UMNno/Bn Mustahil menyerah KaLAH - DS NIZAR

Dengan keputusan mahkamah yang mengesahkan DS NIZAR sebagai MB Perak akan terus mengeruhkan lagi politik dalaman UMNO. Pada firasat aku mustahil UMNO akan mneyerah kalah begitu sahaja. Bagi mereka apalah sangat keputusan mahkamah tu... Mereka mempunyai pelbagai tipu daya muslihat untuk 'mengerjakan' balik PR. Mereka telah menggenggam kuasa begitu lama melebihi dari 50 tahun.. memerintah dan 'mengganyang' rakyat dan sebagainya.

Setiap manusia inginkan kuasa, pabila diberi kuasa dan sudah berasa amat berkuasa sehingga sanggup pulak mengaku menjadi tuhan. Lihatlah apa yang terjadi kepada Firaun... Ditemani penasihat semacam Karun dan Haman.. Kalu berpangkat tinggi lagi tinggi 'timingnya'... tidak terkecuali JKKK kampung.. 'Rasa semacam' bila dah dapat sedikit kuasa...

Begitu juga Abu Lahab, Abu Sufian dan ramai lagi ... mereka ini adalah orang yang mempunyai kuasa di Mekah. Mentadbir mengikut sesuka hati dan mengaut harta kekayaan negara, menindas rakyat tetapi dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW , mereka merasa tergugat, terancam, terkedu dengan 'program-program' yang menarik yang ditawarkan Nabi. Melepaskan mereka yang telah lama dibelenggu kejahilan, kedaifan, kebebasan sebagai manusia dan akhir sekali mengenal Allah. Timbul difikiran mereka pada satu hari nanti mungkin akan kehilangan kuasa. Maka bermacam-macamlah idea dan perlaksanaan kerja-kerja jahat untuk menghasut penduduk kota Mekah membenci Nabi SAW. Sehinggakan tindakan terakhir yang ingin dilakukan oleh golongan ini adalah membunuh Nabi saw...

Kuasa menyebabkan meraka khayal dan tidak sanggup pulak kehilangannya.. kerana bagi mereka kuasa adalah segala-galanya kerana tidak mengenal ALLAH Yang Maha Berkuasa . Dengan kuasa adalah jalan pintas memperolehi pangkat. Dengan kuasa adalah jalan pintas mengaut kekayaan sehingga menggunung... Apa lagi? Kerana semuanya itu tidak disandarkan kepada fitrah kejadian manusia sebagai khalifah yang diutuskan oleh Pencipta. Kuasa yang diberikan juga merupakan ujian dari Pencipta...

0 comments:

Post a Comment