DS NiZar - Ceramah Kat MarAN



Jenuh
aku menapak malam tadi nak dengar ceramah kat Kg Embun, dekat 1 km jugak le berjalan. Bawa skali anak bongsu aku yang 6 tahun pulak... Kami bertolak dari rumah lepas Isya' lebih kurang pukul 9 malam. Bila sampai je Dato' Tuan dah berucap....Aku tengah pernah tengok dan dengar secara LIVE lagi DS Nizar berucap sebelum ni, jadik malam tadi tertunailah hasrat aku.

Memang ramai orang malam tadi...Antara isi menarik dari para penceramah ialah :-
1. Dato' Tuan -
Memperkenalkan program INFA' PAS Pahang. Jadi kepada para dermawan harap dapatlah memberi sumbangan seperti yang aku iklankan di blog ni..
2. YB Teng
2 benda yang melekat kat kepala aku... Dia kata kita dapat PM baru yang 'suwey'. YB Teng juga kata orang UMNO ni adalah Munafik. Tu dia... Sebab apa munafik, UMNo hanya pandai berjanji tapi tak pernah nak menunaikan janji. Bangsa Cina pun dah reti sebut munafik...Mungkin bila dah berkawan dengan PAS ini, dia pun reti dan faham apa dia munafik... UMNO ni nak letak muka kat mana...
Serupa jugak le kalu kita sebagai orang Melayu Islam kalau tegur sesame kita kenapa tak sembahyang. Mungkin mamat tu tak berasa sangat@buat dek je, tapi kalau bangsa asing tanya... takkan tak malu kot?.. tapi nak buat macam mana UMNO ni memang tak tau malupun....
3. DS Nizar
Bila dia bangun nak berucap je... para hadirin dah takbir ramai-ramai....dia berceritalah tentang senario terkini di Perak. Suara dia ada parau sikit, aku rasa dok berlawan dalam 'Sidang DUN' hari Khamis baru ni kot tu yang suara jadi parau sikit. Dia mulakan ceramah dia dengan sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud "Aku jadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan dengan bermacam-macam bangsa untuk kamu saling mengenal".(Kalu tak silap aku...maaf banyak2 le kalu salah) dan intro dengan 4 bahasa Melayu, Cina, Tamil dan last skali Arab.. Aku boleh rasa aura dia sebagai MB. Untung sungguh orang Perak...Bila dia angkat suara tinggi sikit masa berceramah tone dia dah jadi tone macam Mat Sabu... jelas satu persatu....ka aku yang terperasan kot tak tau le..Aku tanya bini aku, dia kata diam la, orghe nok denga nih!!.DS Nizar boleh pegi jauh lagi dalam politik Malaysia hari ini, cara dia menyampaikan penerangan tentang peristiwa 7/5/09 semua orang senyap mendengar dengar penuh kusyuk...jelas sejelas-jelasnya... Memang patutpun rakyat Perak menghormati dan menyayangi DS Nizar... TAHNIAH RAKYAT PERAK... Aku tak nak ulas apa yang dia kata sebab boleh baca kat SINI

0 comments:

Post a Comment