Showing posts with label PERIBADI. Show all posts
Showing posts with label PERIBADI. Show all posts

CuACA & KakI


1. Minggu ni panas di Temerloh.. apatah lagi malam tadi
2. Minggu lepas di KL, tiap petang hujan sehingga ke Karak
3. Ada yang batuk , demam & selsema ...

Minggu lepas ada Ustaz bercerita, selalunya kalu nak tengok ramai orang yang sakit kaki pergilah ke masjid. Ada gout, sakit betis, sakit urat, kebas dan macam-macam. Beribu setan bergayut dikaki sebab tu sakit. Sambung ustaz tu lagi...

BungKAM & PiLU


Lama tak menulis.. Macam-macam peristiwa berlaku dan terjadi... PRK & Gempabumi & Tsunami di Jepun...

Termasuk jugak aku tak terkecuali...
Petang Ahad 20 Mac sepeti biasa menghantar AMMAR kembali ke asrama
tangan dihulur bersalam dicium olehnya
Diraut mukanya ada senyuman
Tapi dihatinya... akupun tak tahu
Tapi dalam hati aku penuh kesayuan

Hampir 12 bulan berlalu
Di usia 15 tahun
Lenggok dan gaya jalannya tidak seperti dulu
Dia sukar berlari
Dia sukar mengejar bola dari rakan-rakannya
Dan kini hanya sekadar pemerhati di tepian padang
Permainan yang dia gemari semasa kecil sehingga kini
Sekilas pandang seperti ...

Imun tubuhnya menyerang empunya diri
Sendi lutut menjadi sasaran

Tiap panggilan
menjadi semakin ditakuti
Ayah!... Ammar sakit kaki pulak .... Ayah dimana???
Itu bicaranya
Kini...
Steroid terpaksa ditelan
Entah sampai bila...

Ya Tuhanku
Berikan aku kesabaran dengan ujian ini...
Sabar yang mudah diucap, tapi sukar dihadap
Aku amat lemah... terkadang airmata mengalir jua
Tolong aku Ya ALLAH....

Moga
Tiap bacaan dan sebutan kalimah suci
Dari bibir mulutmu
menjadi senjata sabarmu anakku...
menjadi penawar
Moga dugaan ini
Cubaan ini..
Membawamu ke Jannatul Firdaus
Juga membantu ayah, ibu... kita sekeluarga
Yang kita idamkan...


Pesanan To Budak VI

PESANAN KEPADA SEMUA X-VICTORIAN



TemERlOH - Yang PopulAR



PatiN 3 rasa


Malam tadi dijemput ada solat hajat... dijamu Patin 3 rasa.. Okey gak...

Curi MasA SibUk

Lama tak menulis... Sibuk dengan minggu persekolahan pertama awal tahun....

1. Pelajar PASTI meningkat lagi tahun ni. Banyak masa dihabiskan berbual dengan penjaga untuk 'memasarkan' kelebihan PASTI
2. Minggu lepas berkejar ke Kelantan .. anak sedara meninggal
3. Berkejar ke KL tiap minggu untuk ONLINE Sistem SMS pelanggan
3. Covert dan migrate data SQL ke ACCESS pulak untuk dicuba dengan Sistem SMS
4. Tu pun pelanggan kata aku nih lembab bila bab bisnes!!... betul ke???

Budak Pun TahU


Semalam hari pertama persekolahan. Anak aku yang bongsu kini dah di tahun 2. Tahun lepas aku bagi wang saku hanya RM1 sebab dah bawa air dan makanan dari rumah. Tahun ni pun sama bagi singgit gak. Apa dia jawab... AYAH! kuih-kuih dah nak harga tak macam tahun lepas la, mana cukup bagi singgit je.... Gelak aku dibuatnya. Budakpun tahu barang-barang naik harga....

Nak SekOlAH



Musim perabis bajet hujung tahun
Semua kena beli
Yang lama dah tak muat
Kata anak aku yang kecil...
Ni belum kira bayar yuran lagi...

