Pak AjI FELDA & Mak Aji FelDA


Harga sawit masih bertahan
Harga getah dah turun tapi dah naik kembali
Tiap tahun ramai peneroka mendaftar menunaikan haji

Maka dibuatlah doa selamat
Anak di perantauan segera hubungi
Sedara dikampung dijemput jua
Jubah dan ketayap baru segera ditempah
1 blok bergotong-royong sakan
Tok Imam dan Bilal tak cukup tangan
melayan jemputan doa selamat

Di KLIA menjadi saksi
SAGA, WAJA kereta buatan nasional menghantar bakal PAK HaJi dan Mak Haji
Menangislah sianak cucu
Moga selamat kembali semuanya

Tangan di tadah
Memohon doa di depan Kaabah moga mendapat haji mabrur
menjadi orang yang beriman dan bertaqwa
menjadi manusia sebaik-baiknya
dipohon agar daki-daki dosa di hilangkan
dipohon agar dikuatkan aqidah agar tidak terpesong...

Tetapi bila PRU atau PRK datang lagi
Bila lori !Malaysia tiba membawa pelbagai cenderahati
Tapi Pak Haji dan Mak Haji ini mejadi penyokong tegar dacing
Saluran 1 menjadi bukti pada hari pengundian
Hati dan mata yang menangis di depan Kaabah terus berubah
Mana silapnya???

0 comments:

Post a Comment