CerAMaH dato' TUAN




Ceramah... berlangsung pada 4/5/09 lalu di Darul Izzah Temerloh berhampiran Hospital Temerloh. Disampaikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Darul Izzah ni merupakan rumah anak-anak yatim dan juga pondok moden untuk warga emas. Diuruskan oleh NGO. Majlis dimulakan pada pukul 8 sehinggalah 930 malam...

Antara kupasan/ulasan menarik dari beliau ialah :-
a> Ahli syurga/neraka boleh dikenali di dunia lagi iaitu
- Ahli syurga @ dipermudahkan / suka membuat kebajikan
- Ahli neraka @ dipermudahkan / suka buat kemmungkaran/maksiat
b> Malaysia - SIfat-sifat ISLAM ada pada bangsa asing kerana kerajinan, ketekunan dll tetapi yang membezakan dengan MELAYU hanya AQIDAH sahaja
c> ISLAM adalah satu agama yang perlu buat 'kerja', perlu marketing & implementation.
d> Pahala memberi pinjaman 26X lebih baik dari bersedekah
e> Perjalanan kita jauh tapi bekalan amat sikit bimbang setakat alam kubur je.., manusia-manusia yang mati semenjak Nabi ADAM masih ada dimukabumi ini menunggu kiamat untuk dihisabkan... Bayangkan siksaan dialam kubur yang telah dilalui oleh mereka.
f> Ikut ALLAH akan selamat dan tak boleh ikut logik, seperti cerita Nabi berhijrah dalam keadaan rumahnya terkepung.. ketika itulah Wahyu turun mengarahkan Nabi berhijrah....

Beliau juga menceriakan bagaimana seorang India yang beragama Hindu sanggup menderma untuk membina masjid sebanyak 1K... sedangkan orang kite yang mengaku ISLAM???? Ingat Harta kita yang sebenar adalah bekalan akhirat dan bukannya wang ringgit, banglo, kereta besar, tanah kebun... Seandainya kita tiada harta-harta tersebut akan beroleh pulak kepada anak cucu kita... tinggal kat dunia je...


1 comments:

LaN KidA said...

Salam Mie,
Tentu hebat ceramah Dato Tuan Ibrahim. Ayah dgn Makcik (Mak Tiri saya) pun pergi hari tu. Makcik saya pun beli satu lot rumah di situ tetapi di wakafkan kepada pasangan orang tua yang nak tinggal di situ.

Darul Izzah ni memang menjadi tempat budiMaN berbakti. Pada Mei 2007 kita (budiMaN) buat Program Amal bersama anak-anak yatim di situ dengan Seminar Motivasi, Riadah, Bacaan Yassin dan Tahlil serta pemberian sumbangan.

Pada Ramadhan 2008 pula kita sedekahkan sumbangan yang di buat melalui Tabung Amal budiMaN.

Insyaallah kalau ada rezeki, Ramadhan ni harap-harap budiMaN boleh berbakti lagi untuk Darul Izzah.

Post a Comment