ItulAH Ibu

Petang semalam balik ke rancangan
melihat ibu yang demam
Terbaring... pening kepala katanya
tuala kecil menyapu dihidung akibat selsema
aku meyapa sambil memegang dahi dan kepalanya
Isi tak seberapa diamah usia
membanting tulang drai usia muda
tak berapa panas dah... kata hatiku
melihat rambutnya yang penuh berwarna putih
seputih hatinya mendoakankan anak-anak
Selepas menunailan solat Asar
dia kembali bersimpuh, berbual dan bercerita
mungkin kekuatan diri menjelma melawan demam
melihat anak cucu di depan mata
itulah ibu..

Masjid Kg Mengkarak




Sempat solat Jumaat di Masjd Kg Mengkarak menghala ke Triang ... cerita Jumaat lepas... Tok bilal umum nak gotong-royong tanam pokok sawit kat tanah kosong... Bagus jugak...Sawit nak RM700/tan woohhhh... Semua dijemput hadir.... termasuk anak muda...

NILAI 3

Nak ke MAHA... sangkut kat tol Serdang

DiNILAI

Karpet jugak


Cari jalan nak ke KL

Menghampiti TOL Nilai

Belakang Masjid Jalan DUTA... dulu hutan je tempat buang sampah


Petang Ahad sempat gak ke Nilai 3.. Berhampiran dengan Nilai Imian hotel aak aku. Deme kata murah dan bayak pilihan... Memang banyak cuma hrga aku tak tanya sebab bukannya datang nak membeli cuma nak melihat tempatnya sahaja.. Cuma bekas kawasan perindustrian yang kurang memberansangkan lalu ditukar menjadai kedai menjaual alatan perkahwinan, kain-kain, karpet dan macam-macam lagi... Bramainya to syeikh jual karpet dibantu mat Bangla...


Dari SabTu - Di KL


Sejak petang semalam aku dan keluarga berada di KL. Petang nih ke nIlai hantar anak ke USIM untuk semester 2 Asasi Nilai N9... Dengan bajet yang tight... kiri kanan kena keluar bajet....

UbAN

Ehhh... Rambut ayah dah ada uban la!!!.Komen anak aku yang kecik sekali. Nak buat macammana dah sampai tima dia nak tukar color terima jelah. Awal 40an dan ada san siit, sini sikit tu tak sampai 50 lagi.Mungkin semua dah jadi putih kot nanti... Dulu-dulu aku rasa bila umur mencapai 60 atau penghujung 50 baru le ada uban... Sekarang ni tak dah 40an pun dah naik uban. Tu tandanya .. faham-faham jelah...

Tapi sekarang nih budak-budak umur 20an pun minat dah nak beruban nih... Yelah gi kedai color rambut lagi...

Bersunat @ BERkhATAN

Aku masuk rancangan tahun 74
Semua pelajar dari darjah 1 - 6 ada 32 orang je
Kelas aku ada 6 pelajar je termsuk budak pompuan

Masuk darjah 6 dengar cerita kami akan disunatkan
aku dan 2 lagi rakan sekelas.
Cuti sekolah bulan Disember jadi pilihan
Ambik mudim kampung
Diimpot dari Lubuk Kawah dekat Temerloh
Seingat aku

Kenduri sakan di blok kami
meriah jugak sambutannya
dari pagi sampai tengahari
kerana kami bertiga akan 'diganyang'
juga julung kali diadakan

Awal-awal pagi kami dimandikan
Sejuk menggeletar rasanya
Dipaksa pulak telan PANADOL
Berwarna putih, besar dan bulat
Ubat tahan sakit katanya

Aku No 2...
Yang pertama dah meraung sakan....
Dibalun dek tok mudim yang berjanggut putih
tanpa rasa belas kesian
Kini dia dah menjadi askar
lambang lelaki berani


Kini aku pulak diheret ke 'singgahsana'
Batang pisang yang sejuk
Disuruh mencangkung
lutut dbengkokkan
tengok tok mudim berusia lewat
bersongkok hitam setaraf jawatan
Ada beg James Bond dipegang erat
mungkin pisau tersorok disitu

