Aku masuk rancangan tahun 74
Semua pelajar dari darjah 1 - 6 ada 32 orang je
Kelas aku ada 6 pelajar je termsuk budak pompuan
Masuk darjah 6 dengar cerita kami akan disunatkan
aku dan 2 lagi rakan sekelas.
Cuti sekolah bulan Disember jadi pilihan
Ambik mudim kampung
Diimpot dari Lubuk Kawah dekat Temerloh
Seingat aku
Kenduri sakan di blok kami
meriah jugak sambutannya
dari pagi sampai tengahari
kerana kami bertiga akan 'diganyang'
juga julung kali diadakan
Awal-awal pagi kami dimandikan
Sejuk menggeletar rasanya
Dipaksa pulak telan PANADOL
Berwarna putih, besar dan bulat
Ubat tahan sakit katanya
Aku No 2...
Yang pertama dah meraung sakan....
Dibalun dek tok mudim yang berjanggut putih
tanpa rasa belas kesian
Kini dia dah menjadi askar
lambang lelaki berani
Kini aku pulak diheret ke 'singgahsana'
Batang pisang yang sejuk
Disuruh mencangkung
lutut dbengkokkan
tengok tok mudim berusia lewat
bersongkok hitam setaraf jawatan
Ada beg James Bond dipegang erat
mungkin pisau tersorok disitu
Masa kian hampir dekat
Tangan, bahu dan lutut dipegang orang
Mata dipejam mencongak ke atas
takut terperi teringat macam-macam
tak sakit... tak sakit... kata hatiku
Aduhhhhhhh..... menjerit jugak akhirnya
Ubat tahan sakit tak menjadi... cisss..
semuanya bergelak dan tersenyum
bila selesai
kena dipapah ke tempat beradu
sakit tak??? tanya Pak Cik dan Makcik...
malas menjawab menahan sakit
Sakit, pedih tak terperi
sampai 3-4 hari
'disembelih' hidup-hidup
walaupun tadi disembur sireh dan kapur
dari mulut Tok Mudim
Keluar jugak si air mata
tapi aku rasa dewasa
Maka tergantung kain dipuncak atap rumah
Ada budak pompuan pulak datang melihat
di tepi tingkap sambil tersenyum
melawat dan berziarah katanya
banyak pulak soalannya
malu kepalang dipandang orang
nasih baik jadi hak orang lain
Kalu tidak ???
Coretan bersunat dulu-dulu... Kisah benar
Ni batang pisang tempat operasi
'Sipenyembelih'
0 comments:
Post a Comment