Cerita Di TENANG


Keputusan untuk UPU FELDA TENANG
Cikgu MALA - 185
Bekas ADO - 973

Hujan teramat lebat sejak subuh Ahad lagi. Kami terkandas hampir 12 jam selepas tamat waktu mengundi dan terpaksa balik dari Felda Tenang jam 5.00 pagi menggunakan jalan ke Yong Peng, naik Hiway PLUS, turun di Tangkak guna pulak jalan Gemencheh melalui Felda Bukit Rokan terus ke Bahau.... Sampai gak ke Temerloh. Disepanjang jalan air dah menghampiri gigi jalan ataupun terpaksa mengharungi air sedalam 1 -2 kaki. nasib baik menaiki kenderaan CRV sahabat..

Kesimpulan PRU Tenang.

1. Bukan ISLAM lebih mengenali adat dan hukum Islam terutama berkaitan bersalam dengan wanita yang manakala yang beragama ISLAM pulak makin kalut dan buat-buat tak faham.
2. Calon yang sentiasa membawa suami kemana sahaja ketika berkempen bersesuaian dengan kehendak ISLAM
3. Masyarakat FELDA masih lagi belum merdeka dengan kepercayaan mereka bahawa FELDA = KERAJAAN = UMNO

Diamana-mana sahaja terpacak bendera BN. Rumah asal peneroka FELDA




Sibuk bekerja sebelum hari mengundi

KTM pun berkempen jugak

Perayu undi BN... sebelum hujan lebat jam 9.34 pagi


11 pagi air makin naik... hampir 50 meter dari pagar sekolah




Pak Cik ni terpaksa tutup kedai kerana air dah masuk dalam kedai

Poster Cikgu MALA

12 tengahari longalkang besar dah dipenuhi air..

Dalam hujan lebat Muslimat dari Pahang ni gigih merayu undi sementara
memegang poster ditangan

Ketika keadaan masih tenang lagi... kedai ni sentiasa dipenuhi orang-ramai

0 comments:

Post a Comment