara Mazlan Aliman. Kebanyakan yang hadir adalah peneroka dan generasi ke-2 FELDA...

Ahmad Maslan kata duit 2B untuk duit tanam semula.... tapi potongan duit tanam semula ni memang telah dibuat sejak lama dulu lagi oleh FELDA & penyusutan ni hanya dari tahun 2004 ??? Tahun sebelumnya macam mana???

dI AFKL

Lokasi : Asrama FELDA Kuala Lumpur
Tarikh : Jumaaat - Sabtu (28-29/Mei 10)
PROGRAM : Majlis REUNION AFKL84 'Kembali bertaut'

Rahman - SJI FELDA Lenga ... akan berangkat ke JEDDAH minggu depan jadi Engineer LRT
Berbakat menjadi pengacara majlis@Dejay

Semua gumbira berjumpa kawan2 lama Kiri depan Yusri ( Senior IT Manager KPJ & depannya Cikgu Shukri)

Kaum muslimat ... kebanyakkannya cigu


Bergambar ramai2

Bersama keluarga masing-masing

Ni juara kelas heavyweight -



Water cooler...


Bilik basuh baju

Dorm yang dah dipecah 2

SIMEX 2010 - FELDA Wialayh Mempaga

Diadakan di Temerloh. Objektifnya mungkin memperkenalkan SME kecil-kecilan dari tanah rancangan. Kalu setakat nak berniaga dirancangan minta mahap la marketnya dah kecik jadi peneroka@generasi ke-2 perlu keluar dari rancangan . Maklumat lanjut pasal SIMEX kat SINI Akupun tak berapa jelas objektif merka ataupun adakah ini sebahagian dari tugas-tugas APCO untuk menjenamakan semula FELDA dimata masayarakat luar bahawa peneroka-peneroka kat rancangan tak diabaikan... entahlah.


Sebahagian gerai-gerai

Jenis makanan kering... banyaklah yang menjualnya

Gerai yang paling mendapat sambutan hangat dan hanya dikhaskan kepada warga FELDA sahaja... pertandingan karaoke... Dua orang dok atas tu dejay


Pak cik ni dah berumur 61 tahun dari Wilayah Mempaga... Masih berminat menyanyi. Malulah kat anak cucu.. Tulah warga peneroka masih bernostalgia dengan Jefridin, Pop Yeh-Yeh... kalu politik pulak Perikatan dan tak abis-abis cerita zaman Jepun dia.. Nasib baik ada Tunku, merdekalah kita....


Warga juri... aku tak ingat sorang tu dah berumur 59 tahun kakitangan FELDA Wilayah Temerlih dok tengah@kanan

Sebahagian peserta karaoke & penonton

Jentera FELDA