Tak CukUp-CUkUp

Kaji semula penamatan AP

KUCHING 1 Feb. - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) cawangan Sarawak menggesa kerajaan Persekutuan supaya menimbangkan semula dasar untuk menamatkan pelaksanaan sistem permit import (AP) kenderaan pada Disember 2015.

Pengerusinya, Datuk Abang Khalid Tan Sri Abang Marzuki berkata, pihaknya merayu kerajaan Persekutuan supaya menilai situasi usahawan automotif bumiputera di Sabah dan Sarawak terlebih dahulu yang masih ketinggalan berbanding Semenanjung pada masa ini.

Menurutnya, usahawan automotif di Sarawak terutamanya yang baru sahaja mengukuhkan perniagaan masing-masing dan cuba mencontohi rakan-rakan di Semenanjung yang berjaya meluaskan penglibatan perniagaan dari automotif ke industri lain seperti perhotelan atau hartanah.

Jelasnya, apabila kerajaan Persekutuan mengumumkan Dasar Automotif Nasional (DAN) yang menetapkan penamatan sistem AP pada 2015, Pekema Sarawak merasakan tugas mereka untuk berkembang ke industri lain menjadi lebih sulit tanpa AP.

''Sistem AP selama ini telah benar-benar membantu melahirkan dan membangunkan bumiputera dalam bidang perniagaan yang selaras dengan matlamat asal dasar AP diwujudkan.

AP NIH HANYA DIMONOPOLI ORANG YANG GITU-GITU JE...
RAKYAT BIASA MAHAP LE...

0 comments:

Post a Comment