Mazlan_Aliman@ANAK VS FELDA
Rabu lepas iaitu 18/3/09 satu masjlis dialog dengan peneroka FELDA oleh Saudara Mazlan Aliman selaku Presiden ANAK (Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan) telah diadakan di Markas PAS Cawangan FELDA Jenderak Utara. Program yang sepatutnya bermula pukul 5.00 petang terpaksa dilewatkan kerana telah dikunjungi oleh abang polis dan mata2 (gempak abis lu..). Bermacam-macam cerita dan gossip berkeliaran semanjak pagi lagi seperti program telah dibatalkan, hasutan, tuduhan liar dan ditakutkan agar tidak mendapat sambutan terutamanya dari mulut-mulut dan media puak-puak serta penyokong AMENO (UMNO). Mereka-mereka ini bersidang di "parlimen" kedai kopi kat Kedai MARA la...
Kenderaan 4WD Polis Bantuan FELDA (FELSCO) juga nampak sibuk kesana kemari memantau majlis dialog tersebut. Nampaknya tugas memantau perkembangan politik juga kini telah diselia oleh FELSCO. Masa aku kecik dulu, FELSCO ni tugasnya menangkap peneroka yang jual getah beku kat luar rancangan. Selepas pokok getah/sawit ditebang dan habis hutang, kelibat FELSCO ni menghilang entah kemana dengan tiang dan pondok pengawalnya sekali. Tetapi semenjak peneroka dah dapat hakmilik tanah dan mengusahakan kebun sawit/getah sendiri ni tiba-tiba muncul kembali, mungkin mereka ni dapat tugasan baru pulak kot.
Antara isu-isu hangat yang dijelaskan oleh Saudara Mazlan ialah Hakmilik, potongan Bayaran Kembali (BK), CAC dan lain-lain lagi. Aku dari generasi ke-2 FELDA ni tak tau dan tak nak pernah ambik tau pun isu-isu ni, rupa-rupanya FELDA ni sudah main kelat macam kes kat FELDA Kemahang Kelantan tu. Aku ingat nak selongkar balik la paysheet lama, sebab dulu masa sekolah selalu jugaklah pegi ambik "balance" kat pejabat jadi ingat lagilah senarai potongan kat paysheet tu seperti CAC, Insuran Ladang...
Aku pernah jugak pegi temuduga nak jadi peneroka kat sini (FELDA kata untuk lot-lot ksosong) yang dikhaskan untuk anak-anak peneroka sahaja, kalu tak silap antara tahun 1995 - 1997. Siap daftar jadi ahli UMNO lagi (syarat wajib tu nanti kena tanya pulak masa interview...) Senyap jelah sampai sekarang nih... cuma sekarang bertambah ramai pulak generasi ke-2 dan ke-3 kat FELDA yang menumpang/menyewa rumah kat rancangan. Lebih kurang sama je dengan pekerja Bangla yang buat kerja kontrak kat rancangan..
Memang patut pun Yusuf Nor dan gerombolannya termasuk Majlis Belia FELDA "terasa" sangat kat saudara Mazlan ni sebab isu-isu yang diketengahkan kena batang hidumg "DEME" dan sedikit sebanyak membongkar "rahsia" yang dipendam selama ini... Apapun tahniah kepada Saudara Mazlan, teruskan perjuangan anda..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment