Gua Tak KenAL Sapa LU??

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat identiti individu yang bertanggungjawab melemparkan bom petrol di tiga buah gereja di sekitar Lembah Klang semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya sudah menemui petunjuk baru berhubung identiti suspek itu dan sedang menyiasat keturunan dan kewarganegaraan individu berkenaan.

“Beberapa saksi yang tampil memberi keterangan dalam kes ini masih membantu pihak polis mengenal pasti pihak yang terlibat,” katanya ketika ditemui di Desa Melawati di sini hari ini.

Musa sebelum itu mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gereja Metro Tarbenacle, salah satu daripada tiga gereja yang dilempar bom petrol awal pagi semalam.

Semalam, tiga buah gereja iaitu di Desa Melawati, Petaling Jaya dan Damansara dilempar bom petrol dalam tempoh 24 jam.

Kejadian pertama dipercayai dilakukan seorang lelaki bermotosikal yang membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Insiden pertama berlaku di Gereja Metro Tarbenacle pada pukul 12.30 tengah malam, disusuli kejadian di Gereja Assumption di Petaling Jaya kira-kira pukul 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara pada pukul 9 pagi.

Dalam pada itu, Musa meminta pihak yang terlibat dalam insiden itu supaya menghentikan perbuatan mereka segera kerana ia mampu mencetuskan kemarahan orang ramai selain keadaan huru-hara.

Beliau turut meminta pihak gereja supaya memperketatkan lagi tahap keselamatan di rumah ibadat masing-masing.

“Mereka perlu mempunyai pengawal keselamatan dan sistem keselamatan sendiri. Terdapat lebih 200 gereja yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya.

KENYATAAN POLIS....

1. Dah jumpa 'petunjuk'???? ... Bukti??

2. POLIS tak kenal suspek tu Melayu. Cina @ India??

3. Mungkin rakyat negara luar Malaysia yang saja nak buat kacau bilau kot...


0 comments:

Post a Comment