IBU - Kembali kepadaNYA

Ibu kepada sahabat kita Saudara Zakaria Don@Pak Ya telah selamat dikebumikan malam tadi. Sama-samalah kita berdoa dan 'mengirimkan' Al-Fatihah kepada Ibu beliau.. Ada 3 benda kat dunia ni(seingat aku) yang kita tengok je dah dapat pahala. i> Kaabah ii> Al-Quran iii>Ibu bapa.. Cukup mudah dengan balik kampung dan tengok wajah-wajah tua penuh ceria yang bersusah selama ini dah dapat pahala. Semua ni ada hikmah disebaliknya..Tepuk dada tanya selera...

AKu pernah kehilangan ibu, tapi ibu mertua la.. Dia tinggal bersama aku selama hampir 7 tahun sehingga dia kembali ke Rahmatullah. Wife aku ni anak bongsu dan ibu mertua aku pulak isteri no 2.. Dia meninggal masa aku kat Kelantan .. Aku ingat lagi lepas aku dan abang ibar aku selesai sembahyang Maghrib, maka perlahan-lahan dia menghabiskan sisa-sia nyawa terakhir beliau. Malam tu malam Jumaat. Orang pertama aku call mak aku kat Pahang.. "Mak, mek dah takde".. Tiba tiba aku sebak dan tak boleh bercakap lagi... Mak aku pun senyap dan dia sambung lagi " Bila??.. takpelah mak telepon pulak". Tot.tot.tot.. aku letak HP tak boleh cakap, airmata mengalir....Tak tau kenape.. tak pernah berlaku macam ni kat aku..

Sembahyang jenazah beliau diadakan di Masjid Kubang Kerian, termasuk Tengku Mahkota Kelantan sekali (Tengku Faris Petra) selepas sembahyang Jumaat. Aku pergi kat majid awal hari tu...Sebak dan airmata sentiasa bergenang dimata semenjak sampai di masjid sehinggalah tamat sembahyang.

Mak mertua aku ni jenis garang dan angin sikit, tapi selama dok dengan aku tak pernah pulak macam tu... tersangat okey... Apa yang aku sentiasa buat kalu dia ajak aku pergi mana2@kena jemput dia, aku mesti offkan semua temujanji@keja aku...selesaikan keja dia dulu. Macam nak pergi klinik ke...

Kini dah masuk 4 tahun... sekarang umur dia dah 76 tahun... Moga rohya ditempatkan orang-orang beriman. Kepada Pak Ya... Khidmat kita masih diperlukan walaupun sudah ketiadaan ibu.. Segala ibadat dari kita akan meringankan dan memudahkan urusan di alam kubur.. InsyaALLAH

1 comments:

LaN KidA said...

Salam Mie,
Kehilangan emak memang suatu saat yang pasti sukar dilupakan sepanjang hayat oleh seseorang anak. Kenangan bersama emak akan di simpan oleh seorang anak sampai bila-bila hatta di saat-saat beliau sendiri akan menghembuskan nafas terakhirnya...begitulah cintanya seorang anak kepada seorang ibu.

Saya sendiri sudah hampir 7 tahun kehilangan emak saya dan setiap saat saya impikan untuk diketemukan semula. Alhamdulillah saya di beri peluang oleh Allah swt untuk berhenti kerja dan menghabiskan setiap saat meninggalkkan anak dan isteri saya semata-mata untuk berdamping dengan emak saya yang mengidap pelbagai penyakit samada di rumah emak saya di kampung atau di wad hospital Kuala Lumpur, Kuantan dan Mentakab selama 2 tahun sehinggalah di saat-saat akhir emak saya menghembuskan nafas terakhirnya. Alhamdulillah syukur saya di beri peluang oleh Allah swt dengan terucapnya kata-kata akhir dari emak saya "Dapat juga awak jaga emak macam emak jaga awak masa awak bayi dan kecil-kecil dahulu".

Saya beryukur kerana sempat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak walau pada saya hanya sedikit yang sempat saya lakukan dan saya redha dengan pemergian emak saya.

Al-Fatihah untuk emak.

Post a Comment