Masa kian hampir dekat
Tangan, bahu dan lutut dipegang orang
Mata dipejam mencongak ke atas
takut terperi teringat macam-macam
tak sakit... tak sakit... kata hatiku
Aduhhhhhhh..... menjerit jugak akhirnya
Ubat tahan sakit tak menjadi... cisss..
semuanya bergelak dan tersenyum
bila selesai
kena dipapah ke tempat beradu
sakit tak??? tanya Pak Cik dan Makcik...
malas menjawab menahan sakit

Sakit, pedih tak terperi
sampai 3-4 hari
'disembelih' hidup-hidup
walaupun tadi disembur sireh dan kapur
dari mulut Tok Mudim

Keluar jugak si air mata
tapi aku rasa dewasa

Maka tergantung kain dipuncak atap rumah
Ada budak pompuan pulak datang melihat
di tepi tingkap sambil tersenyum
melawat dan berziarah katanya
banyak pulak soalannya
malu kepalang dipandang orang
nasih baik jadi hak orang lain
Kalu tidak ???

Coretan bersunat dulu-dulu... Kisah benar

Ni batang pisang tempat operasi
'Sipenyembelih'

BiKIn SPeK



Aku pakai cermin mata semenjak Form 2
Zaman awal 80an Kedai Son Cheong Mentakab jadi pilhan
Sekarang pulak dah berkeluarga
2 orang anak aku pun pakai spek
masih lagi berurusan dengan kedai yang sama
Mudah berurusan
Aku cuba cari kedai orang KITA
tapi duduk kat 5 minit tak ditegur sapanya
walaupun ada cawangan sana-sini.
Tapi tak pe bermuamalat dengan bukan MUSLIM ...

DiBenARkAN

Mula-mula tak nak parking sebab ada paip BOMBA...
Tapi kena parking lot ni siap ada petak seperti yang lain dan no lot parking lagi
Last-last parking gak
sebab Temerloh nih parking payaj terutama area bus stand..
Mungkin keuntungan lebih dari keselamatan kot...
Hari nih terpaksa tak ambl peduli plak

BatErI

Bateri kereta biasanya tahan dalam 2 tahun je, tapi kalu yang biasa guna jenis air.. kalau tak kena jaga terutamanya air bateri yang sentiasa perlu dibelek dan ditambah, mungkin tempoh hayatnya lebih pendek. Maka lebih baik pakai yang bateri kering tak perlu check hari-hari...

Sebabnya bulan lepas bateri kereta aku sendiri dah kong... kering-kontang... Terpaksa tukar yang kering walaupun harganya lebih sikit

Ke GanU

R & R kat Gambang

Stesyen ShELL KOOP FELDA Bukit Kuantan (kalu tak silap)
Mana-mana kat rancangan tak berubah.... walau dah berbniaga 20 tahun lebih

Pekena rojak ayam... desain/corak pinggan ni dah lama tak jumpa... barang antik

Foto ke KT



KendurI di PonDoK

Sebahagian pondok-pondok penghuni

Minggu lepas mendapat jemputanke kenduri Kahwin sahabat di Pondok Nurul Hidayah Lancang Pahang (kalu tak silap). Berkedudukan ditepi jalan besar Lancang-Mentakab iaitu hanya 2 km dari bandar Lancang.

Pernah masuk dalam slot Jom Berbuka di TV3. Dibelakangnya bukit dan dikelilingi pokok-pokok getang orang kampung. Kebanyakan penghuninya adalah golongan emas dan remaja yang belajar 'kitab kuning' kat sini
Ada kolam ikan lagi

Tunggu waktu solat, masjid tiada dinding


Tempat wudhu'

Tempat makan diasingkan



Sahabat... berdiri gagah

Jalan masuk

NostALgiA

Bas mini dulu-dulu


Lagu ni aku tau masa baru-baru pindah K Lsekitar tahun awal 80an kerana belajar di sana. Semasa tu tinggal kat Asrama Felda AU 2A. Kalu tak silap dengar lagu nih semasa naik bas SJ(Seri Jaya) no 237. Bas ni dah tak beroperasi sekarang. Sedih gak sebab teringatkan orangtua dirancangan, kita tak tau apa-apa... Umur 14 tahun dah merantau ke KL. Tu cerita dulu...

Jugak masa tu cerita bas mini memang gila-gila.. Biasanya kami akan naik bas No 20 dari Chow Kit ke Keramat.