FELDA Suka BermUsuH


Sabtu lepas ke Kl dengan bas Metrobus untuk buat training kepada pelanggan. Bila dah naik bas terjumpa pulak dengan warga emas yang jugak peneroka kat rancangan aku. Aku bertanya khabar dan menayakan hal anak-anak beliau. Rupanya ada jugak anak dia yang masuk Asrama FELDA (sekarang Semai Bakti). Bila bab nih dia sambung lagi katanya... baru-baru ni ada sorang anak peneroka yang layak untuk masuk Asrama FELDA( Maaf aku lebih suka guna ayat Asrama FELDA dari Semai Bakti) tetapi tak dapat.. sebab apa aku tanya pulak. Dia jawab sebab peneroka tu buat kebun sendiri tak serah kat FELDA... lahhhh tuu sebabnya. Lagipun nak potong bayar bulan-bulan untuk bayaran asrama payah... Apa patut aku cakap hahhhh.. Bxxxh kot....

Kesimpulanya :-
1. Kalu buat kebun sendiri jangan harap nak dapat segala kemudahan yang FELDA sediakan... Minta mahap. FELDA lebih suka 'bermusuh' dengan peneroka dari cuba menjadi 'sahabat' kepada peneroka yang mengerjakan ladang secara persendirian
2. FELDA tidak berminat untuk memberikan kemudahan pendidikan anak anda walaupun anda layak.
3. Walaupun anda ada akaun bank di negara ini tetapi mungkin tak laku kerana segala pembayaran kepada FELDA tidak dapat dibuat kerana menjadi polisi FELDA agaknya arahan potongan bank tak laku .

0 comments:

Post a Comment