WALAUPUN kedudukan tunai Felda merosot RM2.73 bilion bagi tempoh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata pada 2004 nilai aset Felda adalah RM9.17 bilion dan meningkat kepada RM15.37 bilion pada 2009.
Katanya, kemerosotan kedudukan tunai Felda disebabkan perbelanjaan sebanyak RM2.41 bilion yang diperuntukkan untuk pelbagai pembangunan sosial peneroka dan generasi Felda. “Felda juga membelanjakan RM2 bilion untuk program tanam semula dan bayaran pendahuluan hasil membabitkan RM17,000 bagi setiap keluasan empat hektar.
“Dengan hanya RM9,600 dikutip daripada peneroka iaitu RM4 bagi setiap 0.4 hektar sebulan selama 20 tahun, selain ada yang gagal melunaskan pembayaran, Felda terpaksa menanggung kos tambahan.
“Duit yang dikutip tidak cukup kerana Felda bukan sekadar menanggung kos tanam semula, tetapi juga membiayai kos sara hidup RM1,000 hingga RM1,500 sebulan selama purata
Ahmad berkata demikian mengulas laporan muka depan sebuah akhbar milik pembangkang yang melaporkan rizab tunai Felda jatuh merudum. Felda juga membelanjakan sejumlah RM622 juta untuk projek Menara Felda yang sedang dibina
3 comments:
Ahmad Maslan suka cerita dia kecik2 dulu susah sangat, tapi sekarang bila masuk politik, biasalah......sudah tukar ka?
Felda didakwa telah membazir dan melakukan penyelewangan.
Felda sepatutnya menjawab segala kemusyukilan dan tohmahan yang telah ditimbulkan.
Berilah fakta dan bukti. Peneroka sekarang bukan macam dulu....
Berani kerana benar.
Cuma sedih sangat takde statment lagi dari wakil PENEROKA berkaitan perkara ni...
Post a Comment