ALUMNI ASRAMA FELDA - BerTEMU LagI


28/3 ni ada pulak mesyuarat agung AAFM. Seronok juga boleh jumpa member-member lama ni, dah hampir 25 tahun meninggalkan asrama FELDA KL kata AU/2A tu. Banyak memori dan kenangan. Ramai yang dah jadi orng yang ada "kelas" seperti jurutera, Doktor jugak YB seperti YB YAZID kat Melaka, YB Fadzil kat Pahang dan bekas YB pun ada seperti Dato' Ir Jamlus Aziz (roomate aku dulu)...selamat bersidang. Tapi aku heran sekarang nih asrama FELDA dah tak dikenali lagi tak macam masa aku dulu sampai best student SPM peringkat Wilayah Persekutuan pun dipegang oleh budak FELDA macam kawan aku ni Dr Hishamudin Salam (sekarang pakar tulang kat Johor).

Jugak Al-Fatihah kepada sahabat-sahabat satu tingkatan masa 81-84 yang telah menemui Penciptanya iaitu Allahyarham Baharudin Arbain dari FELDA Bukit Kuantan, Pahang dan Allahyarham Norhalim Salleh dari FELDA Bukit Ramun Johor (2 orang ni je aku ingat).

Jangan lupa ramai lagi kekawan di rancangan yang tidak bernasib baik seperti kita. ALLAH kurniakan kita kekuasaan, kekayaan, hartabenda, kesenangan namun sepatutnya kita serahkan kembali kepada yang lebih memerlukannya, kita ini hanya talian atau penghubung sahaja. Jangan pulak sombong dan bangga diri..PAK YA hang pi tak Sabtu nih?

0 comments:

Post a Comment