PerGi

Pagi semalam pukul 10 lebih dapat call dari mak aku... DIN sebelah kedai jatuh dalam bilik air dan terus tak sedar dan telah dibawa ke HOSHAS wad kecemasan. Aku terkejut jugak sebab pukul 830pagi tadi aku ada bercakap dengan dia melalui telepon... Sebelah petang aku & wife bergeas ke HOSHAS wad kecemasan...

530 petang sampai sana, dia masih tak sedarkan diri akbiat serangan darah tinggi..Cadangan HOSHAS nak dibawa ke KL tapi sampai pukul 730 tak dibawa lagi kerana kata mereka menunggu keadan stabil.. Tapi melihat keadaan dirinya dengan denyutan jantung yang semakin menurun ...730 aku balik dulu... hanya tinggal doa untuk sahabat kat rancangan yang masih berkawan hingga ke hari ini walapun kami berlainan haluan 'ideologi politik'... 945 malam ada panggilan masuk... DIN dah takde ... AL-FATIHAH untuk sahabat.... (Umur baru pertengahan 40an)

0 comments:

Post a Comment